L ♥ I's Stories

Inginkan Photoshoot Ala Model - Jom ke Kame2 Project Studio

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua.. Fuh hari nie baru Yana sempat nak share dengan awak semua mengenai sesi photoshoot Yana pada bulan Ramadhan yang lalu .. Nak tahu apa yang best mengenai photoshoot Yana dengan geng Kame2 Project Studio? Jom baca entri Yana |Inginkan Photoshoot Ala Model-Jom ke Kame2 Project Studio..


Okayy , meh sini Yana nak share pengalaman Yana semasa ber photoshoot session dengan geng Kame2 Project Studio nie.. At first,  err tak payah nak at first sangat sebab dari awal sampai habis memang Yana awkward.. Ehh,  bukan salah photographer nie tau Yana yang segan sebenarnya because Yana memang takda pengalaman langsung dalam berphotoshoot OOTD Yana semua diambil oleh teman rapat dengan menggunakan kamera telefon pintar sahaja.. Jadi,  bila ada stranger (yela Yana tak kenal sebelum nie means stranger lah kan?) yang ambil gambar Yana memang awkward sangat-sangat selamat lah brader-brader sabar gila dengan Yana yang zero experience nie.. Hasilnya ada jugak gambar Yana yang nice to see.. Hehee.. 


Perghhh.. Tengoklah kualiti gambar yang dihasilkan oleh photographer-photographer Kame2 Project Studio nie.. Yana yang sendu pun tetiba jadi meletops okay.. Yana sendiri macam tak percaya dalam gambar nie Yana tau.. Tapi, tengok hidung tu dah boleh recognise dah tu Yana.. Photographer-photographer nie memang friendly gila so awak semua tak perlu nak wujudkan elemen awkward macam Yana just be yourself dan santai lagi mudah rasanya nak bergambar nanti..  Studio mereka selesa nak tukar baju pun ada bilik disediakan tak perlu risau ehh.. 



Berdua denganmuuu.. Pasti lebih baikk.. Hahaha ya berdua lebih baik jadi kurang sikit rasa kekok tu.. Sebenarnya Lia lah yang ajak Yana berphotoshoot sebab sebelum nie Lia pernah bekerjasama dengan mereka.. Ini merupakan gambar Yana dan Lia yang telah siap diedit oleh Photographer Do Terry Bogard.. Terima kasih yer, cantik sangat kejadiannya.. Kalau Lia tak ajak memang tak merasa lah Yana nak ada gambar cantik macam nie.. Haha orang comot mana ada photographer nak kan..  =P




Selain melakukan photoshoot untuk raya mereka juga ada menyediakan photoshoot untuk raja sehari.. Ini antara beberapa koleksi yang Yana "kidnap" daripada Facebook salah seorang photographer nie..  Cantik tak? Gila tak cantik semestinya lah cantik.. Kalau Yana lah raja sehari tersebut Yana dah puas hati sangat dengan hasil kerja photographer Kame2 Project Studio nie.. 



Tadaaa!!  Nak outdoor pun boleh okay.. Tapi kan, Yana lebih suka outdoor sebab rasa lebih lively and natural.. Haaa gituuu! Gambar outdoor pun meletops okay.. Come on la takkan nak tengok saja orang berposing syantik-syantik gini.. Taknak ker jadi syantik macam nie juga? Kalau nak baca entri nie sampai habis seban dekat akhir entri Yana akan share macam mana nak hubungi photographer-photographer nie.. 



Nak bergambar dengan keluarga tersayang? Haaa,  dengan Kame2 Project Studio mereka ada jugak buat photoshoot family boleh tengok contoh dekat atas tu.. Nampak meriah dan cantik-cantik kan.. Yana berani cakap tak menyesal punya kalau awak semua ambil pakej dengaan brader-brader nie.. Tengoklah semua gambar yang Yana attached meletops kot.. 




Apa? Nak photoshoot dengan kawan-kawan pun boleh tau.. Kame2 Project Studio akan merealisasikan photoshoot idaman awak semua tu.. Tapi, bersiap sedialah belajar posing jangan lah expect brader-brader nie nak ajar awak posing all the way pulak kan.. 


Si kecil jugak nak ber photoshoot? Boleh apa salahnya.. Tengok gambar dekat atas tu cantik jer kejadian nya mesti brader-brader tu ajar dia posing macam nie.. Hehehe.. Lawa-lawa weh gambar yang diambil oleh photographer-photographer terlajak sporting nie.. 





Okay, itu sahaja daripada Yana.. Oh ya kalau nak tau mereka turut menyediakan perkhidmatan fotografi untuk event, produk ,convocation ,maternity, corporate ,fashion ,dan potrait.. Yana dah kongsikan pengalaman Yana dengan awak semua sekiranya berminat boleh lah hubungi :

 0111-166645 (Seven Neves)
011-16594278 (Do Terry Bogard)
012-6279684 (@jonn_aziz ) 
(Call / Whatsapp / PM )

HONG BEE YAMAHA STAR CENTER - Pelancaran Pertama Yamaha Star Centre Di Malaysia Utara

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , pada hari Sabtu yang lalu Yana dan beberapa rakan blogger yang lain sempat menghadirkan diri ke majlis pelancaran Yamaha Centre di Hong Bee Motors yang terletak di Jalan Anson , Penang .. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai majlis pelancaran nie ? Jom baca sampai habis │HONG BEE YAMAHA STAR CENTER - Pelancaran Pertama Yamaha Star Centre Di Malaysia Utara ..


Hasil krjasama dengan Hong Leong , Yamaha Motor Sdn Bhd Ibu Pejabat daerah Kuala Terengganu Hong Bee Motors Sdn Bhd anak syarikat Hong Bee telah berubah menjadi antara Yamaha Star Centre yang pertama di Malaysia Utara .. Ketua menteri Pulau Pinang Encik Chow Kon Yeow turut hadir untuk merasmikan majlis pelancaran tersebut.. 





Hong Bee Motors turut dilantik sebagai pengusaha pertama negara bagi motosikal jenama Yamaha oleh Hong Leong.. Yamaha Motor pada tahun pertama pengeluarannya pada tahun 1979.. Pada hari tersebut, Hong Bee Motors dengan bangganya telah melancarkan Yamaha Star Centre pertama di Malaysia Utara.. Direka daripada corak pengalaman pengguna motosikal jenama Yamaha ia merupakan gaya hidup yang bersepadu sepenuhnya.. Turut menawarkan acara aliran hidup,  kafe di antara kemudahan baru dan juga pembelian ekslusif.. Gaya hidup Yamaha di atas 3S biasa ( Jualan, perkhidmatan dan alat ganti).. Mereka telah menetapkan standard revolusi untuk industri motosikal.. 



Selain pelancaran itu, Hong Bee turut teruja untuk mengumumkan penampilan khas pelumba motoGP iaitu Hafizh Syahrin.. Pelumba terkemuka turut hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut..  Haa,  secara tak langsung peminat-peminat beliau boleh lah bersua muka secara langsung dengan Hafizh Syazrin tak lupa mereka juga turut boleh bergambar dengan beliau dengan melakukan pembelian di Hong Bee Motors..  


gambar kredit Hong Bee Motors Facebook

Sepertimana yang kita sedia maklum majlis pelancaran tersebut diadakan semasa musim perayaan iaitu hari raya aidilfitri.. Pihak Hong Bee Motors turut mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis rumah terbuka bagi pelanggan setia mereka.. Terdapat acara cabutan bertuah sebanyak 100 hadiah yang bernilai sehingga RM20,000 turut diberikan kepada pelanggan setia mereka.. 










Disamping tawaran hebat ini, 100 pelanggan pertama juga berpeluang untuk mebeli satu dan percuma satu untuk setiap pembelian minyak enjin Yamalube.. Oh ya, minuman dan makanan turut disajikan pada hari tersebut.. Makanan yang disediakan sangat lazat .. Memang sangat meriah suasana pada hari majlis pelancaran tersebut .. Terima kasih Yana ucapkan kepada Hong Bee Motors kerana sudi menerima kehadiran Yana pada majlis pelancaran pertama Yamaha Star Centre ..
Untuk keterangan lanjut awak semua boleh menghubungi Eeyan Chuah maklumat boleh tengok dekat bawah nie ye : 

Nombor Telefon : 604-228-1112/227-4112/229-6112
Fax : 6042285707
Email : info.hbm@hongbee.com.my
Facebook : Hong Bee Motors Yamaha

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii guys! I am back for another food review dekat Flamingo Hotel by The Beach, Penang.. Yana ada satu berita best Yana nak share dengan semua yang baca entri Yana nie Flamingo Hotel by The Beach ada buat satu buffet baru iaitu 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch.. Psstt.. Pstt.. Beli satu awak boleh dapat percuma satu tau.. Wanna know more bout it? Let's take a look on |100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach.. 


Okay sebelum Yana berkongsi cerita mengenai 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach nie jom Yana share sikit apa yang best dengan Hotel Flamingo nie.. First thing first,  Hotel Flamingo nie terletak jauh daripada kesibukkan town takda lah bunyi ambulans tak henti bunyi siren bomba dan siren-siren yang sewaktu dengannya lah.. Apa yang ada hanyalah deruan ombak yang menenangkan sebab Hotel Flamingo terletak betul-betul depan pantai tau.. Depan hotel pula ada swimming pool memang best lah hotel nie.. 


Okay back to our topic , sekarang Hotel Flamingo sedang buat promosi buy 1 free 1 bersempena dengan Malaysia Baru selama seratus hari! Fuh Yana rasa awak semua WAJIB grab tau peluang nie untuk nikmati hidangan-hidangan best dekat Hotel Flamingo sambil menghirup udara segar dekat sini.. Kali nie banyak action stall yang disediakan seperti mee goreng mamak, cendol,ais krim goyang, cucur goreng dan pelbagai lagi.. Nanti kalau Yana bagitau satu-satu panjang pula cerita kita. 



CENDOL


HOKKIEN MEE


CHOW HOR FUN


MEE GORENG MAMAK


CUCUR GORENG


AIS KRIM GOYANG

Well,  nie antara action stall yang menyediakan beberala makanan tempatan orang Pulau Pinang sebenarnya ada lagi beberapa seperti action stall untuk murtabak , ayam golek dan lain-lain.. Jom kita makanan lain yang disediakan.. 

MENU UTAMA







Okay nie antara beberapa gambar menu utama yang sempat Yana snap.. Yana tiba di Hotel Flamingo lambat lah jugak orang dah mula makan tapi jangan risau beberapa rakan blogger Yana yang lain ada buat entri yang seakan sama nanti Yana akan backlink entri mereka dekat sini.. 

PENCUCI MULUT 







Haaa nampak mengiurkan tak? Apa kata awak semua cepat-cepat reserve seat untuk 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach nie.. Jangan risau tentang harga sememangnya tersangat murah selama seratus hari bermula pada 17 June yang lalu.. Bawaklah satu keluarga untuk menikmati hidangan buffet awesome nie bersama-sama bersempena dengan syawal yang mulia nie.. Bila lagi kan nak berkumpul.. Maklumat lanjut boleh refer dekat bawah ye.. Terima kasih tak terhingga Yana ucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Flamingo by The Beach kerana sudi menerima kehadiran Yana di sana maafkan atas kelewatan Yana.. Sekalung penghargaan juga Yana rakamkan kepada Encik Mokhtar kerana tak pernah jemu untuk mengajak Yana datang ke sini.. Cepatlah awak semua grab peluang nie ye sementara seratus hari nie masih berbaki.. 



Harga Untuk Dewasa: RM48 NETT (buy 1 free 1 valid untuk ADULT SAHAJA)
Harga Untuk Kanak-Kanak: RM25 NETT (4-11 Tahun)
Masa: 12.30pm-2.30pm

Sebarang tempahan boleh dibuat :

Flamingo Hotel by The Beach

Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777

Email: fnb.pg@flamingo.com.my