L ♥ I's Stories: GANGGUAN SEKSUAL

COPY

GANGGUAN SEKSUAL

/
9 Comments
January 27, 2016
ASSALAMMUALAIKUM ♥

At last Yana berjaya juga curi masa untuk update satu topik yang memang dah lama sangat Yana nak update nie "GANGGUAN SEKSUAL"

(gambar sekadar hiasan)

Gangguan Seksual atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Sexual Harassment bermaksud ,

"perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan. diungut ataupun dipaksa melakukanya"

Terdapat beberapa jenis gangguan seksual , sebelum itu ingin Yana beritahu , gangguan seksual tidak semestinya terjadi kepada kaum hawa sahaja , akan tetapi kaum adam juga turut mengalami dalam nisbah yang kecil .

(gambar sekadar hiasan)

Sebelum Yana melalut lebih jauh , mari kita lihat jenis-jenis gangguan seksual :-

JENIS JENIS GANGGUAN SEKSUAL / SEXUAL HARASSMENT


  • SECARA LISAN

 Gangguan termasuk kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual.


  • BAHASA ISYARAT

 Isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikan sebagai gangguan seksual. 

  • SECARA VISUAL

Gangguan secara visual pula ialah menunjukkan bahanbahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi. 

  • SECARA PSIKOLOGI

Gangguan secara psikologi ini boleh muncul dalam bentuk mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu. 

  • SECARA SENTUHAN FIZIKAL

Terdapat gangguan secara sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual seperti meraba.

SUMBER : http://core.ac.uk/download/files/392/11777690.pdf


CARA MENGATASI GANGGUAN SEKSUAL / SEXUAL HARASSMENT


1) Polisi Gangguan Seksual


Pekerja harus sedar dan faham apakah yang dikatakan gangguan seksual di tempat kerja. Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi di dalam syarikat tentang anti-gangguan seksual. Mereka juga perlu diberikan contoh-contoh gangguan seksual yang boleh berlaku supaya mereka memahami sifat polisi. Polisi tersebut juga sepatutnya dapat menerangkan bahawa tindakan itu tidak akan diterima di syarikat tersebut, dan tidak akan membalas dendam terhadap seseorang yang telah membuat aduan mengenai gangguan tersebut.

2) Memberikan Informasi


Syarikat haruslah berusaha dalam memberi informasi yang cukup kepada pekerja-pekerja di dalam syarikat seperti:



   • Mengadakan seminar-seminar tahunan untuk mengkaji semula polisi gangguan seksual untuk memberi penerangan apakah yang dikatakan gangguan seksual dan apakah yang akan dilakukan jika seseorang telah, mendakwa telah diganggu secara seksual.
    Membuat satu mesyuarat untuk ,menerangkan polisi anti-gangguan seksual yang  wajib dihadiri semua kakitangan syarikat supaya semua orang dalam syarikat itu mampu untuk memahami polisi-polisi dan kesan akibat gangguan seksual.
   Penyelia latihan adalah sangat penting. Dalam banyak keadaan, individu-individu ini akan menjadi baris pertama perlindungan gangguan seksual. Mereka harus mahir dalam bagaimana untuk mengendalikan kes-kes gangguan seksual.

3) Sentiasa Peka Di Tempat Kerja


Syarikat khususnya bahagian sumber manusia harus peka dengan keadaan di tempat kerja. Sekiranya wujud sebarang kesangsian, tanya pekerja sama ada mereka mempunyai sebarang kebimbangan. Sekiranya ada apa-apa yang membuat perlakuan tersebut boleh ditafsirkan sebagai gangguan seksual sama ada dengan melihat atau mendengar maka syarikat harus segera mengambil tindakan sewajarnya jika gangguan seksual disyaki.

4) Mewujudkan Persekitaran Anti Gangguan Seksual


Apabila wujud kes-kes gangguan seksual di tempat kerja, syarikat harus mengendalikan dakwaan gangguan seksual dengan bijaksana dan terhormat tetapi tetap mengekalkan ketegasan dan keseriusan menangani masalah ini. Siasatan perlu sentiasa dikendalikan secara profesional dan tiada aduan yang akan diketepikan. Majikan sebenarnya boleh didakwa kerana gagal untuk menyiasat kes gangguan seksual dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pastikan pekerja boleh berasa selamat dan selesa apabila mereka bekerja. 

5) Bertindak dengan yakin



Setiap wanita ataupun lelaki di tempat kerja haruslah  mempunyai sifat ketegasan dan keberanian, Ini adalah kerana individu yang lemah sering disasarkan sebagai mangsa. Sekiranya mereka tersebut berdepan dengan gangguan seksual, perkara pertama yang harus dilakukan adalah dengan bertindak dan bercakap dalam cara yang kuat dan yakin, Setiap individu haruslah mengelakkan diri mereka daripada banyak keadaan di mana gangguan seks mungkin boleh  berlaku. Biar semua orang di dalam syarikat tahu bahawa gangguan seksual tidak akan diterima. Jika seseorang membuat komen lucah, minta mereka untuk tidak berbuat demikian. Pastikan kedudukan pekerja mengenai perkara ini jelas.



6) Berpakaian dan bertindak sederhana


Ia adalah penting untuk memahami bahawa sesetengah orang meletakkan diri mereka di dalam masalah tanpa disedari, dalam keadaan yang boleh dipersoalkan. Mereka boleh ditafsirkan sebagai menggalakkan kepada gangguan seksual  dengan berpakaian atau bertindak secara tidak wajar. Contohnya,  berpakaian jarang dan mencolok mata ke tempat kerja sehingga mendedahkan tubuh badan adalah sangat tidak wajar. Sememangnya mangsa tetap tidak bersalah sekiranya gangguan seksual itu berlaku terhadap dirinya, tetapi ia adalah penting untuk menjauhkan diri pekerja sebanyak mungkin daripada situasi di mana tindakan tersebut boleh berlaku.

7) Bekerja dengan Syarikat Yang Sesuai


Pemilihan tempat kerja adalah sangat penting. Sekiranya pekerja terdedah dengan gangguan seksual dan pada masa yang sama pekerja mempunyai majikan yang tidak mengambil berat, sebaiknya pekerja meninggalkan syarikat itu. Ini adalah kerana sekiranya sesuatu berlaku, kemungkinan pekerja tidak akan mendapat sokongan  majikan adalah sangat tinggi. Selain itu, mereka digalakkan tidak mengekalkan hubungan dengan individu yang mereka berasa tidak selesa untuk bekerja bersama. Jauhkan diri daripada individu yang suka menggunakan perkataan dan tindakan yang bersifat seksual sebaliknya hanya berkawan dengan rakan-rakan yang boleh dipercayai dan dihargai.


Okay , sekian saja perkongsian Yana mengenai Gangguan Seksual / Sexual Harassment . Sama-samalah kita mencegahi gejala ini dan jangan bbiarkan kita 1 of the victim . Sekiranya berlaku kejadian ini , sila laporkan kepada pihak berwajib . Jangan sesekali anda pilih untuk mendiamkan diri , kerana tidak mustahil untuk berlaku kes rogol sekiranya perkara ini diabil mudah . Sampai berjumpa di next entry yaa  ^_^




You may also like

9 comments:

  1. maklumat yg baik...blogwalking here...

    ReplyDelete
  2. Jika diganggu secara seksual, baik laporkan kpd pibak berwajib dgn segera...

    ReplyDelete
  3. hati-hati dimana kita berada :)

    ReplyDelete
  4. KELADI UBI , trima kasih sbb sudi baca ya .. nnti kak yana BW kat blog KELADI UBI plak =)

    ReplyDelete
  5. trima kasih ABAM KIE untuk nasihat tu , alhamdulilah tak pernah kena lagi =)

    ReplyDelete
  6. in shaa allah UBAI ISMAIL , trima kasih =)

    ReplyDelete
  7. Gangguan camni di mana saja boleh berlaku bukan tempat kerja ja, ke mana saja harus berteman lebih selamat.

    ReplyDelete
  8. btlol tu ZUMAL kt mna2 pon bley berlaku gangguan seksual nie , sbb yana keja tu yg yana specific kan , btw thanks untuk nasihat ^_^

    ReplyDelete
  9. Islam dah letak cara terbaik bab ni.. Iaitu wanita wajib menutup aurat kalau bukan islam berpakaian sopan manakala lelaki pula menundukkan pandangan... Kalau tak mampu banyakkan berpuasa.. Kalu ikut Islam.. Takde masalah ni...

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^