Chill Station Seberang Jaya - Ice-Cream & Waffles

Sunday, February 14, 2016


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥ 

Chill Station Seberang Jaya - Ice-Cream & Waffles


Hai semua , Ada siapa-siapa penggemar ais krim di kalangan kawan-kawan Yana nie ? Okay , hari nie Yana nak cerita pasal satu ais krim , agak special , selalunya kalau kita beli ais krim dia akan tersedia dalam kon dan berbentuk bulat . Ais krim yang Yana nak introduce hari nie ais krim gulung . Sebenarnya dah lama Yana nak update entri bertajuk nie , tapi ketandusan idea dan tak tahu macam mana nak memulakannya . Hari nie Yana ada idea , jadi Yana nak share sekarang juga mengenai ais krim nie . 

Okay , nie merupakan banner untuk Chill Station Seberang Jaya - Ice Cream & Waffles . Gambar pun dah  menarik kan , jom baca lebih lanjut mengenai keistimewaan ais krim nie . 

  • TENTANG CHILL STATION SEBERANG JAYA - ICE CREAM & WAFFLES


The best treat after a hard day’s work. With more than 20 years combined work experience in the food & beverage industry, we bring you desserts from all around the world. With more than 25 flavours of ice-creams to choose from and a host of snacks & desserts, you’ll be spoilt for choice.

We look forward to serving you.

Lee Anthony – Owner

MENU

Okay , nie merupakan kali pertama Yana pi ke Chill Station nie . Ais krim di atas merupakan ais krim dari Chill Station yang pertama Yana cuba , in shaa allah sekiranya nanti Yana berkunjung ke sana lagi . Yana nak cuba ais krim lain dan menu sampingan yang lain pula . Jangan tak tahu di Chill Station bukan sahaja menyediakan ais krim tau . ^_^


Bersempena dengan Valentine Day maka wujudlah ais krim versi ini ^_^


Mungkin ais krim nie akan menjadi pilihan Yana sekiranya Yana singgah ke sana lagi ^_^ ..

Okay Yana nak sembang banyak Yana takmau . Apa kata mereka yang berdekatan tu , singgah ke Chill Station Seberang Jaya - Ice Cream & Waffles , dan alami sendii keenakkan ais krim tu . Kalo dah pi tu rajin rajinkanlah diri share dekat IG , owner dia sangat mesra . Sebenarnya Yana suka suka saja share moment Yana kat sana dekat IG dan FB , selepas tu owner dia terus follow IG Yana dan repost dekat Facebook , terasa terkenal pulak hehehe . 


Nampak tu ? Hehehe .

Oh ya , waktu operasi adalah seperti berikut :

Selasa - Ahad : 12 tengah hari - 10 malam .
Untuk ais krim gulung 1.30 petang - 9.30 malam


CHILL STATION SEBERANG JAYA
47 , Lengkok Tuna ,
13700 Seberang Jaya ,
Malaysia .

Instagram : @icecreamwaffles







You Might Also Like

7 comments

  1. Unik aiskrim dia hat gulung2 tu..nasib nun kat utagha..kalau tak, boleh pi terjah..

    ReplyDelete
  2. macam sedap jerr aiskrim dia..hehe..

    ReplyDelete
  3. @Fieza Sani hehehe .. tu la kan .. tpi kalo mai belah utagha jgn lupa singgah nah hehehe

    ReplyDelete
  4. @Nurul Baidurah memang sedap nnti saya nak repeat lagi hehehe

    ReplyDelete
  5. Mengidam pulak bila tengok gambar tu...

    ReplyDelete
  6. Mengidam pulak bila tengok gambar tu...

    ReplyDelete
  7. @Dunia Zumal hahaha t mai penang mai la singgah makan hhehe

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^