L ♥ I's Stories: MENYERAH ? JANGAN ... TERUSKAN !!

COPY

MENYERAH ? JANGAN ... TERUSKAN !!

/
11 Comments
February 15, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

MENYERAH ? JANGAN ... TERUSKAN !!


Selamat malam penulis blog , pembaca blog dan semuanya . Pelik kan tajuk entri Yana malam nie ? Sebenarnya , apa yang Yana cuba nak sampaikan nie ?  Info apa yang Yana nak kongsi malam nie ?  Maaf , tiada perkongsian ilmu pada malam nie , cuma Yana nak buat luahan perasaan . Harap anda sudilah baca , bagi nasihat kat Yana ka . Buat sementara Yana ber HUHU seketika T_T .


RASA SAKIT . NAK PUTUS ASA .


Pernah tak , suatu ketika dahulu Cik-Cik , Puan-Puan , Encik-Encik , Kakak-Kakak & Adik-Adik pernah rasa nak berputus asa dengan benda yang anda sedang buat . Mungkin kerana ada satu ketika anda rasa , anda tak mampu meneruskan lagi "perjalanan" anda tu . Anda rasa benda itu terlalu sukar / sulit untuk anda tempuhi . Pernah tak ? Kemudian , apa yang anda lakukan ??


BANGUN !!


Yana bersendiri , Yana fikir , kalau Dia tahu Yana tak mampu , kenapa Dia izinkan Yana memulakannya . Kenapa Dia uji Yana di pertengahan jalan ? Ya , Dia nak uji keimanan Yana . Dia nak tahu , Yana seorang yang tabah ataupun tak sekiranya ujian yang lebih berat menimpa . Kemudian , Yana rasa seolah-olah Yana ditiupkan semangat baru . Sekiranya , orang boleh lalui dengan jayanya . Kenapa Yana tak boleh ? Yana tak boleh menyerah untuk sesuatu yang sangat Yana idamkan selama nie . Yana should go for it . Alhamdulilah , dengan kata-kata semangat dan sokongan daripada sahabat Yana , Yana telan rasa perit tu . Yana pilih untuk teruskan apa yang telah Yana mulakan .

SAHABAT ♥



Buat anda yang Yana panggil  sahabat . Terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan . In shaa allah , akan cuba dicari semula semangat yang hilang tu . Teruslah selalu berada di sisi agar diri ini tak terpesong dan berhenti di pertengahan jalan lagi . Doakanlah semoga segala urusan diri ini dipermudahkan suatu hari nanti . ^_^

RENUNGAN .



Liyana , ingatlah tak semua yang kita idamkan kita dapat perolehinya dengan mudah . Kadang kala ia memerlukan pengembaraan yang berliku . Kelak kita akan rasa manisnya kejayaan itu . Liyana , ketahuilah , semakin sukar untuk kita mendapatkan sesuatu yang kita idamkan tu , semakin kita hargai apabila kita sudah memperolehinya . Liyana , Dia selalu ada dengan di sisi . Untuk mendengar tiap rintihan dan tangsan kita . Mintalah agar mempermudahkan segala urusan kita .


KESIMPULAN.



Jangan mudah menyerah sebaliknya , carilah jalan terbaik untuk menyelesaikannya . Allah tak suka orang yang mudah berputus asa . Mintalah bantuan denganNya , kerana kita manusia biasa . Tak semua kita mampu atasi sendiri dan sangat-sangat mustahil untuk kita atasinya sendiri . Akhir kata daripada Yana , berusahalah untuk memperolehi kejayaan , kerana kejayaan takkan datang bergolek . Kita sendiri kena tempa kejayaan dengan USAHA , DOA & TAWAKAL .
Assalammualaikum semua , terima kasih kerana sudi baca luahan hati Yana . Sayang awak semua ♥














You may also like

11 comments:

  1. yui pnh rasa mcm tu..

    normal. sbb kt manusia biasa. tp bila fikir balik, baru kt dpt fkir secara rasional dan sdar kembali.

    apa pun sabar dan tabah !!

    ReplyDelete
  2. ujian Allah untuk meningkatkan darjat seseorang. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Susah untuk dikatakan, saya bingung mau komentar apa yah, yang penting asyik dah.BW

    ReplyDelete
  4. Kipidap kan Yana, segala sesuatu mesti ada jalannya kan...

    ReplyDelete
  5. Kipidap kan Yana, segala sesuatu mesti ada jalannya kan...

    ReplyDelete
  6. @nuyui a.k.a miss YUI in shaa allah Yui , Yana cuba . Btw tq for the advice =)

    ReplyDelete
  7. @Raihanah Ahmad ya sis Raihanah , mungkin jugak , Dia takkan uji tanpa sebab , terima kasih sis ^_^

    ReplyDelete
  8. @Kang Ajay hahaha takpa kang ajay , terima kasih sudi baca entri saya

    ReplyDelete
  9. @Dunia Zumal tula zumal. hehehe Tq nah for the advice , liyana keduit hehehe

    ReplyDelete
  10. dugaan..hidup ada turun naiknya

    ReplyDelete
  11. @Nabila Syifa btul tu Nabila Syifa , in shaa allah setiap yg pahit pasti akan ada manisnya nanti ^_^

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^