L ♥ I's Stories: PULAU PINANG , PULAU MUTIARA

COPY

PULAU PINANG , PULAU MUTIARA

/
10 Comments
February 08, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

PULAU PINANG , PULAU MUTIARA

MERCU TANDA NEGERI PULAU PIINANG .

Memandangkan Yana nak juga buat satu entri tetapi tak tahu topik apa yang Yana nak kongsi dengan anda semua . Jadi ,  Yana pilih untuk memperkenalkan negeri kelahiran Yana kepada anda semua . Yana tahu , mungkin ramai yang dah tahu mengenai Pulau Pinang , juga dikenali sebagai Pulau Mutiara . Kenapa dan mengapa negeri Pulau Pinang dikenali sebagai Pulau Mutiara , Yana juga kurang pasti . Ada yang berpendapat bahawa mungkin pada zaman dahulu , terdapat banyak mutiara ditemui di sini atau mungkin untuk menggambarkan keindahan Pulau Pinang seperti mutiara . 
Kenapa Yana pilih gambar feri dan jambatan ? Hal ini demikian kerana , feri dan jambatan Pulau Pinang merupakan mercu tanda negeri kelahiran Yana iaitu negeri Pulau Pinang .


JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH .

 Untuk pengetahuan anda , di negeri Pulau Pinang sudah ada dua jambatan . Okay , mungkin semua dah tahu , tapi Yana nak juga bagi tahu sekali lagi , Nama jambatan kedua Pulau Pinang ialah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke 14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah . Jambatan kedua ini menghubungkan Batu Kawan di tanah besar , Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang . Jambatan ini merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara . 


TEMPAT WAJIB DILAWATI


BUKIT BENDERA

Tujuan Yana malam nie bukanlah untuk memperkenalkan kedua-dua jambatan ini semata-mata akan tetapi untuk memperkenalkan tempat menarik yang harus anda lawati apabila berada di Pulau Mutiara ini . Tempat pertama yang harus dilawati Yana cadangkan Bukit Bendera , sekiranya anda tiada aktiviti di pagi hari , Yana syorkan anda melawat Bukit Bendera , aktiviti ini sesuai dilakukan pada awal pagi atau pada waktu petang , kerana kalau waktu tengah hari mungkin akan agak panas nanti . Yana pernah pergi , tapi sekali saja , itu pun sebelum Bukit Bendera diubahsuai , sekarang Bukit Bendera lebih menarik permandangannya . In shaa allah kalau berkesempatan , Yana nak juga pergi sana lagi untuk melihat sendiri keindahan permandangan Bukit Bendera .


Untuk menaiki ke puncak Bukit Bendera , selalunya orang akan menggunakan kereta api ini , tapi ada juga yang hiking untuk sampai ke atas sana . Kalau Yana , Yana pilih untuk menaiki kereta api , hehehe . 


Antara hot spot yang sering menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar . 


Penang Hill Love Lock ♥

Tempat kedua yang menjadi antara tumpuan umum apabila berkunjung ke Pulau Pinang ialah Batu Feringgi . Untuk mereka yang suka akan keindahan alam semulajadi , yang suka melihat ombak laut , pantai , bolehlah berkunjung ke Batu Feringgi . 


Di sini anda akan "disajikan" dengan permandangan ciptaan Nya yang sangat cantik . Yana pun masa sampai sini , Yana sangat terpegun dengan pantainya . Rasa macam tak mau balik pun ada . Hehehe . Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di sini . Antara nya :-

  • MENAIKI BANANA BOAT




  • PARASAILING

  • Ber JET SKI



Dah penat jalan-jalan kan ? Mesti lapar . Jom Yana bawa anda semua ke tempat makan yang terkenal dekat Pulau Pinang . 

PADANG KOTA LAMA 



Terdapat pelbagai jenis makanan yang terkenal dekat Pulau Pinang yang ada dekat sini .

PASEMBOR



Haa , Tengok akak tu dok pilih bahan-bahan untuk pasemboq / pasembor . Hati-hati ya memilih , jangan terlalu teruja nak ambil semua benda ,, nanti bil sampai terkejut pula . Hehehe . 


Selepas selesai memilih , hasil "tangkapan" anda akan jadi macam nie . Sedap kan ?

LAKSA PENANG


Aduh , sambil-sambil Yana dok google  mencari gambar nie pon dah rasa lapar . Hehehe .

Jadi , selepas makan semua dah kenyang kan ? Jom kita sambung jalan-jalan dekat 

Street Arts


Terdapat pelbagai mural menarik dekat Street Arts nie , anda boleh bergambar di sepanjang Street Arts . Untuk ke sini , anda boleh memilih untuk berjalan kaki ataupun menaiki basikal .


Nie merupakan salah satu aktiviti yang Yana nak buat tapi belum berkesempatan , in shaa allah akan Yana usahakan nanti . Basikal-basikal ini memang untuk disewakan kepada pengunjung , soal harga , Yana tak pasti . Hehehe . ^_^


Antara mural yang terdapat di Street Arts ♥

Sebelum Yana lupa , berdekatan dengan kawasan Street Arts juga terdapat pelbagai muzium , ada antaranya Yana dah masuk dan ada juga yang belum . 

MUZIUM-MUZIUM DI PULAU PINANG .

  • THE CAMERA MUSEUM

Nie bukti yang Yana pernah sampai ke THE CAMERA MUSEUM . ^_^


Antara dekorasi yang terdapat di The Camera Museum .


Yana tak masuk sampai ke dalam sebab kena bayar . Eh eh bukan kedekut ya . Sebab Yana dan kawan-kawan tengah berjimat masa tu , sebelum sampai sini , Yana dan kawan-kawan Yana dah masuk ke 

  • PURRFECT CAT CAFE



Dekat sini ada jual makanan , makanan tak berat , macam high tea . Ada kek , minuman ringan dan sebagainya . Sambil makan anda akan ditemani oleh si comel . 


Walaupun kafe ini dikendalikan oleh orang cina , makanannya halal ya . Nie makanan dan minuman yang Yana pilih  ^_^


Yana dan kawan Yana di PURRFECT CAT CAFE ♥


Antara si comel yang bakal menemani anda . Jujur Yana cakap ya , kucing-kucing kat sini agak kurang mesra pengunjung , sombong . Huhuhu . Oh ya , ada benda yang anda dilarang buat semasa berada di sini ya , yang Yana masih ingat , tak boleh bagi kucing-kucing nie makan ya . Kena penalti nanti .


  • WONDERFOOD MUSEUM PENANG



Gambar ini diambil semasa Yana dan rakan-rakan Blogger Utara membuat lawatan ke WONDERFOOD MUSEUM PENANG .

  • PENANG AMAZING WORLD STUDIOS


Bukti Yana dah sampai . ♥

Terdapat banyak lagi muzium , tak dapat Yana nak letak semua dalam entri nie 
Upside Down Museum , Penang Toy Museum , Penang Interactive Museum , Penang 3D Art Trick Museum dan lain-lain . Untuk mengetahuinya , datanglah ke Pulau Pinang , Pulau Mutiara nie ya .
Nie baru sebahagian sahaja tempat menarik di Pulau Pinang yang Yana kongsikan dengan anda semua . Terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati di Pulau Pinang , Pulau Mutiara nie  ^_^ .


Sekian sahaja perkongsian Yana pada malam ini . Sehinngga bertemu di entri akan datang ^_^
*lokasi gambar di atas , di Penang Street Arts ♥






































You may also like

10 comments:

  1. nice entry..saya pun asal pulau pinang jugak hehehe

    ReplyDelete
  2. @BaNu Syah hehehe thank you Syah Banu , btw penang dok kat area mana ?

    ReplyDelete
  3. Banyak dah port baru kat Penang ye. Orang perantau yang jarang balik cam cheq bole la singgah pi bila free nanti.

    ReplyDelete
  4. Banyak tempat menarik di Pulau Pinang ni ^^ Separuh ja kat dalam entri ni Yun Sing pernah pergi.. haru.. sempatkah nak jelajah Pulau ini sebelum berangkat pergi belajar? xD

    ReplyDelete
  5. @Yan Ty hahaha tula Yanty . Yana yg dok sini pon x abes discover lagi . takpa2 t cti panjang ty pi jelajah satu penang nah

    ReplyDelete
  6. @Yun Sing btol tu YS nie baru separuh ja dalam entri byk lagi tmpat2 best dekat penang , bila sambung blaja ? dekat mana ?

    ReplyDelete
  7. wah wah..gigih cik yana good job he he..saya 4 tahun duduk Penang,,err mostly tempat2 kat atas tu tak pernah pergi ha ha teruknyaaa

    ReplyDelete
  8. belum pernah lagi jejak kaki ke pulau pinang..huhu..

    ReplyDelete
  9. @CikSiti hahaha Cik Siti nak make sure pembaca tak dapat salah info atau kurang info kna gigih sikit , tapi nie pon x lenngkap lagi , wah rugi cik siti , ada masa t pi la mlawat salah satu tmpat yana habaq tu hehehe

    ReplyDelete
  10. @Nurul Baidurah Nurul Baidurah , in shaa allah ada rezeki nnti mai la hehehe

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^