L ♥ I's Stories: TIPS: PETUA SEBELUM MENJELANG HARI BAHAGIA

COPY

TIPS: PETUA SEBELUM MENJELANG HARI BAHAGIA

/
7 Comments
February 10, 2016
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , memandangkan hari nie Yana cuti lagi . Seperti biasa bila tak ada apa yang Yana nak buat . Yana akan cari bahan untuk update jurnal atas talian Yana nie . Okay , topik Yana hari nie ....

PETUA SEBELUM MENJELANG HARI BAHAGIA 




Siapa yang tak mahu tampil berseri-seri bak bidadari kan dia hari bahagia yang datang hanya sekali seumur hidup . Dekat sini , ingin sekali Yana kongsi beberapa tips untuk bakal raja sehari amalkan  sebelum menjelangnya hari bahagia . Apakah tips-tipsnya ? Jom kita tengok sama-sama ♥

PETUA ORANG - ORANG TUA 

  • 44 HARI SEBELUM MENJELANGNYA HARI BAHAGIA

Okay petua dari Nek Yana yang pertama , 44 hari sebelum menjelangnya hari bahagia , bakal pengantin boleh mengamalkan diri dengan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari . Caranya ? Ambil segelas air kosong , baca Bismillah sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW . Untuk tampak berseri sentiasa , amalkanlah selalu ya .

  • 30 HARI SEBELUM MENJELANG HARI BAHAGIA

Baiklah , petua kedua daripada Nek Yana , Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya , lalu direbus dengan air putih sehingga warna bertukar kehijauan . Selepas itu , gunakan air rebusan tadi untuk mencuci muka anda , tapi pastikan suhunya sesuai ya , jangan pula sesudah direbus terus diguna , melecur nanti sayang . Selepas selesai mencuci muka dengan air rebusan tu , biarkan seketika di muka kemudian bilas dengan air sejuk . Kelebihannya ? Dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat dan ruam-ruam kecil di muka .

  • TIMUN SEBAGAI EYE MASK 

Okay , petua ketiga , dalam entri Yana sebelum nie Yana ada nyatakan kebaikkan timun untuk kulit wajah . Sekali lagi Yana kupaskan bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus , di samping sejuk . Timun berfungsi menghilangkan lebam di bawah mata (eye bag) akibat tidur lewat atau letih bekerja . Caranya ? Hiriskan timun tidak terlalu tebal dan tidak juga terlalu nipis , sedang-sedang saja . Untuk pengetahuan anda , timun juga dapat membantu menegangkan otot bawah mata .

  • LOBAK MERAH SEBAGAI MASKER MUKA

Petua keempat daripada Nek Yana , gunakan lobak merah sebagai masker muka . Seperti yang kita sedia maklum lobak merah kaya dengan Vitamin E yang dipercayai dapat menghilangkan parut di wajah serta menaikkan seri muka . Paling penting , ia dapat melembapkan kulit wajah . Caranya ?
Parut lobak merah , lalu ratakan pada ke seluruh bahagian wajah , biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air suam .

  • AIR KELAPA TUA DAPAT MELEMBAPKAN MUKA

Sekiranya wajah kita kering dan kusam , pasti kita akan kelihatan lebih tua daripada usia . Oleh itu , sekiranya ada mempunyai waktu lapang , cari kelapa tua dan ambil airnya . Amalkan membasuh muka dengan air kelapa tua , biarkan selama 10 minit , kemudian bilas dengan air bersih . Jika diamalkan in shaa allah anda akan memperolehi kulit wajah yang lembap dan berseri .


PETUA ORANG SEKARANG


  • TIDUR YANG SECUKUPNYA



Okay , kita beralih ke petua orang sekarang yakni petua moden . Amalkan waktu tidur yang secukupnya iaitu 6-7 jam sehari , elakkan bangun lewat kerana seri wajah akan hilang . Sebolehnya , bangunlah seawal jam 6 pagi , amalkan mandi sebelum menunaikan solat subuh . Luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit sambil menghirup udara pagi .

  • PERGI KE SALUN ATAU SPA

Seminggu sebelum menjelangnya hari bahagia , luangkanlah masa anda untuk pergi ke spa ,buatlah rawatan muka dan sebagainya . Apa salahnya kalau melabur sedikit untuk tampil berseri-seri di hari bahagia anda kan ??

  • MINUM AIR PUTIH

Petua daripada Cik Yana yang seterusnya ialah , amalkan meminum air masak / putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari / 2 liter . Pastikan anda minum selepas bangun tidur sebelum mandi (gosok gigi) kerana air ini dipercayai dapat membantu melancarkan perjalanan darah di samping dapat menaikkan seri wajah .

AMBIL SUPPLEMENT TAMBAHAN 


Pengambilan supplement tambahan amatlah digalakkan bagi membantu mendapatkan tenaga yang diperlukan . Dapatkan dia farmasi-farmasi berdekatan dengan anda , sebelum itu pastikan dapat nasihat pakar , Jangan pula anda tersalah ambil supplement ya .

Sekian sahaja perkongsian Yana untuk topik ini , sekiranya terdapat sebarang kekurangan Yana minta maaf ya ^^


In shaa allah sekiranya anda mengikut kesemua petua Nek Yana dan Cik Yana nie , anda akan tampak berseri-seri bak bidadari di hari bahagia anda ,

p/s :Puan Shima , Cik Yana kidnapped gambar awak ye ^_^

(hye awak yang baik hati tolong klik link kat bawah nie ye , TQ)
















You may also like

7 comments:

  1. wow..kalau yang dah berumahtangga ni camne lak takde petua ke he he he

    ReplyDelete
  2. @CikSiti hahaha nnti Yana cari petua kekalkan kebahagian rumah tanggga Yana kena p btapa dlu nie hehehe

    ReplyDelete
  3. Lambat update.. Yg dah berumah tangga apa petua lak? Hahahaa..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^