L ♥ I's Stories: AYAH DAN UMI , ITULAH PERMULAAN AKU .

COPY

AYAH DAN UMI , ITULAH PERMULAAN AKU .

/
3 Comments
March 18, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

AYAH DAN UMI , ITULAH PERMULAAN AKU .


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Cuba hayati setiap bait lirik lagu nie . Yana tak boleh . Berlinang air mata nanti . Tujuan Yana tulis entri nie , kebelakangan nie Yana nampak ramai anak muda yang tak hormat akan orang tua mereka . Yana tertanya-tanya . Adakah mereka lupa siapa yang dah bertarung nyawa untuk membawa mereka ke dunia nie ? Lagi satu yang sangat-sangat Yana benci , dengan pasangan masing-masing boleh pula cakap baik-baik , sopan-sopan . Padahal , belum halal lagi ya . Sanggup buat semua apa yang disuruh , termasuklah menggadaikan harga diri . Kasihan mak bapa kita . Susah payah mereka sekolahkan kita , ajar ilmu agama , ini balasan yang mereka terima ? Ketahui lah , selagi awak belum berkahwin , dosa awak mereka tanggung . 


Lagi satu situasi yang Yana sering jumpa , nak keluar dengan kawan minta duit dengan mak bapa . Kalau sekali sekala tu takpa la , ini tiap-tiap minggu sekali minta RM100 . Adik , kasihan mereka bukan tujuan mereka bekerja untuk memenuhi kehendak awak semata-mata . Banyak lagi keperluan yang mereka kena buat . Sebagai anak yang soleh / solehah awak sepatutnya meringankan beban mereka , bukan membebankan mereka . Cukup-cukuplah mereka berkorban semasa awak masih dalam kandungan sehinggalah awak dewasa . Allah kurniakan akal fikiran untuk berfikir , jangan nak jadi lembu sangat . Yana akui , dulu Yana juga seorang yang suka memberontak . Kalau tak dapat apa yang dikehendaki , merajuk . Tetapi , apabila usia semakin meningkat dan Yana sendiri sudah mengenal bagaimana penat mencari duit , Yana faham tak semua kehendak perlu dipenuhi .


Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting . Sekiranya kita bijak memilih kawan , maka kita akan menjadi manusia . Andai kata , kita tersalah pilih kawan , sendiri fikirlah kita jadi apa . 
Pengalaman Yana dalam berkawan , alhamdulilah . Baik kawan dari alam maya mahupun realiti masing-masing mengajar Yana untuk lebih dewasa . Kehadiran mereka telah membuat Yana sedar betapa besar pengorbanan ayah dan umi untuk Yana , yang suatu ketika dulu Yana buta untuk menilainya . Allah sayang Yana , dia tak biarkan Yana terus buta , Dia hadirkan "cahaya" menerangi hati yang dalam kegelapan . Setiap kali Yana tengok wajah ayah dan umi , mesti Yana sebak . Wajah tua itulah yang memanusiakan aku . Merekalah yang selalu meniup kata semangat di saat jatuh Yana . Mereka jugalah yang memimpin Yana setiap kali Yana tersasar .


Adakalannya , ayah dan umi menghukum bukan kerana dia benci akan kita , tujuan dia nak mengajar kita . Tak semua anak-anak dapat diajar dengan kelembutan , kadang-kadang sedikit kekasaran perlu tapi bukan niat untuk mendera . Cuba perhatikan sistem pendidikan ibu bapa yang terdahulu dengan sekarang . Cuba lihat perbezaan orang dahulu dengan sekarang . Orang dahulu lebih menghormati akan orang tua , sekarang ? Ada yang sanggup membunuh ibu bapa sendiri . Yana tak cakap semua , segelintir sahaja yang berbuat demikian . Yana akui setiap ibu bapa ada cara mengajar mereka , ada yang memilih untuk berlembut dan sebaliknya . Siapalah Yana untuk mempertikaikan cara mereka , Yana pun belum memasuki fasa tu , jadi Yana tak berapa sinonim sangat dengan keadaannya . 

Sekian sahajalah coretan Yana pada malam nie . Ada masa Yana kongsi lagi . Sebarang pertikaian mengenai entri ini boleh dibuat di ruangan komen . Akan tetapi , dengan cara yang murni ya ♥








You may also like

3 comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^