KENAPA AKU PILIH BLOGGING

Sunday, March 20, 2016


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Tajuk entri Yana kali nie , 

KENAPA AKU PILIH BLOGGING 



Kenapa blog ?


Kenapa Yana memilih untuk ber blogging ? Jawapannya mudah , Yana nak berkongsi , berkomunikasi , untuk mencipta dan menginspirasikan . Buat masa nie , belum banyak yang dapat Yana dapat sumbangkan dengan blogging , in shaa allah pada masa hadapan ada rezeki kan dapatlah Yana bantu yang mana patut . Ada yang tanya , apa tujuan utama Yana menceburi dunia blog ? Adakah semata-mata nak mengejar populariti ?? Jawapan Yana , tidak sama sekali , itu bukan tujuan utama mahupun angan Yana . Yana suka berkongsi cerita , berdasarkan pemerhatian atau pengalaman . Buat masa nie Yana tak nampak mana-mana media sosial selain blog yang sesuai untuk Yana jadikan platform untuk Yana berkongsi pengalaman dan sebagainya .


Terpilih untuk sertai Komuniti Blogger Utara .

Alhamdulilah , pada tanggal 13 Januari 2016 yang lepas , Yana terpilih untuk sertai Komuniti Blogger Utara . Terima kasih Arz , sebab sudi serap Yana masuk dalam group Arz . Banyak yang Yana belajar sepanjang Yana sertai Komuniti Blogger Utara , daripada cara penulisan entri sampailah cara untuk tingkatkan traffik blog. Banyak kesalahan yang Yana buat selama nie . Selamat Yana joined , kalau tak sampai bila-bila Yana akan buat kesilapan yang sama dan jangan tanya kenapa blog Yana sendu . Huhuhu .


Ben Ashaari Terima Jadi Keluarga KBBA9 !!

Pada 15 Mac baru-baru nie , Yana ada ternampak Ben Ashaari post dekat IG , sesiapa yang berminat untuk sertai KBBA pm beliau . Yana cuba , mana taw ada rezeki kan . Memang pernah bermimpi untuk jadi sebahagian daripada KBBA . Tak semudah tu nak sertai , banyak juga hal yang dititikberatkan untuk menjadi sebahagian daripada mereka . Alhamdulilah , Yana berjaya !! Terima kasih Ben , sebab bagi peluang untuk Yana jadi sebahagian daripada KBBA . Kenapa Yana nak sertai KBBA ? Satu saja jawapan Yana , Yana nak cari ilmu dengan lebih banyak daripada orang yang telah lama menceburi dunia blogging .


Kenapa blog bukan website ?


Blog lebih santai . Bagi Yana blog lebih mesra dengan pembaca . Yana terasa tak terikat dengan ayat-ayat formal since Yana tak suka sangat formal formal nie . Yana menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian . Tak semua benda ilmiah yang Yana kongsi jadi , sebab tu Yana pilih blog . Yana menulis cara Yana , bila cara Yana sudah semestinya santai . Yana nak pembaca terhibur baca cerita Yana , bukan nak mereka bosan ^_^


Bila mula blogging ?

Sejujurnya , Yana pun tak berapa pasti Yana mula ber blogging nie . Apa yang pasti , sejak sekolah semasa di tingkatan 6 . Pada mulanya , Yana saja-saja  joined sebab Yana suka menulis dan berkata-kata . Dekat  facebook / twitter agak tak sesuai untuk Yana menulis panjang berjela . Blog lah tempat paling sesuai . Hehehe .. Kalau dalam purata mungkin dah 4 tahun Yana dengan blog , cuma Yana tak expose . Mula serius tahun lepas . ^_^


Sampai bila nak ber blogging ?

Selagi hayat dikandung badan . ^_^ Menulis merupakan hobi Yana . Bila dah namanya pon hobi , jadi Yana tak letakkan sebarang garis masa untuk blog . Ada masa terluang Yana akan menulis dekat sini . Terima kasih kepada yang sudi baca dan menyokong Yana sepanjang pembabitan Yana denan dunia  blog . Banyak lagi yang perlu Yana pelajari . Yana harap semua orang dapat membantu Yana untuk menambahbaikkan blog Yana nie . 


Sekian saja entri Yana untuk kali nie , Sehingga berjumpa lagi di entri akan datang ^_^





You Might Also Like

14 comments

  1. gud luck yana...teruskan usaha anda...kipidap..dongibab..hihihi

    ReplyDelete
  2. @Izzati Suhaide hiks tq zatie . may the same thing goes to u =)

    ReplyDelete
  3. Kipidap Yana... baca tadi, eh Yana ke yang tulis? Memang hebat penulisan Yana... Selamat berblogging k ^-^

    ReplyDelete
  4. @Dunia Zumal hahaha .. zumal agak aaa hebat .. belum layak lagi kot dapat ppujian mcm tu . btw , thanks nah abang chaq ^_^

    ReplyDelete
  5. @Nazihah@Jiha tq JIHA , awak pon happy blogging ya ^_^

    ReplyDelete
  6. wah kak.. semoga terus sukses ye.. :)

    singgah sini.. ^^

    jemput join segmen shawal.. :)

    http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/SegmenBlogwalkingBloglist3.html

    ReplyDelete
  7. smoga dunia blog dapat rapatkan ukhuwah dan dpt kongsi sesuatu yg berguna untuk pembaca...

    ReplyDelete
  8. Done join GA dan follow..

    Salam perkenalan :)

    Kindly follow me back http://azirafreesia.blogspot.my/2016/03/giveaway-blogger-utara-bernilai-rm500.html?m=1

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^