L ♥ I's Stories: PETUA:Hilangkan Eyebag Yang Tak Cantik

PETUA:Hilangkan Eyebag Yang Tak Cantik

/
3 Comments
March 13, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥ 

PETUA:Hilangkan Eyebag Yang Tak Cantik


Okay , cari punya cari , akhirnya Yana dah dapat topik yang nak dikongsi dengan anda semua .
Sebenarnya , Yana tak pernah ambil hal sangat berkenaan dengan eyebag nie . Yana cuma menitikberatkan pasal jerawat saja . Tak suka jerawat bertakhta di wajah . Nampak tak cantik . Yana pun akan rasa tak konfiden kalau nak berhadapan dengan orang . 

" by the time we meet , no eyebag "

Once Yana dapat ayat nie , terus Yana dengan semangatnya nak hilangkan eyebag nie buat selama-lamanya . Caranya ?? Mai kita baca sama-sama nah .. 


Eye Bag atau lingkaran hitam di bawah mata ini terjadi kerana kita mengabaikan tidur dan rehat yang mencukupi Bila kita tidak cukup tidur atau rehat, kita akan memaksa mata untuk bekerja lebih daripada biasa sehingga mewujudkan lingkaran hitam sekitar mata.
Berikut adalah cara yang mudah untuk kita cuba bagi mengatasi masalah ini.
  • Urut mata menggunakan krim badam selama 5 minit lalu lapkan dengan menggunakan kapas.
  • Lekapkan mata dengan tuala kecil yang direndam dengan air susu untuk mengurangkan kesan lebam di bawah mata.
  • Basahkan kapas dengan air mawar lalu letakkan pada bahagian mata selama 10 minit.
  • Parut kentang dan ambil jusnya lalu disapukan kepada sekitar mata.
  • Bungkuskan kiub ais di dalam kain kapas bersih dan masukkan kedalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan tekapkan pada bahagian mata selama 1 jam.
  • Urut bahagian lingkaran bawah mata menggunakan krim pemutih lembut untuk menghilangkan lebam bawah mata.
  • Sapukan jus timun pada bahagian mata setiap hari sebelum tidur.
  • Kisarkan isi tomato bersama serbuk kunyit dan jus lemon lalu sapukan pada bahagian lingkaran bawah mata sehingga kering.


Yana akui eyebag memang dapat diselindungkan dengan teknik make up iaitu dengan cara apply concealer dekat lingkaran hitam bawah mata tu . Akan tetapi hasilnya tak lama kan , hanya untuk sementara waktu . Cubalah petua kkat atas tu bersama-sama Yana tu . Mana tahu dapat kita hilangkan eyebag bersama-sama .

Okay , setakat nie saja lah kot entri Yana . Jumpa dalam entri akan datang ya . Maassalamah ♥




Yana sajikan tutorial make up daripada youtube untuk kesayanagan semua ♥

LADY YANA'S STORIES (ringan ringankanlah jari untuk like page yana ye)



You may also like

3 comments:

  1. Anda telah di tag

    http://misskitty12.blogspot.my/2016/03/segmen-top-blogger-2016-by-nurzulfa.html

    ReplyDelete
  2. ehehe kalo ada eyebag mesti orang panggil panda..

    ReplyDelete
  3. Moga panda berkurangan....

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^