HATI INGIN BERBICARA

Sunday, April 17, 2016


ASSALAMMMUALAIKUM WBT ♥

HATI INGIN BERBICARA


" kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal , tetapi ianya datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah "

Hye semua , malam nie Yana nak kongsi pengalaman Yana sebagai seorang blogger bila dijemput ke Pelancaran Restoran The New Plan B . Mungkin akan ada yang kata , ekele , over lah dia nie . Nie bukan soal over atau tak over tapi , Yana sekadar nak cerita pengalaman Yana . Itu sahaja . Bukan niat nak riak atau menunjuk . ^_^ Jangan negatif sangat ya teman-teman . Alang-alang Yana nak bercerita , biarlah Yana cerita daripada mula ya ^_^ .

TERIMA EMAIL DARIPADA PR !




Okay , pada hari Isnin yang lepas , Yana ada terima email daripada Amri . Mula-mula memang Yana sangat teruja . Yala , nie kali pertama Yana dijemput . Walaupun tak berbayar , tapi bagi Yana nie merupakan satu penghargaan bila dijemput untuk sertai pelancaran nie . Seboleh-bolehnya Yana nak sangat pi . Tapi , masalah pertama , parents Yana . Mereka yang rapat dengan Yana tahu macam mana overprotective nya ayah dan umi Yana . Seperti yang Yana jangkakan , mereka takkkan izinkan Yana pi . Pertama sebab malam , kedua sebab dekat Penang . Jauh sangat katanya . 

MENGALAHKAH ???



Bukan NURLIYANA ISHAK lah kalau nak mengalah sebelum mencuba . Bukan Yana nak cakap besar taw . Yana cuba nak menyatakan betapa Yana akan berusaha untuk dapatkan apa yang Yana nak . Yana tanam dalam hati , tak kira macam mana caranya . Yana mesti piiii . Muktamad . Macam-macam cara Yana cuba taw . Mula-mula Yana cakap dengan elok , minta izin elok-elok . Tak dapat . Okay , taktik kedua , merajuk , mogok makan dan tidur awal .. Ehhh .. tak jalan jugak .. Hmm . Yana nekad , Yana balas email Amri pada hari Selasa pagi , Yana cakap , "I'll be there , with my friend Rosmazyatul Akma ". Bila dah cakap macam tu . Yana harus piii .. Selasa petang , selepas Yana balik kerja .. Yana nie sebenarnya anak manja ayah , Yana tackle ayah dulu . Ala-ala bodek macam tu . Hehehe . Punya lah merayu dan merayu , tak dapat jugak . Macam-macam dia kata dan Yana pon malas nak layan . Jadi , Yana putuskan untuk diam sebentar . Selepas tu , Yana carik umi . Hehe . Berbekalkan pity face dan kata-kata yang meyakinkan . Yess !! Umi bagi Yana pi .. ^_^

BERMULANYA PENGEMBARAAN SEORANG NURLIYANA ISHAK !!


Yana bangun awal pada hari Rabu tu . Yana putuskan untuk ambil cuti , sebab takut tak sempat nanti . Yana siapkan mana patut , apa benda yang nak kena bawak . Paling penting haruslah power bank , handphone alatan make up Yana . Pukul 12.15 Yana keluar tunggu bas dari rumah Yana ke pekan Kepala Batas . Sebenarnya , Yana boleh ja nak suruh ayah hantar , memandangkan dia tak bagi Yana pi . Jadi , Yana pi ja sendiri . Psst .. Sebenarnya kan ayah tak taw kata Yana pi jugak .. Kebetulan , masa tu ayah takdak kat rumah . Pandai umi kawtim hee ~ Lama betul kena tunggu bas tepat pukul 1.15 p.m baru bas muncul . Dalam pukul 1.25 p.m Yana sampai Kepala Batas . Nasib Yana baik sebab bas dari Kepala Batas ke jeti tak jalan lagi , terus ja Yana naik bas ke jeti . Seorang diri masa tu , sebab Miss Zyaroses naik dari rumah dia . Kami pakat nak jumpa dekat jeti ja ^_^ .


(bukti Yana bersendirian dalam bas , beg sengaja letak gitu sebab takmau bagi orang duduk sebelah)

SAMPAI KE JETI .. MENUNGGU ~

Okay , Yana sampai jeti dalam 2.30 pm . Ya dekat sejam jugak lah .. Nama ja bas rapid , tapi slow beno pemandu tu bawak .. Takpa lah untuk keselamatan jugak . Hehehe .. Bila dah sampai ke jeti , Yana kenalah tunggu makcik Zya nie .. Huhuhu .. Sorang-sorang , dah la Yana tipikal penakut punya orang .. Memang duduk kat tempat orang ramai ja .. Tak berani nak duduk jauh daripada orang . 
Tepat pukul 2.45 p.m , makcik Zya tiba kat jeti . Jadi kami teruskan perjalanan , cari feri . Selamat lagi sekali , feri dah ada . Jadi , tak payah nak menunggu terus ja naik feri . Hee ~


Masa menunggu makcik Zya , Yana terjumpa dengan kawan Yana si Fynn Salam .. Psst .. bukan nama sebenar =P .. Sempatlah jugak kami ber selfie . ♥ ♥ ♥

NAIK FERI DAHHH ..




Akhiryaaaa .. Yana berjaya naik feriii ... Bila dah dapat naik feri . Yana rasa semakin dekat dengan tempat yang nak dituju tuu dan terasa dekat jugak dengan orang tuu . Ehh eh .. Takdak sapalah =P .. Okay , Yana anggarkan , Yana sampai ke sebelah pulau sana tu dalam pukul 3.30 p.m . Di sini bermulalah sesi mencari bas ke Queens Bay Mall di mana pelancaran tersebut diadakan . Kami mencari bas 401E .. Mula-mula tu dah terlepas . Nasib badan laa ..Tunggu bas satu lagi pukul 4 baru nak jalan . Jadi , tunggu sajalah .. Nasib ada pasangan dari Indonesia nie , dua-dua tu nak pi ke tempat yang sama . Ceritanya , ada geng lahhh . ^_^


Hee .. Muka seronok dah dapat naik bas dan perjananan jugak lancar !! ^_^

SAMPAI DI QUEENS BAY MALL ~


Berjaya jugak kami sampai kat sini . Bila sampai sini . Maknanya mission accomplished  !! Kami cari lah kat mana letaknya Plan B tu . Jalan punya jalan maka jumpalah tempat yang dicari tu . Pada mulanya , macam tak percaya .. Eh betul ka dekat sini .. ^_^ Bila dah jumpa ,, kami pun cari surau selesaikan mana patut . Sesudah tu kami jalan-jalan dulu sementara menunggu pukul 7.00 p.m .

REGISTRATION ~

Tepat pukul 7 kami pi daftar dekat Amri .. Speaking depa nie . Huhu .. Selamat lah sisa-sisa ilmu MUET masa belajar kat tingkatan 6 tuu masih ada . Jadi , takdak lah Yana kekok sangat . Hehehe .. Selepas siap daftar , kami disuruh ambil tempat duduk and enjoy the dinnah



Masa nie umi mesej tanya .. "betui ka ada benda tu ? sapa lagi ada ? ramai dak ? ampa dua ja ka ? "
Inilah ciri-ciri seorang umi kepada NURLIYANA ISHAK . Haiz ~ Takmau bagi dia risau punya pasai . Yana pon jawablah semua soalan-soalan tu dengan jawapan yang meyakinkan dia ...


JUMPA KAWAN BARU !


Selfie seperti biasa .. Setiap gambar ada ceritanya . Hehe ^_^ Okay sepanjang majlis nie . Kami diberikan lebih kurang 5 jenis menu baru dan tiga jenis minuman . Kenyang sangat ... Huhuhu .. Pada mulanya kami dua orang saja kat meja tu . Tiba-tiba datang hamba Allah yang Yana tak tahu mai dari mana tanya nak duduk sekali boleh tak . Hmm , why not , the more the merrier  . Hee ~


Inilah wajah hamba Allah yang Yana maksudkan tu . Sejujurnya , sembang punya sembang . Yana lupa nak tanya nama . Sebenarnya dua-dua orang nie orang seberang ja .. Sorang tu duduk dekat saja dengan kawasan rumah Yana .. Terima kasih sebab joined kami ^_^ . Tepat pukul 9.30 p.m Yana dann Zya mintak diri dulu , sebab Yana janji dengan umi dalam pukul 10 malam Yana akan sampai rumah . Makanya , tak sempatlah Yana dan Zya nak menikmati pencuci mulut daripada Plan B . Hmm , Takpalah mereka dua orang tu dah tolong settle kan . =P

PENUTUP ~



Sepanjang hari tu Yana enjoyed saja . Yana rasa gembira sangat . Yana rasa , "wah .. Yana berjaya lakukan nya " . Tak senang sebenarnya , dengan cuaca panas terik , kami berdua takda pengalaman travel sendiri dekat Penang tuu . Semuanya berbekalkan semangat yang kental untuk pi ke majlis pelancaran restoran Plan B . Kenapa dengan gambar dekat atas tu ?? Tu Yana saja nak tunjuk dan nak bagi tau , apa yang Yana genggam tak mudah untuk Yana lepaskan . Tengok sajalah , pada mulanya , memang Yana tak dapat sokongan langsung . Tapi , Yana tetap takmau menyerah , apa yang Yana nak sampai sudah Yana akan usahakan . Sekian sahaja cerita Yana pada malam nie . Terima kasih pada mereka yang sudi membaca ♥

You Might Also Like

12 comments

  1. Akak masih x lepas-lepas lagi nak buat JJCM Kat Penang..padahal adik akak kerja Kat LKIM Penang tu...hujung tahun ni nak terjah Penang sekali lagi la...tahniah Yana berjaya pi review...next time yakinkan umi ngan ayah betul2 ye..m

    ReplyDelete
  2. ngeh3, chayok sayang..xssabar nk jumpa uuu lalink!

    ReplyDelete
  3. @Suriaamanda Terima kasih Kak SA .. Jangan lupa buat JJCM kat Penang eh sebab makanan kat sini mmg awesome !! sambil2 tu Kak SA mai la melawat tempat2 best kat penang nie taw .. In shaa allah , akan datang , yana akan convince ayah n umi that they can count on me .. terima kasih sekali lagi Kak SA ^_^

    ReplyDelete
  4. @timm bill I also feel the same timm .. Tak sabar nak travel dengan timm .. pulanglahhh wahai Fatimah Nabila .. ^_^

    ReplyDelete
  5. sttle juga smua kan..hehe

    xpe, pglmn tu..best!

    ReplyDelete
  6. tahniah... jom jalan-jalan sekali

    ReplyDelete
  7. @nuyui a.k.a miss YUI alhamdulilah .. semua settle denga jayanya . hehehe

    ReplyDelete
  8. @Tasha Aqisha hehehe .. thanks tasha .. in shaa allah , ada masa nanti kita set date nah hee . ajak timm sekali .. ^_^

    ReplyDelete
  9. pengalaman baru kan.. keep good job yana

    ReplyDelete
  10. @Eintan Nurfuzie aah cik en pengalaman baru handle sendiri . hee .. tq nah cik en ^_^

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^