L ♥ I's Stories: HATI OH HATI

COPY

HATI OH HATI

/
2 Comments
April 13, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

" people cry not because they are weak , it's because they've been strong for too long "

HATI OH HATI 



Sebenarnya malam nie aku nak la buat review pasai sebuah cafe aku pi baru-baru nie dengan geng Blogger Utara . Tapi , memandangkan perasaan aku tak berapa nak stabil , dan aku pon takmau rosakkan review tu dek kerana mood aku .. Jadi , aku tundakan sebentar . Mungkin esok kot , in shaa allah .. Tengok kata ganti diri pon dah bertukar . Maaf sekiranya bunyi agak kasar kepada mereka yang lebih tua . 

Benda pertama sekali yang merosakkan segalanya , kawan , diikuti dengan keluarga dan yang terkini .. Dah laa , malas aku nak mention dekat sini . Masa aku ada masalah la semua orang nak carik pasai . Masa mood aku tak stabil lah orang nak menduga . Nurliyana nie , nampak macam kuat okay . Sebenarnya aku lemah . Aku cengeng , bak kata orang indon . Tapi , orang masih nak mencabar tahap kesabaran nie . Haihh .. 


Nak dijadikan cerita , aku ada dapat invitation untuk pergi satu event nie .. Sepatutnya , aku gembiralah kan ?? Aku dapat apa aku nak .. Tapi , haa .. Memandangkan orang yang paling dekat dengan aku pun tak sokong aku , buat apa aku nak gembira  ?? Terbalik pulak keadaannya ,  rakan-rakan blogger yang menyokong aku , untuk pi event tu . Tu peluang aku .. Tak semua dapat , jika aku terpilih , maknanya apa ?? I'm the lucky one . Aku rasa tak keterlaluan kalau aku cakap , orang bukan blogger takkan pernah faham perasaan blogger , takkan pernah faham apa kami nak . Selalu anggap kerja kami nie sia-sia .. Sebab apa ?? Sebab , mereka tak nampak apa yang blogger dah contribute . Kenapa tak nampak ?? Kadang-kadang tu ada orang yang tak bertanggungjawab .. Macam pepatah dok kata "lembu punya susu , sapi dapat nama". Sebab nie lah orang tak nampak apa sumbangan blogger . Takpa , tu orang luar , aku tak kisah . Tapi , bila kawan rapat , keluarga yang aku expect boleh faham kemahuan aku pun tak faham . Okay , aku give up . Aku dah malas nak letak too much expectation .

Kadang-kadang , aku rasa hidup aku nie terlalu mengikut telunjuk orang , orang suruh buat itu , aku buat . Walaupun ada masa aku tak mampu nak buat , tapi aku  masih paksa diri aku untuk buat . Sebab ?? Sebab , aku nak jaga hati orang di sekeliling aku . Hati orang yang aku sayang , hati orang yang aku rapat . Kenapa aku tak dapat balik benda yang sama ?  Tak mengharapkan balasan sangat , tapi cukuplah sekadar memahami apa aku nak  dan jangan sakiti aku . Aku selalu dijadikan telinga untuk mendengar masalah orang . Masalah aku ? Selamat Dia selalu ada untuk aku . Walaupun terkadang aku lalai  Dia tak pernah jauh daripada aku .


Aku rasa cukuplah sampai di sini saja . Makin lama aku memikir , makin aku dibuai dengan perasaan di mana syaitan sangat suka . Selamat malam ♥




You may also like

2 comments:

  1. hai..sabar ye yana.lapangkan dada sejukkan hati dulu..memang orang takkan boleh faham sepenuhnya perasaan orang lain..hope u find the way okay.chill

    ReplyDelete
  2. Banyakkan bersabar ye, Cik Yana. :)
    Jangan sedih-sedih. :D

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^