JAGA KAU HATI-HATI

Saturday, April 23, 2016


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

" Do something right , no one remembers . Do something wrong no one forgets "

JAGA KAU HATI-HATI


Ada Apa Dengan Hati ?

Setiap manusia dianugerahkan dengan sekeping hati . Hati yang memegang setiap jenis perasaan . Sama ada gembira , benci , kecewa dan sebagainya . Namun , sebagai seorang mausia kita terkadang khilaf . Kita lupa untuk menjaga hati orang di sekeliling kita dan juga hati sendiri . Di sini , Yana dapat klasifikasikan yang hati manusia nie boleh terusik dengan tiga cara . Apakah cara-caranya ?? Jom baca dengan lebih lanjut . 

Percakapan .


Melalui percakapan , kadang-kadang kita tak sedar akan ada yang terasa dengan kita , Sama ada dari segi intonasi suara kita , ayat kita , ataupun cara gurauan kita . Kita kena peka dengan setiap orang di sekeliling kita , siapa yang boleh di bawa bergurau dan siapa yang tak boleh di bawa bergurau . Tak semua mampu berdepan , dan memberitahu kita "ehh .. Aku tak suka lah cara hang melawak , kasaq ! " Tak semua orang dapat berbuat demikian . Akhirnya , mereka akan mula menjauhkan diri daripada kita . Masa sendiri mau ingatlah , mesti ada salah kat mana-mana . Hehehe ..

Perbuatan .



Seterusnya , manusia mudah sentap dengan perbuatan . Kadang-kadang kita tak jangka pon dengan perbuatan kita akan ada orang yang bakal kecewa . Banyak kali Yana terkena dengan nie . Tapi , bagi Yana nie diri Yana , Yana buat apa yang Yana nak buat . Of course Yana akan menitikberatkan perasaan orang sebelum melakukan sesuatu . Tapi , hati manusia , tak semua kita boleh ramal . Jadi , kadang-kadang TER buat lah jugak orang sakit hati .



Penulisan .

Penulisan .. Jangan tak tahu ya , melalui penulisan jugak dapat membuat orang terasa . Sebaik-baik penulisan adalah yang tidak menyakitkan hati . Tapi , macam mana kita nak pastikan yang setiap penulisan kita tu takkan menyakitkan hati sesiapa . Susahkan , bukan senang nak filter semua benda yang kita tulis , nak pulak kita nie jenis yang menulis daripada hati . ^_^

Kesimpulannya dekat sini , sebaik mana pun kita mencuba untuk menjaga hati sendiri , dan hati orang lain . Sesekali , kita akan menyakitinya juga . Sebab , kita manusia , bukan rasul , bukan nabi yang terpelihara daripada melakukan kesalahn . Kita hanyalah manusia biasa yang sering membuat kesilapan kerana daripada kesilapan itulah kita mula belajar . Sekian sahaja penulisan Yana untuk hari nie . Yana tak dapat nak update cerita esok . Ahad , in shaa allah Yana cuba . Terima kasih pada yang sudi membaca coretan Yana ♥


You Might Also Like

6 comments

  1. Best sharing...yes...sedaya mana untuk kita menjaga pasti tetap ada yang terasa dan sebaik mana orang usaha mengawal kita tetap terluka...kerana emosi itu sangat rapuh...

    ReplyDelete
  2. yes memang betul.sebagai orang biasa kita buat yg termampu je,,

    ReplyDelete
  3. hati mmg sukar nak dijaga..kekadang khilaf tak sedar tanpa sengaja

    ReplyDelete
  4. betul tu.. apa yang kita buat, cakap kena berhati-hati
    http://www.tashaqisha.com/

    ReplyDelete
  5. selalunya akan terusik dgn perbuatan dan percakapan.. sgt mudah utk mmody.. haishh anak sulung sama kot..

    ReplyDelete
  6. naseb bek timm ni jenis yg wat lek wat pis..jenis yg mlas nk amik pusing..haha!

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^