L ♥ I's Stories: KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN

COPY

KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN

/
5 Comments
April 09, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

" perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diikitirafkan oleh pihak berkuasa sivil / diikat oleh kepercayaan agama . "

KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN



Hai Semua .. Hari nie Yana bukanlah nak bercerita mengenai perkahwinan . Tapi , Yana nak bagi taw kenapa setiap bakal pengantin perlu menghadiri kursus kahwin . ^_^

Kursus Kahwin atau Kursus Pra Perkahwinan adalah satu ungkapan yang sering kita dengar sebelum setiap bakal pengatin melangkah ke gerbang perkahwinan . Kursus kahwin wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga . Kursus perkahwinan biasanya diadakan selama dua hari . Tujuan kursus kahwin ini diwajibkan adalah untuk memberikan maklumat penting kepada bakal suami dan bakal isteri sebelum mereka menempuhi alam kehidupan baru agar mereka lebih bersedia nanti .


* Yana sudah , hehehe .. tapi takmau kahwin lagi pon *

Sijil penyertaan akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus . Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkaahwin nanti . Bagi orang lelaki yang berhajat untuk membina masjid lebih daripada satu , simpan sijil anda di tempat yang selamat . Hehehe .


* sijil dah ada , cuma tunggu bila nak guna ja . eh eh eh .. *

Ramai yang beranggapan , kursus perkahwinan membosankan sama seperti menghadiri taklimat untuk ambil lesen memandu . Sebenarnya , tidaklah begitu membosankan , ada slot yang best dan adalah jugak slot yang kurang seronok . Semua nie ikut kepada kreativiti si penyampai motivasi . Kalau dia pandai tackle peserta , pastinya kursus perkahwinan nie sesuatu yang menyeronokkan . 


* buku ini akan disertakan dalam fail , untuk setiap peserta kursus perkahwinan selepas selesai sesi pendaftaran *

Antara isi kandungan dalam buku ini ialah :-


1. Seulas Bicara
2. Pendahuluan
3. BAHAGIAN 1 : ASAS PEMBINAAN INSAN
  • Akidah
  • Ibadah
  • Akhlak
  • Perkahwinan dan Prosedur
4. BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN KELUARGA

  • Hubungan Dalam Kelurga .
  • Pengurusan Kewangan dan Masa .
  • Pengurusan Kesihatan .
  • Komunikasi Suami  Isteri .
5. BAHAGIAN 3 : PENGURUSAN MASALAH DALAM KELUARGA

  • Pengurusan Tekanan (stress) Dan Konflik Dalam Kehidupan .
  • Pembubaran Perkahwinan .



Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah ataupun benda yang perlu dianggap remeh . Perkahwinan merupakan satu fasa baru untuk si teruna dan dara di mana mereka akan belajar untuk memikul tanggungjawab baru , Si teruna akan menjadi imam kepada zaujahnya . Manakala si dara , harus belajar untuk mentaati si suami agar sama-sama mereka dapat mengemudikan bahtera perkahwinan seperti yang diredhaiNya .


Okay , sekian saja perkongsian Yana hari nie . Kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan , tahniah ya Yana ucapkan . Supaya anda dapat menjadi suami yang soleh , isteri yang solehah serta ibu dan bapa yang mithali . Jumpa lagi  dalam entri akan datang . Maassalamah  ~






You may also like

5 comments:

  1. kursus itu wajib hadir, namun metal kena kuat untuk hadapi kehidupan rumah tangga

    ReplyDelete
  2. Hampir 20 thn dulu.. sama tetap sama memang ada kursus kahwin cuma yuran saja berlainan. Dulu brp puluh rm sja. Bagus bakal pengantin jalani kursus utk kefahaman asas perkahwinan.. ya kekalkan dan tambah kualiti.

    ReplyDelete
  3. @Nooraini Ali. hmm btoi ,, kena matang , jangan nak guna mentaliti anak2 dah once dah kawen . hee ..

    ReplyDelete
  4. @PCL betul tu PCL , masa yana amek nie dah berharga RM80 , huhu .. sekarang entah berapa tak tau lah hee .. ya btoi walaupon harga semakin tinggi kualiti kena kekalkan atau tambah baikkan .. =)

    ReplyDelete
  5. Tak amek lagi kursus kahwin. :D

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^