L ♥ I's Stories: PERATUS OBESITI DI MALAYSIA MENINGKAT ?

PERATUS OBESITI DI MALAYSIA MENINGKAT ?

/
5 Comments
April 09, 2016

ASSALAMUALAIKUM WBT ♥

PERATUS OBESITI DI MALAYSIA MENINGKAT ?


Tadi , masa Yana tengok berita dekat TV3 Yana ada ter highlight dekat tajuk Obesiti . Peratus penduduk Malaysia yang obesiti meningkat . Sejauh mana kesahihannya ??  Yana cuba google nie jawapan yang Yana dapat daripada hasil google .

"  Obesiti di Malaysia telah menjadi satu trend  yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini . Obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung , strok , tekanan darah tinggi , diabetis dan kanser . Bekas Meneteri Kesihatan Malaysia , Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan atau obesiti pada tahun 2000. Di Malaysia kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum India , iaitu sebanyak 25.6 peratus , diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus .

( sumber daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti_di_Malaysia )

APA ITU OBESITI ?

Adakah anda tahu apa itu obesiti ? Untuk pengetahuan semua , obesiti merupakann keadaan perunatan di mana lemak badam berlebihhan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang . Individu itu biasanya dianggap sebagai obses apabila indeks jisim badannya (BMI) iaitu ukuran yang diperolehi daripada membahagikan berat badannya dalam (kilogram) dengan ketinggian seseorang dalam (meter) yang dikuasa dua .


PUNCA OBESITI 

Antara punca-punca obesiti adalah seperti berikut :-
  • tidak mempratikkan amalan pemakanan yang seimbang .
  • mengambil makanan yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi .
  •  kurang bersukan .
  • pengambilan makanan ringan .
  • ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga mengikuti semua telunjuk mereka .

CARA MENGATASI OBESITI .

Di sini Yana sertakan cara mengatasi obesiti :-

  • makan makanan seimbang
  • amalkan cara hidup yang sihat
  • bersenam
  • elakkan pengambilan makanan ringan
  • elakkan makanan berkalori tinggi dan berlemak tingggi
  • beriadah


piramid makanan , cara pengambilan makanan yang betul .

KESIMPULAN 


Secara ringkasnya Yana rumuskan dekat sini , obesiti dapat dicegah sekiranya kita mengamalkan cara kehidupan yang sihat . Mengamalkan cara pemakanan yang betul . Bagi ibu bapa di luar sana , ya Yana faham bila anak-anak anda montel mereka kelihatan comel . Akan tetapi , jangan terlalu memanjakan mereka . Awasi cara pemakanan mereka daripada mereka kecil ya . Bak kata pepatah , melentur buluh biarlah daripada rebungnya . Selamat malam , jumpa lagi di entri  akan datang ya . Segala salah silap sepanjang penulisan Yana , Yana minta maaf . Yana boleh menerima sebarang teguran , tapi biarlah dengan secara berhemah ya ^_^ .






You may also like

5 comments:

  1. Dik bagi tips nak kurangkan obes~hehehe

    ReplyDelete
  2. @Nooraini Ali. hehehe ,, umminani , kena study dulu neh sebelum share .. in shaa allah yana cuba hehehe .. thankks for coming here hee

    ReplyDelete
  3. obestiti selalu dikaitkan dengan makanan hehe

    salam kenal dari Rafie #266

    tambah info batuk lak kat sini http://sihatcun-rafie.blogspot.my/2016/04/batuk-tanda-sistem-pertahanan-badan.html

    ReplyDelete
  4. Takut dengar pasal obesity ni. Tu yang atul tengah berusaha kuruskan badan ni. :)

    ReplyDelete
  5. Termasuk la cikna, mkn'an bnyk sngt kat mesia ni

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^