L ♥ I's Stories: PERMATA YANG AKU SANGKA KACA

COPY

PERMATA YANG AKU SANGKA KACA

/
17 Comments
April 18, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

" sahabat adalah mereka yang tetap ada , walaupun seluruh dunia berkata kau tidak lagi berharga "


Sedang Yana duduk bersendirian , sambil ditemani alunan lagu di Youtube . Akal terfikir apa benda yang ditulis untuk entri kali nie . Tak seronok la pulak kan kalau lama sangat tak update , makin sendu pulak nanti blog yang sedia sendu nie . Malas nak celoteh panjang - panjang . Jom baca cerita Yana . 

PERTEMUAN YANG TIDAK DIRANCANG .

Perkenalan kami bermula selepas keputusan SPM keluar . Kami sama-sama mendaftar untuk sambung belajar di tingkatan 6 . Tak sangka pertemuan yang mulanya melahirkan bibit benci akhirnya menjadi satu ikatan yang mana Yana rasa mustahil untuk dirungkaikan . Sejujurnya , Yana nak mengaku . Pertama kali Yana melihat Mimi (tengah ) dan Wan (sebelah Mimi) Yana dah ada perspektif buruk . Pandangan pertama Yana terhadap Mimi , " dah la mai sekolah aku , dok buat belagak boleh . " Wan ? Hm , Yana turut melemparkan pandangan negatif terhadap Wan . Tapi , Yana dah tak ingat apa pandangan tu . Hehehe . Maaf ya Mimi dan Wan .. Diri ini khilaf pada ketika itu .

TAK KENAL MAKA TAK CINTA .

Benarlah kata pepatah " tak kenal maka tak cinta . " Kami ditakdirkan untuk duduk dalam kelas yang sama . Belajar bersama-sama . Sampai Yana tak sedar , sejak bila kami mula rapat . Nak dijadikan cerita , kami bertiga ambil keputusan untuk duduk hostel . Senang nak study kononnya . Sebenarnya kan , bila kita berkawan sekadar di dalam kelas tak sama dengan bila kita tidur sebantal . Bila dah tidur sebantal baru kita tahu karakter masing-masing . Mereka dua tak salah , yang salah nie Yana . Yana masa sekolah memang agak panas baran , kuat merajuk , kuat sentap dan perkara yang sewaktu dengannya .. ^_^

SUSAH SENANG BERSAMA .

Untuk pengetahuan semua , dekat hostel , telefon bimbit adalah benda yang dilarang bawak . Lyana Ishak nie degil , benda yang orang tak bagi bawak tu lah yang nak di bawak jugak . Ada satu masa tu , biro asrama nak buat spotcheck la kononnya . Ada mata-mata yang taw Yana bawak telefon bimbit . Mimi sampai tarik muka lah dengan cikgu praktikal masa tu duduk sebilik dengan kami ,sebab dia ingat cikgu tu lah mata-mata biro asrama . Betapa dia sayang , dia jaga kawan dia nie . Terima kasih Mimi .. ^_^

WAN BUAT APA EHH ?

Sebenarnya , Yana tak suka ada orang lain rapat dengan Mimi selain Yana . Pada masa nie Wan macam agak rapat dengan Mimi . Memandangkan pada ketika itu Yana kurang matang . Selalu jugak lah Yana merajuk dan tarik muka dengan Mimi dan Wan . Padahal , Wan tak tahu menahu pon . Maaf jugak Wan .. =P Wan , hmm dia lah orang yang akan teman Yana ke tandas setiap kali tengah malam buta Yana terjaga . Dah la Yana nie penakut teramat , memang kena ditemanilah cerita dia . Wan masa sekolah ada marka . Selalu jugaklah kami pow marka dia untuk beli makanan dari luar bawak masuk hostel . =)

SELESAI STPM .

Selepas selesai STPM , masing - masing dengan haluan tersendiri . Yana putuskan untuk buat kerja sambilan . Cari pengalaman . Sejujurnya , Yana tak letak harapan tinggi untuk sambung belajar . Orang akan kata Yana takdak masa depan  . Tapi , Yana ada alasan tersendiri kenapa Yana tak sambung belajar . Biarlah Yana sorang saja yang taw . =)

MIMI TUNANG !!

Selepas beberapa tahun kemudian , masing - masing dah graduate . Mimi dah nak tunang . Yana rasa terlalu cepat masa berlalu . Belum puas rasanya kami meluangkan masa bersama-sama , Yana dah nak kena kongsi Mimi dengan bakal suami Mimi . Hm . harap Suhaimi akan izinkan Mimi untuk berjimba dengan kami sekiranya berkesempatan . =(

24 APRIL 2016 .

Semoga pada hari nie , segala-galanya akan berjalan dengan lancar . Harap dengan sekali lafaz , Mimi sah menjadi milik Suhaimi secara halal . Mimi , kenapa cepat sangat kahwin nie ? T_T 
Yana tumpang gembira walaupun hati agak berat untuk melepaskan . Semoga kekal bahagia hingga ke syurga nanti . Jadi isteri yang solehah taw ?? Tolong , jangan lupakan persahabatan kita yang telah terjalin sekian lama nie .

SEKIAN SAJA .

Cukuplah sekadar di sini sahaja coretan Yana pada malam nie .Nanti ada pulak yang berlinang air mata . Nantikan update daripada Yana selepas selesai majlis Mimi nanti . Selamat malam , terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca entri entah apa-apa nie .. Sayang awak semua . ♥







You may also like

17 comments:

  1. nikmat sebuah perkenalan :)

    ReplyDelete
  2. @ubai ismail betui ubai , tak sagka ia akan jadik semanis nie =)

    ReplyDelete
  3. Sayang lalink jugek..hehe..

    ReplyDelete
  4. @timm bill sayang u more timm .. 😘😘

    ReplyDelete
  5. Love both of u so muchπŸ’‹
    Terimakasih sebab selalu ada time susah n senang.

    ReplyDelete
  6. semoga perkenalan awak dan sahabat kekal hingga syurga =)

    ReplyDelete
  7. assalamualikum.
    singgah pagi
    ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. macam diary.. lyna.. justify tau entry ini.. pesan abg ben..

    ReplyDelete
  9. tak sgka kan.. tu laa jgn menilai org dr luaran..hihihi..:p

    ReplyDelete
  10. yg xsgka tu kdg terjadi n kekal =)

    ReplyDelete
  11. @Mimi Aunie love u more mimi , u can have both of us anytime ja ^_^

    ReplyDelete
  12. @♥ aiNa yaZiD ♥ aminnnn .. terima kasih aina . semoga persahabatan aina juga macaam tu ^_^

    ReplyDelete
  13. @JAMIL HASHIM trima kasih sudi singgah sini , in shaa allah nnti saya singgah ya ^_^

    ReplyDelete
  14. @Eintan Nurfuzie hehek terlupa cik en sbbb selalu guna center . okay dah tukar , tima kasih sebab ingatkan ^_^

    ReplyDelete
  15. @husna zahidi tu la silap kak yana , huhu .. selamat dapat tebus balik hehehe

    ReplyDelete
  16. @nuyui a.k.a miss YUI hidup nie penuh dengan kejutan kan yui ^_^

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^