Cara Untuk Menangani Si Mulut Murai .

Wednesday, May 25, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Cara Untuk Menangani Si Mulut Murai .



Hai semua .. Selamat malam .. Sebelum nak tidur tu , meh baca entri Yana sat .. Mesti ada kan di kalangan kawan-kawan Yana nie pernah berhadapan dengan orang yang tak boleh berhenti bercakap ... Suka ka ?? Sejujurnya , Yana tak suka orang macam nie ... Nak bercakap tu bagi Yana takdak masalah , tapi pastikanlah jangan melampau sangat sampai mengjengkelkan orang lain .. Yana nie tipikal orang yang tak banyak sangat bercakap .. Bila Yana rasa nak diam , sepatah kata pun Yana malas nak keluarkan . Jadi , bila ada nya hamba Allah yang macam nie tatkala Yana malas nak berbicara , dia memang mengundang pink hulk .

Bolehkah nak tangani orang yang macam nie  ? Bagaimana caranya ? Jom Yana nak kongsikan apa yang Yana taw untuk sesiapa yang sudi meluangkan masa membaca entri Yana nie ...

1. Berikan Alasan .
- Sebaik-baiknya berikan alasan supaya dapat mengakhiri sesuatu perbualan tu .. Sekiranya mampu , berikanlah alasan dengan berhemah . Walaupun pada ketika puncak kemarahan Tuhan saja yang tahu . Tolong , jaga hati dia sama .. Hehe .. Dia pun tak berniat untuk menaikkan kemarahan anda .. 

2. Tukar Topik .
- Haa , cara nie pun boleh jugaklah .. Cuba cari topik yang dia tak banyak tahu  . Jadi , dengan cara itu dapatlah anda menghentikan perbualan tu dengan sedikit demi sedikit ..

3. Ya atau Tidak .
- Hee cara nie nampak macam kejam sikit . Yana selalu buat . 10 patah dia cakap , Yana akan balas dengan "haa" / "dak" . Lama-lama dia akan diam dengan sendirinya .. Tak percaya ??? Cubalah . Hehe ..

4 . Tunjukkan Rasa Tak Berminat .
- Okay , nie pun Yana buat jugak .. Bagaimana ?? Bila dia cakap Yana akan buat tak dengar atau buat-buat tak tahu . Mula tu dia akan keep repeat la untuk tarik perhatian Yana , lama-lama dia penat , dia akan diam . Hee ..

5. Pura-pura Kesuntukkan Masa .
- Hm .. Kena drama banyak kan untuk atasi orang yang macam nie .. Nie pun salah satu caranya lah , buat satu situasi yang menampakkan anda sedang mengejar masa atau anda sedang ditunggu sesiapa . Kalau Yana kan , Yana akan bukak handphone , ambil nada dering Yana , lepas tu pura-pura ada orang call buat nampak macam sangat-sangat penting then make a move . Senangkan . =P



6.  Mula Bermain dengan Handphone .
- Salah satu cara  yang Yana selalu praktikkan juga . Yana akan menyibukkan diri dengan telefon bimbit , bila dia tanya , Yana akan tanya dia semula . Lama-lama dia akan bosan lalu ... Diam . Hee ..

7. Jujur
- Kalau anda seseorang yang suka berterus terang , maka bagitahu dia bahawa dia seorang yang sangat talkative dan anda agak rimas . Mungkin dia akan terasa tapi itu yang terbaik daripada nak kena berlakon bagai . Hehehe ..

8. Suruh Dia Berhenti .
- Dalam nada bergurau , suruh dia berhenti . Contoh , "weh , sian ang kan mesti penat dari tadi cakap tak berhenti , jom aku belanja ayaq." Contoh laa .. Ikut kreativiti masing-masing . Pastikan dia tak terasa . Bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung , tepung tak selerak , rambut tak putus.

Sekian sahaja perkongsian Yana pada malam nie .. Sekiranya ada sebarang kesilapan sepanjang Yana menulis moleklah lemparkan komen yang murni dan membina di ruangan komen . Yana tahu ada yang komen dan belum sempat Yana balas . In shaa allah , Yana cuba balas secepat mungkin . Terima kasih sangat-sangat sebab tak pernah jemu membaca dan memberikan komen di setiap entri Yana .. Sayang awak semua .. ♥




You Might Also Like

7 comments

  1. hahahahha....cara paling tak sopan adalah, terus bangun dan blah...hahahahha
    btw, nice sharing!

    ReplyDelete
  2. haha, bukan senang nak lari dari org yang banyak cakap. tambah2 kalau kita ni jenis pendiam. hehe

    ReplyDelete
  3. @sofie adie hahaha taw xpa sofie , tapi tulah tak sampai hati plak nak wat gtu ..

    ReplyDelete
  4. @ubai ismail heee .. btoi tu ubai . last2 dengar ja sampai dia stop sendiri .. hairan macam mana orang boleh banyak bercakap nie hee

    ReplyDelete
  5. Kalau yg boleh bersabar okla.. Pape pun tips ni pun sgt berguna.. Huhuu..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^