L ♥ I's Stories: KEGAGALAN !

COPY

KEGAGALAN !

/
5 Comments
May 17, 2016
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

KEGAGALAN !


"jangan berhenti berusaha ketika menemui kegagalan . Kerana kegagalan adalah cara Dia mengajarkan kita erti kesungguhan"


Hai semua .. Yana yakin , setiap insan di atas muka bumi nie sebolehnya nak berjaya dalam apa jua yang dia buat kan ? Tak pernah ada sekelumit perasaan nak gagal tu ada .. Tapi , kita hanya mampu merancang Dia yang tentukan . Yana pernah berkata kegagalan bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan , mungkin itu sebagai satu langkah permulaan untuk menuju kejayaan . Akan tetapi , jika kerap kali "disapa"  kegagalan ., Mampu lagikah kita melangkah ?? Sejujurnnya , Yana bukanlah seorang yang tabah , bukan juga seorang yang kuat . Setiap kali menemui kegagalan , rasa putus asa tu ada . Yana rasa letih untuk memulakannya semula .. T_T


" I can accept failure , but I cant accept not trying "

Yana pernah kata dekat kawan Yana , kan seronok kalau kita boleh tengok masa hadapan . Apa yang bakal terjadi , sekiranya ada sesuatu yang buruk akan terjadi kita boleh hindarkan awal-awal .. Dia kata , " tak seronok , tak adventure " . Mungkin ada betul juga kata-kata dia tuu .. Tak terasa kehidupan kalau semuanya berlaku seperti yang dirancang . Kegagalan mungkin akan mengajar kita erti bersabar .. Kegagalan juga yang membuat kita untuk terus berusaha mencapai kejayaan .. Persoalannya , sampai bila harus menghadapi kegagalan ?? Kadangkala , tertanya juga di mana silapnya ? Apa hikmah yang menanti nanti ? Adakah ia berbaloi dengan kegagalan yang sedang dihadapi nie ? Hm . Yana sendiri tak dapat nak rungkaikan jawapannya .. 


" don't ask God to make your life easier , ask Him to make you a stronger person "

Hm . Mungkin sini silap Yana , setiap kali Yana berdoa Yana sering minta Dia permudahkan semua urusan Yana . Tetapi , Yana tak pernah minta Dia kuatkan Yana untuk tabahkan hati Yana setiap kali diuji . Kadang-kadang hati jahat berbisik , " aku solat , dia tak solat kenapa dia berjaya dan aku gagal? " Astafigrullahala'zim , itulah bila kita kecewa , syaitan memang suka berbisik . Dia kan dah berjanji nak menyesatkan anak cucu adam . Nauzubillah , minta dijauhkan .. Untuk menjawab persolan Yana tu , 

" Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. "

Sumber daripada : ustaznaim.blogspot.my



Yana rasa cukup sampai di sini Yana menulis , lagi panjang Yana menulis makin Yana terbuai dengan benda lepas . Assalammualaikum ...







You may also like

5 comments:

  1. disebalik kejayaan mungkin dia dah lalui pelbagai kegagalan

    ReplyDelete
  2. kdg kt selalu nmpk kejayaan org padahal kt tak pernah tau kegagalan yg dihadapi.

    ReplyDelete
  3. Saya tag cik http://lokmanamirul.blogspot.com/2016/05/segmen-sayang-followers-elsa-by.html

    ReplyDelete
  4. sebelum menemui kejayaan, setiap org pasti akan tempuh berliku kegagalan..huhuuh,.. jia you!

    ReplyDelete
  5. timm pun prnh rsa kegagaln, tpi itu buat kita lgi kuat!

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^