L ♥ I's Stories: KENAPA AKU PILIH UNTUK JADI BLOGGER ??

KENAPA AKU PILIH UNTUK JADI BLOGGER ??

/
2 Comments
May 08, 2016
ASSLAMMUALAIKUM WBT ♥

KENAPA AKU PILIH UNTUK JADI BLOGGER ??



Hai selamat pagi semua ♥ Kepada yang bekerja selamat bekerja .. Hehehe .. Tapi bagi Yana , selamat bercuti .. Esok baru mulakan tugas seperti biasa .. Huhu .. Okay .. Hari nie Yana nak kongsi cerita , kenapa Yana pilih untuk jadi seorang blogger .. Ramai yang kata , blogger tak ada masa depan , tak dak faedah pon , buang masa dan sebagainya .. Heyy . Kenapa negatif sangat nie ?? Hm .. Hari nie ,  Yana nak huraikan satu persatu kebaikkan seorang blogger .. Tak semua blogger bawa negatif punya persepsi tau . Jangan menghakimi sebelum mengenali kami ..

KENAPA MEMULAKANNYA ??




Yana memulakan ini semua sebab masa mula-mula tu Yana tertarik dengan blog . Yana tengok blog boleh design cantik-cantik dan comel-comel . Hee .. Lepas tu , Yana rasa dekat blog Yana boleh berkongsi apa saja . Seorang Nurliyana Ishak , memang suka menulis . Yana ada lah simpan impian nak jadi novelis kononnya . Tapi , dengan keadaan kerja dan masa . Haha . Yana tak rasa yang Yana mampu untuk menjadi seorang novelis .. Blog , memberi Yana satu inspirasi , dekat blog Yana boleh berkongsi cerita suka atau duka , berkongsi pengalaman Yana , tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi dan tempat makan yang awesome . Hehe .. 

BILA YANA MEMULAKANNYA ??

Seingat Yana lah , Yana mula menjebak kan diri dalam dunia blog nie , masa Yana di tingkatan 6  .. Masa tu Yana dok hostel , entah macam mana Yana terfikir untuk menceburkan diri dalam dunia blog nie pun Yana dah tak ingat . Apa yang masih segar bermain di fikiran , pada masa tu , Yana cuma menulis mengenai diri Yana saja . Mungkin dua atau tiga post mengenai rahsia tarikh lahir dan personaliti seseoarang melalui tarikh lahir . Hehehe .. Yana akui masa tu noob lagi . Yana tak ada sebarang guideline untuk menulis sesuatu entri dan yang paling sedih , Yana tulis Yana baca . Kiranya macam syok sendiri laa .. Hehe ..

DI MANA SELALU UPDATE BLOG ??

Selalunya di rumah , dalam bilik . Yaa .. Boleh ja kalau Yana update dengan menggunakan telefon bimbit , tapi ... perasaan dia tak sama dengan menggunakan laptop . Lagi satu , kalau Yana guna handphone peratus untuk Yana melakukan kesalahan ejaan sangat tinggi . Jadi Yana pilih untuk menulis dengan menggunakan laptop . 

KEKERAPAN MENG UPDATE ??

Hmm .. Di sini Yana akui , memang kadang-kadang Yana agak tidak berdisiplin dengan jadual yang dah Yana buat . Kononnya , Yana kata , sekurang-kurangnya , satu hari satu entri .. Tapi , kadang-kadang Yana "ponteng" juga .. Kenapa ?? Sebabnya , ada satu masa Yana tak tahu nak menulis apa , ada ada suatu ketika Yana dihantui perasaan malas yang teramat which is Yana patut hindari .. Okay azam baru .. Yana mesti cuba ikut balik jadual yang Yana buat tu .. Hehehe .. Wish me luck guys . ♥


SIAPA YANG MEMBERI SOKONGAN UNTUK YANA ??

Okay , kalau cakap bab sokongan nie , kebanyakkan yang memberi sokongan nie daripada rakan-rakan blogger sendiri .. Teman-teman realiti yang rapat pon tak terkecuali memberi sokongan kepada Yana sama ada secara langsung ataupun tidak langsung . Secara langsung dan tidak langsung tu macam mana ?? Hmm ..  Kalau secara langsung , dia akan directly cakap , "teruskan menulis  kami sokong daripada belakang , kalau perlu apa-apa just tell . " Lebih kurang macam nie lahh . Kalau secara tidak langsung ...  Komen , like dan share ,  post entri Yana .. Hehehe .. Itu yang Yana katakan secara tidak langsung ..

PENCAPAIAN YANG ADA BUAT MASA NIE ??

Yana tak dak lah dapat pencapaian yang "wow" lagi buat masa nie . Cuma , bagi Yana jemputan ke launch of Plan B  di Queens Bay  pada tempoh hari merupakan satu pencapaian yang bagi Yana okaylah daripada tak ada kan . Walaupun Yana tak dibayar , tapi tu tetap satu penghargaan buat Yana . Hehehe .. Kadang-kadang ada juga jemputan yang lain , tapi Yana kat Pulau Pinang . Kebanyakkan jemputan yang Yana terima tu dekat KL , terpaksalah Yana letak tepi . In shaa allah suatu hari nanti , kalau ada peluang , Yana takkan lepaskan . Hehe .. 

MATLAMAT MENJADI BLOGGER ?

Seperti blogger-blogger yang lain , Yana ada juga letak matlamat Yana tersendiri dalam dunia blog nie . Yana nak suatu hari nanti , blog Yana dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan untuk umum . Tak kiralah dari aspek apa sekalipun . Untuk itu , Yana haruslah memantapkan terlebih dahulu jurnal peribadi Yana untuk melayakkannya menjadi salah satu sumber rujukan .. Yana takda lagi terfiikir untuk menjadi fulltime blogger sebab Yana rasa Yana belum mampu untuk sampai ke tahap tu .. Hehehe .. 


KRITERIA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI BLOGGER ??

Hm .. Okay .. Yana jawab melalui penndapat peribadi yaa . Bukan pendapat standard  .. Bagi Yana , nak jadi seorang blogger nnie , hati kena cekal . Sebab ? Yala , kita tak boleh nak jangka feedback daripada pembaca-pembaca blog kita .  Kalau dapat yang positif ? Alhamdulilah .. Kalau negatif ?? Haa .. Nak maki balik kah ? Tolong jangan , balas dengan komen yang paling murni dan bijak . Sebab bagi Yana di situlah kewibawaann seorang blogger diuji .. Kalau dia dapat balas dengan elok yaa .. Dia lah blogger yang berkualiti .. Selain itu , untuk menjadi seorang blogger nie , kenalah sentiasa alert dengan isu semasa .. Tugas blogger secara tak langsung berkongsi isu semasa dan bukan hanya gosip semata-mata . Untuk itu ,blogger kena buat banyak research agar dia tak salah dalam berkongsi maklumat dengan orang lain ...


Okay , Yana rasa sampai sini sajalah coretan Yana buat masa nie .. Nanti kalau diberi peratus kerajinan yang melampau Yana akan kongsi cerita pasai AADC yang Yana nak pi tengok nanti .. Hehehe .. Terima kasih kepada yang sudi membaca .. Tolong tinggalkan komen-komen yang murni dan membina ehh . Menghina ?? Janganlahh .. Assalammualaikum ...













You may also like

2 comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^