L ♥ I's Stories: MAJLIS PERKAHWINAN MIMI & SUHAIMI

COPY

MAJLIS PERKAHWINAN MIMI & SUHAIMI

/
8 Comments
May 01, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

" perkahwinan yang bahagia adalah penyatuan dua orang yang bersedia saling memaafkan dan memperbaiki diri "


DEFINISI PERKAHWINAN .


Sebelum Yana kupaskan dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan . Yana nak definisikan terlebih dahulu apa itu perkahwinan .. Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul atau bercampur . Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (a'qad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah ..

MAJLIS AKAD NIKAH MIMI & SUHAIMI . 


Pada 24 April yang lepas , kawan Yana sorang nie sah bergelar isteri kepada Suhaimi Selaiman dengan sekali lafaz sahaja . Alhamdulilah , semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya ada sedikit masalah yang tak dapat nak dielakkan . Majlis akad nilah yang sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi terpaksa ditunda pada pukul 9.30 . Masa tu Mimi bukan main risau lagi , takut tak jadi kahwin , selamat jugak lah tok kadi nya boleh dibawa berbincang . Masa a'qad dilafaz , jujur Yana akui , memang sebak , dalam hati berkata " hm , sorang lagi kawan aku dah kahwin ". Bukan sebab cemburu , cuma Yana rasa kehilangan , sebab rata-rata kawan Yana yang dah kahwin nie , semakin jauh dengan Yana huhuhu .. ='( . Yana nak upload video masa Suhaimi lafaz akad tu tapi tak boleh la pulak hehehe .. Maaf ye =P


REWANG 

Haa .. Tau tak apa itu rewang ? Kalau tak tau meh Yana nak bagi tau . Rewang tu macam gotong royong lah .. Sejak kebelakangan nie dah tak ramai bakal pengantin memilih konsep rewang sebab nak senang kan , semua guna katering saja .. Kaedah rewang nie memang agak memenatkan itu Yana akui , Yana sendiri tengok macam mana mereka struggle untuk memastikan majlis perkahwinan Mimi berjalan lancar . Jom Yana belanja sikit gambar ya =) 


Antara mereka yang bertungkus lumus menjayakan majlis perkahwinan Mimi dan Suhaimi ♥


Adik adik pon tak terkecuali menolong . Hehehe .


Ais krim memang menjadi tumpuan kanak-kanak =)


Ehh Yana pon terselit . Kenapa muka macam tu ? Hiks =P


Pengantin pon tak lepaskan peluang untuk menikmati ais krim hehehe ..


Nie lah skuad-skuad photographer yang bertanggungjawab untuk merakamkan saat-saat indah antara Mimi dan Suhaimi ^_^ .. Abam Mus nama nya .. Sesiapa yang nak berkahwin tu boleh lah pm tepi . Hee .. Master Mus .


Alahai .. Romantis pulak Yana tengk gambar nie . Hehehe .. Apa apa pun tahniah buat Mimi dan Suhaimi . Semoga berbahagia hingga ke Jannah . Jaga Mimi elok-elok ya .. Mimi nie manja orangnya .. Jangan pernah rasa letih untuk melayan karenah dia ye .. Sampai sini saja Yana sempat menulis .. Harap berpuas hati ya .. Nak siap siap pi kenduri lagi nie .. Hee .. Salam ~












You may also like

8 comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^