L ♥ I's Stories: NAK KEMBALI MENULIS !

COPY

NAK KEMBALI MENULIS !

/
17 Comments
May 12, 2016
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

NAK KEMBALI MENULIS !


Hai semua .. Lepas Yana pi tengok AADC2 tu kan .. Tetiba Yana teringin nak berpuisi semula .. Dulu-dulu masa sekolah Yana memang suka menulis benda-benda macam nie .. Kualitinya ? Err . Tak tahulah Yana nak cakap , walaupun tak berapa nak berkualiti tapi Yana puas hati sebab dengan cara itu Yana ekspresikan perasaan Yana .. Jom Yana nak cuba tengok mampu ke tidak lagi .. Hehehe ...

WANITA

Siapa sebenarnya Wanita ??
Adakah dia yang mudah didampingi ?
Insan yang paling lemah dan senang dimanipulasikan ?
Adakah dia yang sering diperkotak katikkan dek kerana namanya Wanita ?
Mungkin juga dia yang sering dijadikan mangsa nafsu serakah lelaki durjana ?

Ada apa dengan Wanita ?
Ahhh .. Sekadar perhiasan dunia .
Perhiasan yang dicari tika perlu ..
Perhiasan yang dibuang tika lusuh ..
Itu kata siapa ?? Kata mereka yang cetek akal fikirannya ...

Salahkah aku sebagai Wanita ?
Kenapa aku sering dijadikan mangsa ?
Bukankah aku pantas dilindungi ?
Seharusnya aku diletakkan dalam kedudukan yang baik ..
Atas nama Wanita , ini terjadi kepada aku ...

Tahukah engkau ?
Wanita inilah yang melahirkan ...
Wanita inilah yang bertarung nyawa di saat melahirkan  ..
Wanita inilah yang bersengkang mata tika kau sakit ...
Wanita inilah yang pertama menangis disaat kau disakiti ..

Apa dengan itu semua , kami masih tak layak dihormati ?
Kenapa Wanita sering dijadikan ikon seks ?
Kenapa Wanita serinng menjadi mangsa seks ?
Bukankah kami juga punya maruah dan harga diri ?
Apa salah kami sebagai wanita ??

Wahai lelaki ..
Jadilah mereka yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan maruah seorang Wanita ..
Jadilah mereka yang akan mengangkat martabat seorang Wanita .
Jadilah mereka yang memandang Wanita dengan penuh kehormatan .. 
Jadilah mereka yang memelihara Wanita dengan penuh kasih sayang ..

Kami ..
Tak perlukan harta semata-mata untuk bahagia ..
Cukuplah dengan sedikit kasih sayang dan rasa hormat untuk buat kami rasa berharga ..
Lindungi kami disaat kami terancam ..
Pelihara kami disaat kehormatan kami dipersenda ..



Hee .. Boleh lagi tak Yana berpuisi ? Bersajak ka ?? Hee .. Kalau boleh .. Mohon komen .. Kalau tak boleh pon komen jugak dan nyatakan kat mana kurangnya ... Pastikan dengan berhemah yaa .. Assalammualaikum ♥



You may also like

17 comments:

  1. SELAMAT MENULIS KEMBALI..puisi??xreti nak komen sebab x berapa nak tahu tahu baca je..xtahu nak hayati kekeke

    ReplyDelete
  2. selamat kembali menulis :)
    ala..ok la kot..sbb x berapa nak reti sgt nak menilai ni.. :)

    ReplyDelete
  3. jemput join ga Iniblogke :) http://iniblogke.blogspot.my/2016/05/iniblogke-preloved-novel-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. saya bab puisi x pandai sebab ayat x cukup puitis. cuma kat sekolah dulu rajin tulis cerpen.. ada la dalam 4-5 cerpen ditulis masa sekolah dulu.. tulis panjang2 saya boleh la.. tulis pendek2 macam sajak ni x pandai..

    ReplyDelete
  5. kalau bab bahasa puitis ni memang failed....

    tapi ada orang yang minat dan rajin menulis...

    kalau mampu membawa kebaikan kenapa tidak? kan

    ReplyDelete
  6. @PERMATABIRU hahaha farah , yana pon bukan master sangat , stakat conteng2 bley la hee =P

    ReplyDelete
  7. @Nieyl hee terima kasih Nieyl .. ^_^

    ReplyDelete
  8. @Pha Is cerpen ?? wah .. mind to share ?? teringin gak nak membaca .. cerpen berkisarkan tentang apa ? dlu pernah gak simpan impian nak jadik novelis ,, tapi macam tak kesampaian ja , tegha update blog pon ikot mood hee ..

    ReplyDelete
  9. @aRz MoHa hahak .. aRz mesti bdak sains kan dulu masa sekolah .. kekeke .. selalunya bdak sastera ja suka mmenulis puitis2 nie keh keh keh ... =P

    ReplyDelete
  10. @lyana ishak kebanyakannnya cerpen based from kisah benar hidup.. masa tu xde blog lagi.. so, cerpen la "medium" nk meluahkan cerita.. hahaha..

    segan nak share, cerpen zaman muda2 dulu, zaman ayat budak2 x matang.. hahaha

    ReplyDelete
  11. @Pha Is pha is pun minat sastera ni

    ReplyDelete
  12. husna lg laa tak reti.. nak tulis ayat berbunga2 pon makan masa.. hahaha..

    ReplyDelete
  13. Budak science stream tp minat sastera. I la tu

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^