WANITA TAK CUKUP TIDUR CENDERUNG JADI PEMARAH

Monday, May 09, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

WANITA TAK CUKUP TIDUR CENDERUNG JADI PEMARAH



Hai .. Selamat malam semua .. Okay kali nie , Yana nak kongsi info yang wanita nie kalau dia tak cukup tidur dia akan moody keesokkan harinya .. Tak percaya ?? Jom , buat eksperimen . Hehehe .. Pada mulanya Yana sendiri pun tak sangka . Selepas dikaji , bila Yana mendapat tidur yang cukup berbanding tidur yang tak cukup keputusannya sangat berbeza . Apabila Yana tak cukup tidur memang Yana akan hangin satu badan manakala kalau cukup kerja bertimbun kat opis pun Yana buat dengan senyuman . Hee ..

Sebenarnya , Yana pun google ja info nie , untuk ketahui dengan lebih lanjut  sila teruskan membaca ..



Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata ,

" otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari."

Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati , wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah . Namun keadaan tersebut tidak akan terjadi pada lelaki yang tidak cukup tidur .

(sumber : http://hanasuva.com/)

FAKTA: Wanita yang Kurang Tidur Akan Mengalami Sakit-Sakit Badan dan Kerap Marah.



Dr Michael Breus , seorang pakar tidur , percaya sesetengah wanita yang kurang tidur akan diserang radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur .

Tambahnya lagi , wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas .

Jadi , jelas terbuktilah dekat sini bahawa tidur  yang tidak mencukupi mempengaruhi emosi seseorang wanita . Hehe .. Jadi , wanita , nak cantik kena cukup tidur ya .. Kalau dah selalu marah-marah macam mana nak cantik ? Nanti cepat tua . Hee .. Tapi lain pula bagi orang lelaki ya , sebab Yana pernah nampak pepatah Inggeris yang berbunyi .. " a hungry man , is an angry man" .

Sekian sahaja perkongsian Yana pada malam nie , sekiranya ada sebarang kesilapan , mohon betulkan di ruangan komen dengan komen yang murni dan berhemah ya . Terima kasih . Assalammualaikum ♥

You Might Also Like

4 comments

  1. Kalau kacau ceq tiduq lagi ceq marah hahahaha... anyway tq for sharing!

    ReplyDelete
  2. Kalau terlebih tidur asyik nak tidur je..hahaha

    ReplyDelete
  3. @Shiqeen Sattar hee cek pantang gak kalo org dok kaco tdoq .. hee u r most welcome =))

    ReplyDelete
  4. @Nadia Johari btuiiii .. nak plak di hujung minggu disertai dengan rintik hujan hee

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^