KUALITI ATAU KUANTITI YANG DIPERLUKAN ?

Saturday, June 18, 2016


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

KUALITI ATAU KUANTITI YANG DIPERLUKAN ?



Hai .. Dah tidur ka semua ? Kualiti dan kuantiti apakah yang Yana nak bicarakan malam nie ? Malam nie Yana nak cakap pasai kawan ataupun lebih tepat persahabatan . Bagi anda semua , kualliti atau kuantiti yang sering dititikberatkan ? Yana ? Mestilah Yana lebih menitikberatkan kualiti seorang kawan ataupun kualiti sebuah persahabatan . 

Sebelum nie , Yana pernah mempunyai ramai kawan . Ramai sangat . Sampai ada masanya Yana rasa begitu selesa . Yana rasa yang Yana takkan pernah kesunyian sebab kawan-kawan Yana ramai . Tapi , kesetiaan seorang kawan diuji tatkala kawannya ditimpa kesusahan . Dari situlah , baru kita kenal siapa yang betul-betul ikhlas untuk berkawan dengan kita . Siapa yang akan ada di setiap jatuh dan bangun kita dan di situ jugalah kita mampu menilai yang kaca dan yang mana permata . Sejujurnya , Yana sendiri  pernah alami . 

BFF ( best friend forever ) , ramai yang mampu untuk ungkapkan ayat tu even budak tadika pun dah taw guna ayat tu . Tapi , tahukah qualification seorang BFF ?? Jangan nak mengungkapkan kata-kata tu kalau belum betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang BFF . Yana tak perlukan seorang kawan yang akan sentiasa  ada dengan Yana 24/7 . Yana faham , dia pun ada kehidupan dia dan dia ada benda lain yang perlu dibuat daripada nak luangkan masa dengan Yana saja . Bagi Yana , cukuplah sekadar dia ada dikala Yana memerlukan , begitu juga disaat dia memerlukan Yana . Dalam persahabatan , Yana sering mengamalkan konsep give and take .  


Jadi , selepas penjelasan Yana yang panjang lebar tu . Sudahkah anda tahu , kualiti atau kuantiti yang diperlukan ? Yana tetap dengan pendirian Yana yang kualiti seorang kawan jauh lebih penting daripada kuantiti beribu kawan . Kawan bukan hanya diperlukan disaat suka saja , dia juga turut diperlukan dikala duka . Kadang-kadang kita memerlukan seseorang yang sebaya dengan kita untuk comfort kan kita bila kita sedang dilanda masalah .. Ya , keluarga ada , ayah ada , emak ada , tapi perasaannya takkan sama bila dengan rakan sebaya . Tiada jarak antara rakan sebaya , bila dengan keluarga mungkin akan ada sedikit gap . Itu untuk Yana lah , Yana lebih banyak berkongsi kisah hidup Yana dengan sahabat Yana daripada keluarga Yana dek kerana keluarga Yana tak begitu "open" sangat .


Sampai sini sajalah coretan Yana malam nie .. Esok-esok kita jumpa lagi ehh .. Terima kasih kepada yang sudi baca bebelan Yana nie .. Hehehe .. Assalammualaikum . ♥

You are my best friend as well as my lover, and I do not know which side of you I enjoy the most. I treasure each side, just as I have treasured our life together.” 
― Nicholas SparksThe Notebook


You Might Also Like

9 comments

  1. kita mencari yang kualiti tapi pada masa yang sama kita fikirkan juga adakah kita ini berkualiti dngna kawan2. huhuhu saja kongsi.

    anyway cantik template baru :)

    ReplyDelete
  2. setuju.. kualiti lagi penting dari kuantiti...

    Blogwalking Sini, jom baca artikle tutorial ini

    Cara Betul Untuk Memasang HTTPS di blog article...

    ReplyDelete
  3. ALHMDULILLAH, cik timm ada kuantiti kwan yg rmai, dan semuanya berkualiti..hihi..

    ReplyDelete
  4. ALHMDULILLAH, cik timm ada kuantiti kwan yg rmai, dan semuanya berkualiti..hihi..

    ReplyDelete
  5. @ubai ismail hm , btoi kata ubai tu , in shaa allah akan cuba memberi yg sama seperti yg dapat . Hee .. terimma kasih atas ingatan tu n thx sbb puji template cantik hehehe ^_^

    ReplyDelete
  6. @Ahmad Hasif in shaa allah ada masa nnti yana singgah ya Hasif , thanks for coming .. =))

    ReplyDelete
  7. @timm bill alhamdulilah untung Cik Timm kita , yana plak tak ramai but kualiti tu ada , alhamdulilah gak hehehe ^_^

    ReplyDelete
  8. setuju. kawan tak semestinya ada susah dan senang. yang ada masa susah tu la adalah kawan berkualiti

    ReplyDelete
  9. when it comes to kawan.. elokla kualiti yang didahulukan..
    biar kawan sikit tapi itulah yang akan ada susah senang.. daripada yo yo o ramai tapi bila diperlukan tadak sekoq pun =P

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^