L ♥ I's Stories: REVIEW:ME BEFORE YOU

REVIEW:ME BEFORE YOU

/
7 Comments
June 11, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

ME BEFORE  YOU 


Hai semua .. Okay , tajuk saja dalam Bahasa Inggeris tapi Yana akan menulis dalam Bahasa Malaysia . =) Pada 5 Jun yang lepas , Yana dan kawan Yana err .. Kawan baik Yana , si Fariha tu telah menonton filem Me Before You . Sebenarnya , Yana dah teruja nak tengok filem nie sejak 8 Mei lagi . Yana memang suka sangat-sangat filem yang berunsurkan kisah cinta dan kurang unsur-unsur yang menakutkan . 


Me Before You , merupakan sebuah filem yang menceritakan tentang seorang lelaki yang kurang upaya . Will Traynor , merupakan watak utama dalam filem nie . Will , telah mengalami kemalangan jalan raya di mana dia dilanggar oleh sebuah motosikal yang telah menyebabkan dia lumpuh seluruh badan dan hanya bergantung kepada kerusi roda sepanjang hayatnya .. 



Walaubagaimanapun , ibu Will Camilla Traynor telah mengupah Louisa Clark untuk menjaga kebajikan Will . Pada pertemuan pertama , Will sangat mengjengkelkan Louisa , beliau langsung tidak memberi peluang kepada Lou untuk mengenalinya apatah lagi mendekatinya . Tapi , lama kelamaan atas hasil usaha Lou yang tak pernah berputus asa untuk mendekati Will telah menimbulkan bibit-bibit cinta tanpa mereka sedari . 


Sikap bersahaja dan ceria Lou telah berjaya memikat hati Will , Will mula berasa selesa dengan Lou . Mereka mula menjadi teman rapat dan ahirnya menjadi pasangan kekasih . Sebenarnya Will telah memberi masa selama 6 bulan kepada ibu dan bapanya . Sekiranya beliau tidak juga pulih dalam masa 6 bulan . Beliau nekad untuk membunuh diri . Hal ini demikian kerana Will  berasa dirinya tidak berguna dan hanya menyusahkan orang di sekelilingnya . Lou telah mengetahui akan hal ini , dan Lou telah merancang sesuatu agar Will kembali bersemangat untuk  terus hidup . Akan tetapi , keputusan Will adalah muktamad . Walau sekuat manapun Lou berusaha , dia tetap nekad dengan keputusannya ..



Di sinilah Will cuba memberitahu Lou mengenai keputusannya kerana beliau tidak tahu bahawa Lou telah mengetahui mengenainya lebih awal lagi . Di sini jugalah Lou cuba memujuk Will agar membatalkan hasratnya itu . Akan tetapi , Lou gagal , kerana Will seorang yang teguh pendiriannya . Will juga berharap Lou dapat melihat saat beliau  "dimatikan".  Lou kecewa dan terus meninggalkan Will sendirian di pantai pada malam itu ..

Pada mulanya Lou enggan menuruti kehendak Will , akan tetapi setelah Lou mula terfikirkan sesuatu . Lou nekad untuk mengikuti Will ke Switzerland . Sampai sini saja ceritanya . Oh ya , sebelum Will pergi meninggalkan Lou buat selama-lamanya . Will sempat meninggalkan sepucuk surat untuk Lou .. Di sini Yana sertakan video yang menunjukkan isi kandungan surat Will .



Untuk pengetahuan semua , Yana bukanlah tipikal perempuan yang senang menitiskan air mata bila menonton filem nie , filem yang berjaya membuat Yana menitiskan air mata sebelum Yana menonton Me Before You hanyalah Kabhi Kushi Kabhi Gham itupun kerana filem tu berkisarkan tentang keluarga dan Yana tersentuh . Cerita cinta tak pernah lagi berjaya membuat Yana menitiskan air mata akan tetapi , Me Before You berjaya membuat air mata Yana bergenang menanti jatuh . Tengok masa Yana menulis entri ini pun , air mata kembali bergenang . Yana takmau cerita dah , Yana nak semua yang baca entri Yana nie alami sendiri pengalaman Yana menonton filem nie . Sejujurnya , bagi Yana filem nie sangat berbaloi untuk ditonton . Daripada 5 bintang , Yana bagi 4 bintang ... Kenapa ? Sebab hero matiiiiii .. Huks .. T_T


Ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membaca entri Yana nie .. =)










You may also like

7 comments:

  1. macam menarik..tapi sad ending la pulak..huhu..

    ReplyDelete
  2. @Ruzidah Abdullah memang menarik jalan ceritanya ,, biasalah orang putih jarang failed wat movie nie .. just part dia mati a bit sad , at the end dia wat kita tersenyum .. sbb dia ajar hdup mesti dteruskan no matter what happen =)

    ReplyDelete
  3. belum tengok lagi wayang ni...huhu..

    ReplyDelete
  4. @Nurul Baidurah hee ,,, kalo x sempat tgk wayag pon boleh donload nanti .. tapi yana tak reti hehehe =P

    ReplyDelete
  5. sad ending ke?? alaa macam titanic la pulak..huhu...

    ReplyDelete
  6. @Anizz Annisa aah aniz . Sad ending . Tu yg a bit spoil uh . Tapi best . Hee .

    ReplyDelete
  7. sedihlaaa.. nyampah citer sedih !!! tp sweet gilaaa..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^