L ♥ I's Stories: TIPS UNTUK MUDAH BANGUN SAHUR

COPY

TIPS UNTUK MUDAH BANGUN SAHUR

/
3 Comments
June 12, 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

TIPS UNTUK MUDAH BANGUN SAHUR .



Hai sayang-sayang semua . Sudah selesai bersahur kan ?? Senang tak , nak bangun sahur ? Hehe .. Yana buat masa nie lah kan , alhamdulilah . Tak missed lagi bersahur . Dekat sini Yana nak kongsikan tips untuk mudah bangun sahur . Bukan Yana takmau kongsikan awal-awal . Cuma sejak kebelakangan nie , ramai pula yang Yana tengok missed untuk bersahur . =)


Kunci Jam Pengggerak .



Kunci jam mmerupakan cara paling kerap dibuat . Siapa yang disiplin dekat sini ?? Dengar saja bunyi alarm  terus bangun ?? Ke ada yang snooze 5-6 kali ? Hehe .. Yana akan snooze 2-3 kali . Akhirnya , baru berjaya bangun dari tidur . Kalau ada juga yang tak berhasil dengan cara nie , nampak  gayanya kena guna alarm hidup lahhh .. (mak/ayah/kakak/isteri dan yang sewaktu dengan nya)

Minta Tolong Rakan Bilik / Ahli Keluarga .



Okay , nie salah satu cara yang baru saja Yana sentuh dekat atas tu .. Nak selamat , cuba cara nie pula . Minta tolong rakan-rakan sebilik atau ahli keluarga anda . Cara nie selalunya menjadi . Melainkan anda tipikal orang yang sangat-sangat liat untuk bangun sahur dan memilih untuk terus  tidur tanpa bersahur . Yana kalau cara nie , kadang-kadang2 berhasil dan kadang-kadang tak . Sampai umi pun dah give up nak kejutkan Yana . Hehehe .. =P      


Minta Tolong Rakan Karib Untuk Telefon atau SMS .




Hm , Bagi Yana peratus cara nie untuk berhasil agak tipis la .. Kita tak  tahu kan , dia set silent mode atau tak .. Kalau silent mode jenuh la nak mendail sampai dia bangun . Hehe .. Tapi , kenapa tak dicubakan ? =)


Siapkan Hidangan Sahur Lebih Awal .


Agar anda tidak akan terburu-buru nanti , Yana syorkan supaya anda menyediakan hidangan untuk sahur sebelum tidur . Kalau perlu , bila bangun sahur nanti cuma perluk panaskan sahaja .


Tidur Awal 


Haa .. Faktor yang susah bangun sahur nie mungkin disebabkan tidur yang tak cukup . Bila badan terlalu letih itu yang menyebabkan anda sukar untuk  bangun sahur . Jadi , pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup , sebolehnya jangan berjaga terlalu lewat malam ya .. 

Okay , sekian sahaja perkongsian ringkas daripada Yana , sudi-sudilah membacanya . Kalau rasa nak cuba amalkan pun boleh juga .. Hehehe .. Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu . =)








You may also like

3 comments:

  1. Nasib baik senang bangun sahur. Tapi bergegar jugalah pintu tu ibu kejutkan pagi2. Hahaha. Sebab kunci jam. Bangun and matikan. Sambung tido. Hehe

    ReplyDelete
  2. @Afiq Halid hahaha janji berjaya jugak bangun dah good enough . yana pon sama laa .. last2 kena umi jgak mai kejutkan hehehe .. =P

    ReplyDelete
  3. kawan yang tanak bangun tu simbah je ngan air.. x bangun gak makan je xyah tunggu dia wakaka.. tapi CT kalo rajin je makan.. but wajib bangun at least minom air..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^