AIDILFITRI DATANG LAGI

Wednesday, July 06, 2016


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

AIDILFITRI DATANG LAGI



Hai semua .. Sekian lama Yana mencari mood untuk menulis . Malam nie baru dapat mood tu . Sebelum Yana lupa , Yana nak ucapkan Selamat Hari Raya  Aidilfitri kepada semua umat Islam . Sebenarnya , entri nie Yana nak cerita mengenai perasaan Yana sambut raya pada tahun nie .. 

Sekiranya Yana ditanya , bila kali terakhir Yana rasa excited nak sambut raya ? Jawapan Yana , pada 15-20 tahun lepas . Di saat , Yana ada wan dengan pah . Pada ketika tu , Yana merasa la jugak beraya dekat kampung walaupun kampungnya dekat saja pun . Hehe .. Masa tu , baju raya Yana , tak lebih tak kurang dalam 5 helai pakej sekali dengan kasut dan beg raya . Haha . Beg raya tu habuan nak pi kutip raya keliling kampung nanti .. =P

Selepas wan dengan pah dah tak ada , raya Yana kian lama kian hambar . Semangat nak raya tu entah ke mana . Ya , Yana ada jugak buat persiapan macam kuih raya semua tu . Itu pun sebab nak serikan raya Yana dengan family . Kalau tak lagi hambar lah , tak ada apa langsung . Hehe .. Jadi , sedikit sebanyak buat la sikit persiapan untuk sambut aidilfitri . At least , bila ada tetamu datang , ada la jugak benda untuk dihidangkan .

Jom , Yana nak cerita sikit pengalaman Yana beraya semasa arwah wan dengan pah masih ada . Okay , Yana mulakan pada malam raya eh .. Malam raya tu , macam biasa sepupu Yana dengan Mak (mak saudara tapi Yana diajar panggil Mak sebab dari kecil Yana duduk dengan depa) akan sibuk pasang langsir , gantikan sarung kusyen lama dengan yang baru .. Pada masa tu jugalah kami tak sabar tunggu tokwan tu announce bila raya . 

Bila dah dapat tahu keesokkan harinya raya , melompatlah Yana gembiranya masa tu tak dapat Yana nak luahkan dengan kata-kata . Bila dah dengar pengumuman keramat tu , Yana dengan sepupu selalunya akan keluar main bunga api , Yana nie tipikal budak nakal masa kecil , bunga api tak cukup extreme bagi Yana , mercun baru best . Hehe ..

Bila tiba pagi raya , Mak akan kejutkan Yana dengan sepupu Yana , kami akan mandi sunat hari raya aidilfitri . Almaklumlah time tu Yana tak pandai lagi nak niat sendiri , jadi dimandikanlah . Hehehe .. Manja tak ?? Selesai saja orang sembahyang raya , kami akan mula mengatur langkah pergi rumah ke rumah . Selalunya , kami akan pergi ke rumah orang yang mengajar kami mengaji terlebih dahulu , baru laa pergi round satu kampung . Hehe . Dulu , Yana , sepupu dan kawan-kawan masuk dan jamah juga juadah yang tersedia , paling kurang minum air . Bukan macam budak-budak sekarang , tunggu depan pintu minta duit saja .. Hee .. =P

Hm .. Kalau Yana nak cerita dengan lebih detail mau penuh entri Yana . Sampai sini sajalah ye Yana menulis , In shaa allah esok kalau larat , Yana update mengenai pengalaman Yana beraya tahun nie ..



You Might Also Like

1 comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^