DALAM RAMAI-RAMAI . KENAPA AKU ?

Thursday, July 14, 2016


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

DALAM RAMAI-RAMAI . KENAPA AKU ?

“Cats are intended to teach us that not everything in nature has a purpose.” 



Selamat malam semua . Apa benda lah yang Yana nak bebelkan ya ? Siap dengan gambar kucing bagai .. Hehehe .. Sebenarnya kan , Yana nak kongsi , kenapa kucing pilih kita ? Pernahkan bila kat kedai makan tu , tiba-tiba saja kita disapa oleh kucing yang sedang meminta makanan .. Haa , apa reaksi ampa ? Halau kucing tu atau bagi sedikit makanan tu ? 


Selalu terjadi apabila kita duduk di warung sambil makan, pasti ada kucing jalanan yang menagih simpati. Perutnya yang lapar siapalah yang sudi memberi. Ya, kucing itu mungkin nampak kotor dan comot. Namun siapakah kita untuk memandang jelik makhluk Allah SWT itu?Kehadiran kucing itu menyampaikan pesanan yang jelas dari Tuhan. Percayalah, dalam ketika kita enak menjamu selera mungkin kita terlupa mensyukuri nikmat Tuhan.Maka kerana itu Allah SWT menghantar kucing kepada kita agar kita sentiasa beringat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan itu bukan 100% milik mutlak kita.Sebahagiannya milik orang lain atau makhluk lain. Kali ini, milik sang kucing jalanan. Maka berbagilah rezeki itu juga kepadanya. Semoga dengan memberi, kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

Sesungguhnya sedekah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Inilah antara rahsia-rahsia kebijaksanaan Allah SWT. Apabila kucing datang kepada kita dan meminta sedikit rezeki lalu kita menghulurkan kepadanya, maka kita telah berbuat kebaikan kepadanya.Bersedialah untuk menerima 10 kali ganda kebaikan dan ganjaran dari Tuhan sebagai balasan pada perbuatan baik tersebut. Itu janji-Nya kepada mereka yang bermurah hati menyantuni makhluk yang lain.Tersenyumlah kawan kerana kehadiran kucing kepada kita ketika itu membawa maksud bahawa Allah SWT telah menyediakan 10 kali ganda rezeki yang jauh lebih baik untuk kita bagi menggantikan bahagian rezeki yang bakal diberikan kepada kucing.Tidakkah kita sangat gembira apabila menerima hadiah yang indah? Maka apabila Tuhan semesta alam sendiri yang memilih untuk memberikan kita hadiah yang 10 kali ganda jauh lebih baik, bukankah itu suatu yang mengujakan?

Allah SWT membimbing dan mendidik manusia melalui kehidupan dan alam. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas.Kenapa ikhlas? Adakah kucing itu mempunyai wang ringgit bagi membalas kebaikan yang diberikan? Mampukah kucing itu meninggikan darjat dan memberikan pangkat kepada orang yang memberinya makan?Tentu sekali tidak. Maka tanpa apa-apa balasan yang dapat diharapkan dari kucing, tindakan yang tetap terus berbuat kebajikan kepadanya akan mendidik jiwa kita untuk menjadi manusia yang ikhlas.Ikhlas dalam berbuat kebaikan sebagai khalifah yang terpilih atas muka bumi Tuhan dan ikhlas untuk tetap terus istiqamah mengamalkan kemanusiaan. Terimalah pendidikan percuma dari Tuhan ini dan usahalah untuk berjaya menguasai pembelajarannya.

Okay , sekian sahaja . Sebenarnya , entri nie bukanlah nukilan daripada hati Yana , Yana ada terbaca dan terasa nak share mengenai nie dengan kawan-kawan semua . Setiap yang berlaku bersebab . Begitu juga dengan kehadiran kucing dalam kehidupan kita . =) Selamat malam semua ..



You Might Also Like

13 comments

  1. kdg sedih dgn sikap org yg suka halau dgn kaki. apa slhnya baik baik.
    nk kgsi reezeki dgn bntg pun susah, tak taula dgn manusia mcm mana

    ReplyDelete
  2. kalau dulu, masa kecik-kecik, eyja selalu pikir. kalau bagi kucing makan, nanti kang aku lapar. sebab bagi ke dia makanan aku.

    bila dah makin tua ni, demi Allah. makan nasik bujang je (nasik putih+sup kosong+sosej sebatang+telur sebijik), tapi bila si gedik mengade yang comel lagi mengade tu datang, dok bergesel kat kita. bila bagi je depa makan, tak pernah tak cukup. ajaibnya kuasa Tuhan.

    yang bulusnya kenyang sampai tertidur-tidur, yang kita pun kenyang. subhanallah.

    ReplyDelete
  3. kdg2 klau ada kucing meleser kat kaki mmg bagi sikit mknn kt dia, syian teringat kucen dekt umah..

    ReplyDelete
  4. owh bab kucing rupanya....ingatkan bab typo tadi...opss

    ok...


    mmm ada orang cakap kucing dia boleh tahu orang yang penyayang...yang baik la suka kongsi makanan tapi sejauh mana fakta tu tak tahu la...

    tapi rasa puas kalau kongsi makanan dengan kucing ni

    ReplyDelete
  5. saya selalu kena ni..kucing datang manja2.dh bagi makanan kut bawah meja pun dia panjat jugak mai dok ataih riba

    ReplyDelete
  6. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete
  7. @nuyui a.k.a miss YUI itulah yui , bukan byk pon kucing tu nak .. sikit pon dah ckup .. sedih bayangkan nasib kucing2 tuu

    ReplyDelete
  8. @EYJA MASLIZA aah taw xpa .. yana pon fikir gtu jugak dlu .. actually bila kita bagi sikit kat depa , kita rasa kepuasan tu .. =))

    ReplyDelete
  9. @timm bill kan timm .. kalau kita tak bagi sapa lagi nk bgi dia .. dia bukan tahu carik makanan senirik ..

    ReplyDelete
  10. @aRz MoHa hahahaha ,, arz nie x abes2 ngan typo kan ..

    kekeke. yuppp pernah baca jugak statement tu .. rasanya btoi tu .. hehehe .. yg rsa puas tu mmg btoii .. rasa happy ja tgk depa makan makanan kita bgi tuu

    ReplyDelete
  11. @CikSiti heheheh .. yana pon kena . dah bg x ckup dia panjat naik atas riba pakej dengan cakaran .. nak ikotkan rasa sakit nak ja tangankan si kucing tu , tapi pikir balik , dia kucing x leh fikir apa dia buat tu bley buat org marah =)

    ReplyDelete
  12. sedihnyaaa muka tucen yang last tu.. hehe kadang2 kucing x plih akak pun tapi akak sua diri pi panggil depa haha.. suka kucing so x kisah kalo depa mai meow2 nak makanan..

    ReplyDelete
  13. kalau dulu, masa kecik-kecik, eyja selalu pikir. kalau bagi kucing makan, nanti kang aku lapar. sebab bagi ke dia makanan aku.

    bila dah makin tua ni, demi Allah. makan nasik bujang je (nasik putih+sup kosong+sosej sebatang+telur sebijik), tapi bila si gedik mengade yang comel lagi mengade tu datang, dok bergesel kat kita. bila bagi je depa makan, tak pernah tak cukup. ajaibnya kuasa Tuhan.

    yang bulusnya kenyang sampai tertidur-tidur, yang kita pun kenyang. subhanallah. burunglovebird.net

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^