MENUNGGU

Sunday, July 24, 2016


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

MENUNGGU

Selamat malam kesayangan Yana semua .. Malam nie Yana nak update mengenai menunggu .. Apa yang ditunggu ? Siapa yang ditunggu ? Hehehe .. Adalah .. Jemput baca sampai habis yaa .. =)


Pernah dengar kan bahawa penantian itu satu penyeksaan , penantian dengan menunggu lebih kurang sama lah kiranya .. Kenapa terseksa ? Pernah tak anda menunggu seseorang atau sesuatu ? Atau anda merupakan seseorang yang sering membuat orang tertungggu-tunggu ? Mohon jangan amalkan selalu ya .. Hal ini demikian kerana , menunggu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan ..


" Too much wait can kill someone's feeling ". Frasa nie bukanlah untuk merujuk kepada menunggu seseorang yang macam jodoh atau kekasih tu . Okay , Yana bagi satu situasi dekat sini ya .. Contoh , anda dan kawan-kawan mungkin ada rancang nak keluar ke mana-mana . Masa yang dijanjikan pada pukul 10 pagi .. Akan tetapi , nak dijadikan cerita pada pukul 11 anda masih menunggu .. Sejujurnya , perasaan anda pada ketika itu bagaimana ?? Suka ?? Masih boleh bersabar ? Kalau Yana di dalam situasi tersebut . Jantung Yana dah berdegup kencang . Sebab ?? Dek kerana perasaan marah yang membuak-buak lah .. Yana nie nak dikatakan punctual sangat tu tidaklah juga . Tetapi Yana akan cuba sedaya upaya untuk tidak membuat orang menunggu terlalu lama ..


Antara situasi menunggu yang lain yang juga dapat membuat Yana marah .. Menunggu untuk bayar duit masa nak makan .. Okay , contoh lagi , anda sedang extremely lapar .. Anda dah pilih semua apa yang nak dimakan , tinggal nak bayar saja .. Pada ketika itu barisannya nah panjang gilaa .. Pada waktu yang sama , anda nampak cashier tu boleh pula bergurau senda dengan orang yang dekat barisan depan tuu .. Haihhh .. Sabar je lah . Lapar dah satu hal , anda pula mengejar masa .. Boleh kah pada ketika itu anda akan menggunakan frasa " keep calm and love waiting " ?? Sejujurnya , itu bukan sikap seorang NURLIYANA ISHAK , sebab Yana bila lapar Yana bukan orang . Haha .. Kawan-kawan Yana yang tahu tu dia pernah lah tengok perwatakan seorang Liyana masa dia lapar . Kalau boleh semua orang depan tu dia nak marah .. Jadi , tolonglah yaa akak-akak cashier kat luar sana tu , kalau ya pon nak merenyeh tolong consider perasaan mereka yang tengah lapar tu menunggu giliran untuk bayar ..


Tujuan Yana menulis nie , bukanlah Yana nak kata dekat sesiapa pun .. Tujuan sebenar Yana menulis entri nie adalah kerana Yana nak bagi tahu .. Bukan semua orang boleh bersabar dengan menunggu .. Seboleh-bolehnya cubalah untuk menepati janji .. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan , maklumkanlah kepada mereka agar mereka tidak tertunggu-tunggu untuk sesuatu yang tidak pasti .. Sekiranya ada inividu yang terasa dengan entri Yana kali nie .. Yana minta maaf , bukan niat Yana nak berbuat demikian ya .. Yana cuma nak luahkan apa yang Yana rasa .. Hehehe .. Jumpa lagi di entri akan datang ya .. Assalammualaikum .. =P





You Might Also Like

4 comments

  1. dulu masa muda muda cepat juga marah...sekarang dak bermuru ni dah banyak pengalaman ni dah kurang marah. sebabnya kadang-kadang kena berbaik sangka, tak semua ada komitmen yang sama.

    Mungkin anak meragam, kereta rosak atau mungkin ada sebab lain yang tak mampu dia berbuat cepat.

    lagi satu marah nanti cepat tua...kalau zaman p ramlee marah nanti kena jual hahaha

    ok bab cashier bersembang memang boleh bawa marah...tapi keep calm...

    ReplyDelete
  2. amboi marah nak bayar makanan.. sabar diknon.. jgn moody2 nanti kedut cepat. hehehe..

    ReplyDelete
  3. @aRz MoHa hehehe .. arz ,, yeee kalau yang ber family tu dikecualikan .. mungkin ada sebab2 tertentu .. tapi takpa lah yana akan cuba untuk banyak bersabar lepas nie .. hehehe .. kann yang cashier sembang tu xleh nak sabar sangat hehehe

    ReplyDelete
  4. @Siti Yang Menaip hehehe .. kedut dh mula menjelma nie SYM , huwaaa ..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^