BLOGGER SEEK FOR ATTENTION

Tuesday, August 09, 2016


BLOGGER SEEK FOR ATTENTION


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Selamat malam semua .. Hehe .. Tajuk mencetuskan kontroversi yaa ? Yana nak kutuk blogger ?? Eh tak , kalau Yana buat macam tu samalah macam Yana kata dekat diri sendiri .. Hee ^_^ Sebenarnya tujuan Yana lain ya .. Nak tahu apa tujuan sebenar Yana ? Jom lah baca sampai habis .. 

KATEGORI BLOGGER (niche)



Hm .. Jangan ingat blogger tak ada kategori eh .. Setiap blogger mempunyai niche masing-masing . Sebagai contoh , Yana akan senaraikan beberapa niche yang Yana tahu ya .. Lifestyle , Travel , Food , Parenting , Technology , Sport , Politic , Beauty dan lain-lain . Mungkin terdapat beberapa lagi niche yang Yana terlepas pandang . Di sini Yana akan huraikan beberapa diskripsi mengenai niche setiap blogger berdasarkan apa yang Yana faham . Sekiranya Yana salah , mohon perbetulkan dia ruangan komen dengan penuh etika ya ^_^ .

LIFESTYLE BLOGGER .



Okay , mengikut pemahaman Yana . Seorang Lifestyle Blogger dia akan menulis mengenai kehidupannya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung . Sebagai contoh , bagi blogger yang baru sahaja mendirikan rumah tangga mungkin dia akan menceritakan kehidupannya sebagai seorang suami / isteri . Manakala bagi blogger yang baru sahaja menimang cahaya mata mungkin akan menceritakan mengenai pengalaman mereka menimang cahaya mata .. Jangan terkejut ya jika Yana cakap ada juga di kalangan kita nie , bila blogger up entri-entri yang macam nie . Mesti akan ada yang kata "eleh .. macam nie pon nak cerita , aku lagi elok tak gaduh nak cerita pon" . Okay nie contoh Yana bagi , tak tuju dekat sesiapa pun ya .. ^_^

TRAVEL BLOGGER .


Jom kita ke niche travel . Seperti yang kita semua sedia maklum , nama pun travel blogger sudah semestinya dia akan menceritakan mengenai setiap pengembaraannya .. Selaku travel blogger dia pasti akan menceritakan setiap tempat menarik yang pernah dia lawati sama ada dalam atau luar negara .. Jangan ingat bila dia menulis mengenai pengamalamannya mengembara itu tanda dia menunjuk . Mungkin itu salah satu cara dia untuk memperkenalkan tempat tersebut taw . Haiz ~ sudah - sudah lah dengan pemikiran negatif tu .. Cubalah positif sikit .. Yana ada kenal seorang travel blogger SYM ataupun lebih dikenali dengan Siti Yang Menaip ^_^ . Meh Yana kongsikan antara entri dia dekat sini yaa .. Kalau rajin tu jemputlah singggah baca pengalaman SYM bercuti di Korea .. ^_^


FOOD BLOGGER .



Dah nama pun food blogger kan .. Semestinya kebanyakkan entrinya berkisarkan makanan . Hehe .. Mungkin ada antara mereka yang dapat discover tempat makanan yang menarik atau sempoi kan . Jadi , untuk mereka kenalkan tempat makan tu kepada umum mereka akan menulislah entri mengenai tempat makan tu , makanan yang dihidangkan , servisnya bagaimana dan lain-lain lagi lah .. Tapi , ada juga tipikal otak cetek nie cakap nak menunjuk kononnya , dia ja mampu pi orang lain tak .. Haiz , penat kan nak hadap orang macam nie ?? Seperti yang kat atas tadi , untuk niche food blogger Yana akan kongsikan salah satu link nya ya .. Haa Yana kalau singgah dekat blog si Afiq nie mesti kecur air liur punya .. Tak percaya ?? Apa kata jemput singgah dan alami sendiri perasaan tu . Hehehe ...


PARENTING BLOGGER .



Well , parenting blogger kan ? Sudah semestinya banyak cerita pasai anak-anak . Mungkin mereka akan berkongsi pengalaman mereka mendidik anak mereka tak pun tips untuk mendidik anak-anak .. Ada beberapa orang blogger yang Yana kenal kalau yang niche nya parenting . Salah seorang daripanya aRz MoHa .. Hehehe .. Abang Long Blogger Utara , meh sini Yana kongsikan entri arz ye .. Dalam banyak-banyak entri mengenai Cik Puteri , entri nie berjaya mencuri pandangan mata Yana . Jemput singgah ye ^_^


VETERINAR BLOGGER .



Haa .. Pernah dengar niche veterinar ? Kenapa pula takdak sedangkan niche "pasembor" pun ada .. Okay berbalik kepada veterinar blogger nie .. Yana ada kenal seorang blogger famous amos lagi comel iaitu Eintan Nurfuzie , lebih mesra disapa sebagai Cik En di kalangan kami .. Kenapa Yana kategorikan Cik En sebagai veterinar blogger ?? Kebanyakkan entri Cik En nie berkisarkan haiwan , daripada cara merawat , memanjakan , cara pemakanan dan macam-macam lagilah .. Kebanyakkan mengenai kucing . Jadi  , kepada pencinta kucing boleh lah melawat ke blog Cik En , mana tahu ada entri yang boleh menjadi sumber rujukan yaa .. Sat Yana nak kongsi antara entri Cik En .. Okay , dalam banyak-banyak entri Cik En , Yana pilih yang nie sebab Yana percaya mesti ramai pencinta kucing pernah mengalami kes nie ..  Jemput singgah sebab banyak lagi entri menarik yang Cik En tulis .. ^_^




Okay , berbalik kepada tajuk Yana pada malam nie , " BLOGGER SEEK FOR ATTENTION " tak semua blogger mencari perhatian sebenarnya . Mereka menulis sekadar berkongsi pengalaman mereka . Mana tahu , pada masa akan datang pengalaman mereka akan berguna untuk anda . Jadi , janganlah nak pandang serong sangat kepada blogger . Setiap penulisan mereka adalah hak mereka dan Yana yakin mereka sudah menulis dengan sangat berhemah kerana penulisan mereka bakal menjadi rujukan umum bukan sahaja di kalangan blogger .. Sekian sahaja bebelan Yana pada malam nie .. Kalau ada salah dan silap Yana minta maaf ye .. =)



You Might Also Like

11 comments

  1. ooo.. best baca blog yg ada niche ni bnyk info kita dapat tahu.. tp sy pula more kepada ranking di serp.. hehe.. takde spesifik blog semua ada campur2 tp yg penting berada di kedudukan bagus di serp..

    ReplyDelete
  2. Hai Yana sayank..singgah sini jap..seronok baca entri nie.. ;)

    ReplyDelete
  3. blog " adik " tak da niche kak . masih mencari2. heheheh

    mcm mana nak pilih niche blog eh ?

    ReplyDelete
  4. @Ahmad Hasif hehehe , yana pon blom master bab niche nie ,, banyak lagi kena belajar ,, even blog yana pon still campur2 .. =P

    ReplyDelete
  5. @Kak Sue heee thanks kak sue sudi singgah sini hehe yana merapu jaa =P

    ReplyDelete
  6. betul...blog ni sangat penting untuk bagitau pengalaman secara umum...
    :)

    ReplyDelete
  7. @Normi Nieza samalah kita cik nor.. tak nmpk lagi mana hala tuju blog nie hehehe

    ReplyDelete
  8. @ubai ismail hahaha adik "kak" pon sama laa .. dok mencari lagi , buat masa nie blog "kak" niche nya pasembor hee .. Adik cuba tnya otai , "kak" x otai lagi hahhaa

    ReplyDelete
  9. @sofie adie kannn sofie , so kita tak bley sembarangan menulis or berkongsi takot salah informasi pulak nnti =)

    ReplyDelete
  10. hehehe husna pasal lifestyle.. tapi yg paling banyak sekali pasal food lah! :D

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^