TOP 3 WISHLIST AKU

Tuesday, August 02, 2016


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


TOP 3 WISHLIST AKU 



Hai semua . Yana masih mencari-cari mood untuk menulis yang sekian lama hilang entah ke mana Yana cari tak jumpa . Hehe . Akhirnya , pada malam nie Yana paksa diri untuk menulis jugak . Tercari-cari Yana apa benda lah yang nak dikongsi . Hmm .. Tetiba Yana terfikir mengenai wishlist Yana , yang selama nie Yana selalu simpan dalam angan .. =) Nak taw apa dia ? Jemput baca dari mula sampai habis .. 

PERTAMA SEKALI ...


Yana nak sangat-sangat bahagiakan kedua-dua orang tua Yana . Nak bahagiakan dengan wang ringgit , sejujurnya Yana tak mampu . Tapi , bagi Yana kebahagiaan tak datang daripada harta berjuta . Akan tetapi , dari hati , dari cara kita melayan mereka . Sebenarnya , Yana nie bukanlah anak solehah sangat . Ada jugak kadang-kadang tu Yana memberontak . Tapi , Yana selalu minta , jangan jadikan Yana anak derhaka , bagi Yana kesabaran dalam menghadapi karenah umi dengan ayah . Pernah juga terfikir , kalau satu hari nanti Yana berada , hee .. Nak jugak hantar mereka ke tanah suci . Then , pusing satu Malaysia ka . Spend our quality time together , since kami jaranglah nak ada vacation untuk satu keluarga nie .

KEDUA ...



Wishlist Yana yang kedua ,Yana nak ada aset sendiri . Yana nak ada kenderaan sendiri . Nak ada rumah sendiri . Bila semua nie ada maka lengkaplah kehidupan seorang NURLIYANA .. =) Yana takmau bergantung dengan rumah pusaka nie . Ya , nama saja rumah kita . Tapi selalunya , bila ayah dengan mak dah takdak selalu saja ada kes berebut harta , berebut macam-macam lah .. Jadi , sekiranya 1 hari nanti Yana kena halau , Yana dah ada rumah back up untuk Yana berteduh . Kalau boleh dapat rumah banglo dengan swimming pool tu kira bonus lah untuk Yana . Hehehe ..

KETIGA ...


Okay , nie wishlist Yana yang ketiga . Yana nak jelajah semua tempat . Pertama , sebab Yana nak tengok budaya mereka . Lepas tu Yana nak teroka semua tempat menarik yang ada dekat sana . Tempat yang paling Yana nak sangat pergi ialah Jepun . Kenapa ? Mesti hairan kenapa bukan Mekah padahal itu yang Yana patut letak sebagai tempat utama . Jangan salah faham , Mekah still my priority tapi semua tahu kan , bukan senang nak pi sana . Yana pilih Jepun sebab Yana dari kecil-kecil nak sangat tengok bunga sakura , nak sentuh dan nak bau scent of bunga sakura tu . Harap berkesempatan tunaikan wishlist nie .. =)

Hm . Sekian sahaja lah Yana bercerita mengenai wishlist Yana nie . Apa ? Kahwin ? Hahaha .. Bukan dalam top 10 pon taw .. Jauh lagi kedudukan dia dalam senarai hidup Yana . Sebab tu bukan keutamaan Yana . Banyak lagi benda yang Yana nak capai sementara Yana bujang nie . Baru beberapa peratus ja benda yang Yana dah capai . Banyak lagi yang menunggu . Jadi bab kahwin tu kiv sat ye =P ..
Terima kasih pada yang sudi baca celoteh Yana nie . Hee ^_^



You Might Also Like

8 comments

  1. semoga awak dapat capai semua wishlist awak tu sis ^_^.

    hai awak. BW sini.

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya la yer dapat tunaikan semuanye tu..
    menabung la dr sekarang.. simpan dalam asb..

    ReplyDelete
  3. semoga 3 impian ini tercapai dan terlaksana. tapi dalam semua no 1 paling penting dan boleh melaksanakan tanpa no 2 dan 3

    ReplyDelete
  4. @Ahmad Hasif hehehe in shaa allah . akan mula saving from now .. =))

    ReplyDelete
  5. @aRz MoHa hehehe .. in shaa allah arz .. terima kasih . ya btoi tu .. akan yana cubaa .. =))

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^