L ♥ I's Stories: KHASIAT PERIA KATAK

COPY

KHASIAT PERIA KATAK

/
3 Comments
October 11, 2016

KHASIAT PERIA KATAK .


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Hai semua , hari nie Yana nak kongsikan beberapa kebaikkan peria katak nie .. Pelik kan nama dia ? Rasa ?? Hee meh sini Yana nak cerita .. Pada mulanya , umi Yana saja yang dok amalkan makan ulam peria katak nie .. Sebab , seperti yang kita sedia maklum peria rasanya pahit kan ? Jadi , Yana pon tak pernah teringin la nak mencubanya .. Dah tahu pahit dan tak sedap buat apa nak cuba , patah selera nanti .. Heheh ,, Itu merupakan tanggapan Yana semasa Yana belum cuba peria katak nie ..

Ada satu hari tu , Yana terpanggil untuk mencuba rasa peria katak nie , sebab tengok umi Yana makan macam sedap ja tambahan pulak ada bunyi kerapuhan peria katak nie .. Yana pon cubalah cicah dengan sambal belacan .. Masa first bite memang pahit wehhhh .. Serius pahit sangat , macam ubat rasa pahit ubat pon ada , Yana cuba lagi , kali kedua Yana ada bau wangi peria tu yang buat Yana nak lagi dan lagi .. Bukan wangi macam minyak wangi tu tapi entahlah Yana tak tahu nak describe macam mana dia punya wangi tuu .. Cubalah baru taw ..

Hee banyak sangat Yana melalut nie , meh Yana ceritakan serba sedikit pasai peria katak nie .. Pengenalan Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Bitter Gourd dan Bitter Melon addalah sejenis sayur yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan .. Nama saintifiknya adalah Momordica Charantica (perghh sedap gila nama hehehe) dan ia tergolong dalam keluarga tumbuhan Cucurbitacee . Pokok ini adalah sejenis pokok herba menjalar dan banyak tumbuh di Asia seperti China , India dan kepulauan ..

Antara khasiat khasiat Peria Katak :-


* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai Peria Katak nie .. ^_^


You may also like

3 comments:

  1. mmg byk khasiat.. lalu mkn dgn tak jee.

    ReplyDelete
  2. yg tak sedap slalunya mmg banyak khasiat.. uhuuuu

    salam perkenalan :)


    Suis rahsia Yang Dapat Menghentikan Tangisan Bayi

    ReplyDelete
  3. kalau yg goreng tepung je sy makan. masak lain2 memang tak sbb pahit huhuhu.

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^