5 CARA TAWAN HATI IBU MERTUAMU

Tuesday, November 29, 2016


5 CARA TAWAN HATI IBU MERTUAMU .




ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Sihatkah anda ? Sepertimana yang kita sedia maklum , sekarang dah mula cuti sekolah .. Sapa taw kalau cuti sekolah sinonim dengan apa ? Yaaa , betul kenduri kahwin .. Hehehe .. Kepada bakal-bakal pengantin kat luar sana tu dah berjaya ke memenangi hati ibu mertuamu ? Hahaha .. Kenapa Yana pilih ibu bukan bapa mertua ? Sebab , bagi Yana , hati seorang ibu mertua susah nak ditawani .. Jom Yana nak kongsi serba sedikit mengenai cara-cara memenangi hati ibu mertua ..

1. IBU MERTUA WANITA YANG MELAHIRKAN & MEMBESARKAN SUAMI ANDA .

Haa , tolong ingat akan perkara nie di fikiran anda . Jadi , wajarlah sekiranya dia masih ingin terlibat dalam kehidupan suami anda .. Sama seperti anda yang bergelar ibu yang selalu ingin menjaga dan melindungi si kecil .. Sememangnya , ibu mertua tidak berhak mengatur hingga detail dalam cara pengurusan rumah tangga anda dan suami tetapi setidak-tidaknya anda boleh memahami alasan disebalik tindakannya .. Dalam paa masa yang sama , anda boleh mencari cara terbaik untuk mengatasi keadaan ini tanpa rasa sakit hati ..

2. CARI MINAT ATAU HOBI YANG SAMA .

Persamaan minat atau hobi dengan ibu mertua boleh mendekatkan diri anda dengannnya .. Sebbagai contoh , sekiranya ibu mertua minat memasak dan anda juga menyukainya maka tak salah kalau anda mengajak ibu mertua menghadiri kursus masakan bersama ..  Sekiranya terasa kekok untuk pergi berdua , ajaklah teman atau saudara lain untuk menyertainya ..




3. DENGARKAN NASIHAT IBU MERTUA .

Dengar sini ya wahai bakal-bakal menantu sekalian , daripada anda memalingkan muka hingga menyentap hati ibu mertua atau berpura-pura melayani anak sewaktu dia menyampaikan nasihat apa kata anda dengar saja apa hemdak diperkatakannya .. Tiada ruginya anda mengangguk dan memberi perhatian seketika untuk mengambil hatinya .. Mungkin dengan cara ini , dia akan rasa lebih dihargai .. =)

4. BUAT IBU MERTUA RASA PENTING DAN DIPERLUKAN .

Semua wanita mahu dilayan sebegini , cara layanan sedemikian akan membuatkan diri rasa dikasihi dan diberi perhatian oleh orang sekeliling .. Namun , ada tidak perlulah melakukannya pada setiap masa kepada ibu mertua anda .. Cukuplahpada hari-hari istimewanya . 

5. ZIARAHLAH SELALU .

Bertanya khabar di hujung talian telefon setiap minggu tidak cukup untuk menjadi menantu yang baik sekiranya hanya pulang menjenguk ibu mertua setahun dua kali .. Lagi pula , persahabatan akan jadi lebih erat sekiranya sering bertemu .. Mungkin pada awalnya agak sukar bagi anda berbuat demikian tapi lama kelamaam percayalah , anda akan terbiasa .. =) Malah , anda akan berasa makin selesa dan gembira apabila pulang ke kampung suami ..Dah balik kampung tu , jangan ler nak bawak balik diri jer cik akak , bawalah buah tangan untuk ibu mertuamu tu .. Kata nak tawan hati dia kan , kreatif la sikit .. Hehehe =P




Nahhh .. cukup tak tips-tips yang Yana kongsikan tu ?? Apa Yana dah kahwin belum ?? Semestinyaaaaaa .. Belum hehehe .. Tapi tak salah kan berkongsi benda baik , tak semestinya nak kena tunggu Yana dah kahwin baru boleh bagi tips nie .. Jadi , mohonlah baca dan hadamkan ... Terima kasih pada yang sudi membaca tuu =P ♥ ♥           





You Might Also Like

1 comments

  1. mudah saja nak ambil hati ibu mertua...

    dengar cakap dia ....

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^