L ♥ I's Stories: SINGLES DAY

COPY

SINGLES DAY

/
1 Comments
November 08, 2016

SINGLES DAY 





Hai semua !! Adakah anda tahu mengenai Singles Day ?? Adakah anda tahu apa itu Singles Day ?? Okay , sini Yana bagi tau apa itu Singles Day .. Singles Day atau Guanggun Jie adalah satu festival yang menarik yang sering diraikan oleh golongan muda yang berbangsa Cina .. Festival ini adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa mereka bangga menjadi bujang atau single .. Okay , kembali pada topic utama kita .. Tujuan Yana menulis entri ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua mengenai jualan besar-besaran yang akan diadakan pada 11.11 nanti bersempena dengan Hari Bujang ataupun Singles Day .. Jom baca artikel di bawah untuk informasi lebih lanjut =)

 

Sekiranya anda tidak tahu tentang kewujudan sambutan hari istimewa yang khas untuk orang yang masih bujang atau single di seluruh dunia, anda bakal mengetahui lebih banyak mengenai sambutan ini. Sambutan sale atau jualan mega khas ini selalunya disambut meriah dengan membeli belah secara online selama 1 hari kerana setiap tahun pada 11 November, tentu ada acara jualan secara besar besaran di setiap laman web e-commerce seluruh dunia!

 

Sambutan ini mungkin masih baru atau kurang diketahui orang ramai di Malaysia tapi sebenarnya acara jualan murah ini bermulanya dari negara China di mana masyarakat Cina menyambut 11.11 yang bermaksud seorang atau satu satu. Setelah sekian lama, sambutan Singles Day ini semakin mendapat perhatian daripada laman web online shopping secara meluas dan global.


Tapi, kalau bukan bujang atau single, adakah masih boleh sambut ? Mesti boleh ! Jualan murah ini adalah acara untuk semua status walaupun ia dinamakan Singles Day. Sekiranya anda sudah berkahwin atau mempunyai teman, ambil peluang untuk menikmati potongan harga rendah dan membeli belah dengan banyak walaupun hanya untuk sehari ! Tidak semestinya perlu single untuk menyambut acara ini. Jadi nikmatilah semua tawaran yang disediakan untuk membeli belah secara online pada 11 November ini !

 

Tunggu apa lagi? Jom layari  Singles Day online deals sekarang dan dapatkan tawaran serta potongan harga eksklusif !






You may also like

1 comment:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^