L ♥ I's Stories: WARKAH BUAT MUNCHKIN

WARKAH BUAT MUNCHKIN

/
0 Comments
November 19, 2016

WARKAH BUAT MUNCHKIN



ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua sesapa yang friend dengan Yana dekat FB mesti perasan Yana ada update yang Yana baru kehilangan Munchkin kesayangan Yana kelmarin .. Sebenarnya , masa Yana nak pi kerja Yana ada lah nampak kelibat sesuatu kat tepi jalan , warna kelabu-kelabu gitu .. Tapi , Yana tak sangka tu Munchkin kesayangan Yana .. Yana , keep staring at it sampailah van Yana nak naik tu sampai .. Pastu , Yana dah tak fikir dah pasai tu sebab Yana ingat mungkin ayam atau burung kena langgar .. 

Masa dekat tempat kerja , umi tetiba call , umi tanya masa Yana nak keluar tadi nampak Munchkin tak ?? Yana dah mula rasa tak sedap hati .. Pastu umi teruskan , umi kata Munchkin dah tak ada .. Ya Allah , luluhnya hati Yana .. Luluh sangat-sangat .. Yana tak pernah sayang mana-mana kucing macam mana Yana sayang Munchkin .. Selalunya , kalau Yana sayang kucing ,masa kucing tu baby-baby lagi .. Bila dah besar sayang Yana akan pudar .. Tapi , tak untuk Munchkin .. Even dia dah besar Yana sayang dia sama macam mana Yana sayang masa dia kecik-kecik .. Munchkin tempat Yana ber "muah ciked" .. Umi selalu kata ang tak busuk ka dekat dia ?? Tak , dia sentiasa wangi walaupun tak mandi .. Hehehe .. =P

Munchkin dilahirkan dengan 6 beradik .. Tapi , dua saja dapat survive Munchkin dengan abang dia  umi bagi nama Jang .. Yana tak tau kenapa Jang .. Hahaha .. Masa Munchkin dilahirkan , musim tu kebanyakkan kucing sakit , kalau Yana tak salah kena penyakit hawar .. Mana-mana kucing yang tak cukup kuat akan kena dan akhirnya mati .. Banyak kucing Yana yang mati masa tu .. Tapi , semua tu mati entah kat mana sampai sekarang pon tak jumpa .. Kalau nak kira dah lebih 10 ekor rasanya .. Itu Yana tak berapa nak sayang jadi tak terkesan sangat kehilangan depa bagi Yana .. Diantara 10 ekor tu mak Munchkin dengan Jang salah satu daripadanya .. 

Kalau Yana tak salah , Munchkin dengan yang lain-lain tu dapat menyusu dengan mak depa lebih kurang seminggu saja , lepas tu seekor demmi seekor mati yang tinggal hanyalah Munchkin dengan Jang .. Kebetulan masa tu ada lagi kucing Yana baru beranak dan kebetulan jugak semua anak-anak dia tak dapat survive .. Jadi dapatlah Munchkin dengan Jang menumpang kasih sampailah depa dah boleh makan pallet ..


Tengoklah tuu , macam mana Yana tak sayang , macam mana Yana tak sedih bila dapat taw Munchkin dah pergi takkan kembali .. Masa gambar nie diambil , Yana pesan dekat dia jangan berak atas katil Yana dan jangan kencing atas katil Yana .. Okay , dia tak buat .. Taw kat mana dia buat ? Hahah .. dekat bawah tangga ishhh .. =p Umi pesan tak payah sedih , macam mana Yana tak sedih walaupun dia agak kekwat dengan Yana ada tingkah laku dia yang buat Yana asyik teringat akan dia .. Setiap pagi kalau Yana nak pi kerja , dia akan sama-sama tunggu dengan umi dekat tepi jalan .. Munchkin selalu acah-acah nak lintas jalan tapi dia tak lintas pon .. Entah macam mana malam tu dia boleh seberang jalan , tapi gagal .. Selalu umi akan kurung Munchkin dengan Jang .. Benda nak jadi umi tak kurung dia pon entah macam mana boleh nak lintas jalan .. Rumah Yana tepi jalan , jalan situ memang sibuk .. Kucing yang pro saja yang akan berjaya lintas jalan tu yang beginner macam Munchkin selalunya gagal ..

Munchkin sayang , walaupun you are no longer with me Yana akan selalu ingat setiap masa yang kita pernah spent sama-sama .. Rehatlah sayang dekat sana .. Harapan untuk tengok anak-anak Munchkin Yana kuburkan .. Yana dah serik nak sayang kucing sangat-sangat .. Takut bila dah sayang dia akan pergi tinggalkan Yana .. Sejujurnya , Yana belum puas lagi melayan Munchkin .. Yana ingat Yana ada banyak lagi masa dengan Munchkin .. Tak sangka usapan pada 17 November hari tu merupakan usapan terakhir Yana buat Munchkin , lepas balik kerja Yana tak  cari dia sebab Yana penat sangat .. 
Erm .. Cukuplah sampai sini Yana kongsi mengenai Munchkin , doakan Yana boleh terima semua nie secepatnya .. =(



video






You may also like

No comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^