2016 BAKAL MENJADI KENANGAN

Wednesday, December 21, 2016


2016 BAKAL MENJADI KENANGAN




ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii .. Selamat malam semua .. Dua hari Yana tak update blog Yana nie dek kerana keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan .. Pada masa nie pon masih sama , cuma malas Yana nak layankan sangat rasa tuu .. =) Diam  tak diam kita semua  dah berada di penghujung 2016  kan ? Yana percaya mesti semua ada pengalaman masing-masing sepanjang tahun 2016 kan ? Begitu juga dengan Yana , banyak pahit manis yang Yana hadapi sepanjang tahun nie .. Yana belajar menerima dan kehilangan seseorang dalam hidup Yana .. Bagi Yana tu semua pengalaman untuk mendewasakan Yana .. Mereka yang mengenali Yana dengan rapat , tahu betapa manjanya seorang Liyana .. Sejujurnya , Yana masih takut untuk berdiri di atas kaki sendiri .. Namun , Yana tak pernah berhenti mencuba =)


(wajah www.lyanaishak.com sebelum bertukar template dan domain)


Jika ditanya apa faedah yang Yana dapat sepanjang tahun nie ?? Kalau diambil kira daripada kehidupan realiti Yana , tak banyak pon yang Yana berjaya capai .. Sebab Yana masih lagi menggapai impian yang sampai sekarang belum terlaksana .. Kalau diambil daripada sosial media .. Alhamdulilah , Yana berjaya pupuk kembali semangat untuk berblogging yang telah yana tinggalkan selepas Yana tamat tingkatan 6 .. Yana mula buat balik daripada kosong sampailah apa yang Yana ada sekarang , daripada template biasa yang berkartun dan lagu bagai sampailah sekarang tenplate mesra SEO .. Tak mudah , dan bukan percuma .. Ada jugak yang Yana perlu bayar untuk Yana updated kan blog Yana nie .. Tapi , alhamdulilah , Yana dah dapat lebih daripada apa yang Yana laburkan dulu ..

Sebenarnya , Yana tak pernah terfikirkan pon dengan blog nie Yana mampu dapat duit , dapat barang dan lain-lain lah .. Pada mulanya Yana sekadar suka-suka untuk isi masa lapang .. Sebab Yana memang suka menulis dan berkata-kata .. Tujuan Yana singgah dan tinggalkan link Yana di mana-mana blog yang Yana singgah sekadar nak  cari kawan yang mempuyai minat yang sama .. Dari situ Yana belajar , banyak benda yang blog mampu buat .. Boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun tetap .. Akan tetapi , ianya bergantung kepada individu tersendiri .. Sejauh mana dia mampu memberi komitmen terhadap blognya .. Bagi Yana , cukuplah sekadar mendapat pendapatan sampingan buat masa ini .. =)

Jom , Yana selitkan antara beberapa aktiviti Yana sebagai blogger pada tahun 2016 ..



pertama kali kami bertemu selepas ber conversation di whatsapp .


review Wonderfood Museum , in Penang ..


Yana tak sangka yang kami berkongsi hobi yang sama iaitu selfie dan smule =P (merujuk kepada Eintan Nurfuzie) .

Bersama keluarga Blogger Utara ♥



Review Overstepped Cafe , di Sungai Petani .. =)


Launching new menu for Plan B , at Queensbay Mall , Penang .

Di atas adalah beberapa aktiviti yang Yana lakukan bersama beberapa rakan blogger .. Alhamdulilah , Yana tak sangka dapat melalui pengalaman macam nie .. Ada lagi beberapa rezeki yang datang melalui blog Yana .. Tak perlulah Yana nyatakan di sini .. Takut nanti orang ingat Yana riak walaupun niat Yana sekadar nak berkongsi penglaman .. =) Selamat malam semua ♥

You Might Also Like

10 comments

  1. Wah.. Bestnya ada aktiviti dengan kawan2 bloggers.. Reen teringin juga nak join komunity blogger.. Tapi, reen ada satu masalah. Tak suka letak banner komunity.. Atau banner yang kurang penting.. :(

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  2. Semoga 2017 bw pelbagai pglaman lg utk kita smua, insyallah =)

    ReplyDelete
  3. sama la dgn aina, kak yana. xsangka suka2 blogging dpt duit hehe.

    ReplyDelete
  4. cepatnye masa berlalu. all the best for next year

    Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    ReplyDelete
  5. Wish for de new year give more goodnew for ourself ! :) Done follow yana . Jangan lupa follow puterymemory.com jugak nanti taw! :)

    ReplyDelete
  6. @Reen Johari hehehe .. kenapa yg kurang suka tu ?? rasa semak ka ?

    ReplyDelete
  7. @Nik Ainaa kannn mula suka2 ja buat blog nie , x sngka leh dapat side income =P

    ReplyDelete
  8. @Husein Rider itulah terasa cepat masa berlalu , and im getting older .. in shaa allah yana singgah ye =)

    ReplyDelete
  9. @Putery Memory tq Mar , may the same thing comes to u ♥

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^