6 Website Yang Anda Wajib Lawati

Friday, December 02, 2016


6 Website Yang Anda Wajib Lawati


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Hai semua , selamat malam .. Yana nak tanya nie , anda tahu tak apa itu website ataupun laman web ?? Haha .. Sebenarnya , Yana pun baru  tahu malam nie .. Okay , meh Yana terangkan secara ringkas apa itu website .. Secara umumnya website (web) difahami sebagai sekumpulan halaman yang terdiri daripada beberapa laman yang mempunyai informasi  dalam bentuk digital sama ada dalam bentuk teks , gambar , animasi yang disediakan melalui jalur internet sehingga dapat diakses dari seluruh dunia yang memiliki internet connection . Website , awalnya merupakan suatu layanan sajian yang menggunakan konsep hyperlink , yang memudahkan para pengguna internet melakukan penelusuran informasi di internet .. Informasi yang disajikan dengan web menggunakan konsep multimedia , informasi dapat disajikan dengan menggunakan banyak media , seperti teks , gambar , animasi atau filem . Baiklah , cukup sampai disini penerangan Yana mengenai laman web , jom ke tujuan asal Yana menulis entri nie .. =))

Haa , dekat sini Yana nak kongsikan beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu . 6 website yang wajib anda lawati tetapi tak ramai yang tahu mengenai website - website ini .. Website yang Yana nyatakan ini telah banyak memberi manfaat kepada ramai pengguna ..



Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.

Jawatan kosong kerajaan ?? Laman web  JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan di mana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat pinjaman betul kan ? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak dapat , orang kata kena guna "orang dalam" sejauh mana kesahihannya Yana tak pasti , sebab Yana sendiri bekerja di sektor swasta hehehe ..

Apa ?? Ada antara anda yang masih mencari kerja kosong ? Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan di mana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang bergaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmark nya sekarang.



Eh, apa benda ni saps ibu bapa ? Haaaa !! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.



Laman web apa APDM ni ? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.




HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam Bahasa Inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

Haa ,, macam mana penerangan Yana mengenai 6 website yang anda wajib lawati nie ? Terperinci tak ? Mudah difahami tak ? Jadi kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan di sektor kerajaan , bolehlah ringan-ringankan tangan anda melawati laman web yang berkenaan .. Manakala , untuk ibu bapa yang hendak memeriksa keputusan peperiksaan anak anda sila lawati laman sesawang saps ibu bapa .. Sekian sahaja perkongsian Yana untuk malam nie .. Jumpa lagi nanti ye =))

You Might Also Like

3 comments

  1. Amboi jadi blog rujukan tu..hihi

    ReplyDelete
  2. nice sharing kak yana.. jom terjah website cari kerja!

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^