L ♥ I's Stories: Bunuh Diri Penyelesai Masalah

Bunuh Diri Penyelesai Masalah

/
2 Comments
December 29, 2016

Bunuh Diri Penyelesai Masalah




ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hah ? Terkejutkah dengan entri Yana nie ? Hehehe .. Jangan terkejut .. Bukan niat Yana nak bunuh diri ataupun menngajak orang bunuh diri untuk menyelesaikan masalah ,, Dasawarsa ini , ramai yang sering mengambil jalan mudah dengan membunuh diri untuk melepaskan diri daripada dibelenggu masalah .. Kebanyakkan mereka tidak menyedari setiap masalah yang terjadi pasti akan ada jalan keluarnya .. 

Yana nak tanya , ada tak antara anda nie pernah terfikir untuk membunuh diri walaupun sekali ?? Kalau soalan tu diajukan kepada Yana , jawapannya "Ya" bukan sekali tetapi berkali-kali .. Berkali-kali Yana minta Dia ambil nyawa Yana sebab Yana rasa Yana tak cukup kuat nak hadap semua ujian yang diberi .. Tapi , Yana lupa yang Dia tak akan memberi ujian di luar kemampuan hambaNya .. Pernah juga Yana tercari-cari cara bunuh diri paling mudah dan tidak menyakitkan .. Bodoh kan ?? Alhamdulillah .. Tu semua dulu-dulu saja .. Sekarang in shaa allah Yana okay .. =) Jangan risau , Yana sekadar berfikir tak pernah pun mencuba .. Kadang-kadang Yana terfikir adakah perasaan nie normal ? Adakah semua orang akan lalui macam mana yang Yana rasa ..



Selalunya , perasaan nie akan muncul bila kita terlalu tertekan , tak kisah lah sama ada tertekan dek kerana kerja , keluarga , kawan-kawan tapi selalunya kerana faktor kewangan kan ? Nak pulak , di saat - saat kita memerlukan tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan .. Maka , jalan pintas untuk lari daripada semua ini adalah dengan membunuh diri .. Jangan ya , jangan sesekali berbuat demikian .. Cuba hadapi semua dengan positif , Tapi kalau difikirkan kembali semua nie berlaku mesti ada juga kena mengena dengan kes anxiety disorder (baca entri Yana sebelum nie untuk mengetahuinya) .

Akhir kata daripada Yana , Dia bagi kita ujian berbentuk masalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita , sekuat mana kita mampu untuk atasinya .. Tidak Dia berniat untuk menganiaya atau menyakiti hambaNya .. Percayalah seperti yang Yana kata tadi setiap masalah yang timbul pasti ada jalan keluarnya .. Jangan sesekali kita mengambil jalan pintas untuk lari daripadanya kerana ianya sedikit pun tidak menyelesaikan bahkan akan mengeruhkan lagi keadaan .. Selamat malam ♥


You may also like

2 comments:

  1. betul2, kekdg cik timm rasa jugak gitu..
    lepas tu, cepat2 mengucap ingat tuhan..

    ReplyDelete
  2. @timm bill huhu .. samalah kita Timm .. Tapi bila stress lagi , mesti akn repeat pk macam tu .. hmm ='(

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^