JOM TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT

Saturday, December 10, 2016


JOM TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Hai ,, selamat malam semua .. Sebelum tidur tu jom baca tips seterusnya daripada Yana .. Mesti ramai yang nak tahu kan , bagaimana cara untuk menurunkan berat dengan cara yang sihat .. Sebolehnya tanpa mengambil sebarang pil kurus ..  Tapi , sekiranya ada diantara anda yang nak mengambil sebarang suplement tambahan boleh saja tapi sebaiknya dengan nasihat doktor yaa .. =))

Sebelum Yana teruskan dengan tips tu moleklah Yana terangkan apa itu obesiti terlebih dahulu .. Obesiti merupakan satu keadaan perubatab di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan  kesihatan seseorang .. Individu itu biasanya dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) yakni ukuran yang diperoleh daripada membahagikan berat badannya (dalam kilogram) dengan ketinggian seseorangan (dalam meter) yang dikuasa dua .. Indeks BMI antara 20 hingga 25 dianggap normal , individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25 dikatakan memiliki berat terlebih ..



Okay tips pertama daripada Yana .. AMALKAN PERMAKANAN SECARA SIHAT .. Bagaimanakah ?? Selalunya kalau kita makan , berapa senduk nasi yang kita ambil ? Lauk pauk yang macam mana selalu kita makan ? Adakah ia merupakan makanan bergoreng ? Berlemak ? Haa , kalau itu merupakan "kriteria" lauk yang sering diamalkan , Yana nasihatkan anda ubah ya .. Sebaiknya , amalkan memakan masakan yang dikukus instead of goreng .. Sebabnya ? Makanan bergoreng tu sudah tentunya berminyak , dan makanan berminyak dan berlemak merupakan penyumbang utama kepada kolestrol .. Elakkan mengambil makanan ringan seperti burger , fries , nugget , sosej dann lain-lain yang sewaktu dengannya .. Bukan Yana nak cakap tak boleh makan langsung , boleh sekali sekala .. Kalau boleh elak daripada mengambilnya lanngsung , itu terbaikk .. Hentikan , meminum minuman bergas , minuman manis dan minuman berais .. Amalkan meminum air masak kerana itu yang sebaiknya , secara tak langsung ia dapat membantu anda dalam proses menurunkan berat badan dan kulit anda akan kelihatan sihat sentiasa .. Bagaimana set makanan sihat ? Pastikan ia mengandungi semua protein dan zat-zat yang badan anda perlukan .. Di atas Yana ada sertakan imej piramid makanan .. Jadi , anda bolehlah rujuk dengan piramid makanan tersebut dalam proses anda menambahbaikkan cara permakanan anda .. =)



Seterusnya , tips kedua daripada yana .. BERSENAM .. Tak mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan secara sihat dan tanpa pengambilan sebarang pil .. Tapi , Yana tak pula kata susah .. Apa yang anda perlu ialah disiplin .. Bersenam tak semestinya nak tunggu masa hujung minggu sahaja .. Anda boleh saja mengamalkannya dalam kehidupan seharian anda .. Contoh , berjalan , mereganggkan otot-otot badan , nanti Yana kongsikan tips bersenam ye , untuk malam nie Yana nak kongsi tips turunkan berat badan secara sihat dahulu .. Sini Yana kongsikan tips cara bersenam yang betul ..

  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
  • Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.


Tips ketiga daripada Yana ,, DETOX , haaa Detox merupakan trend yang sering diikuti sekarang dalam mengamalkan cara menurunkan berat badan secara sihat .. Apa itu Detox ?? Detox merupakan adalah satu cara atau proses pembuangan racun atau toksin yang berasal daripada makanan , minuman ,, kosmetik , udara , pemikiran dan yang sering berlaku akibat merokok .. Tujuan Detox adalah untuk memulihkan tenaga dan membersihkan darah .. Jom , Yana kongsikan beberapa resepi Detox yang sering diamalkan ..

1. Akalize Green Juice

– Spinach, Celery, Lemon & Cucumber

2. Immune Boost

– Green Apple, Ginger & Lemon

3. Immune Cocktail

–  Green Apple, Ginger, Lemon & Beetroot

4. Green Bliss

– Green Apple, Cucumber & Spinach

5. Super Green Juice

– Cucumber/ Parsley/ Brocoli, Spinach/ celery, Lemon & Ginger

6. Happy Detox

– Apple, Mint, Lemon & Parsley

7. Pineapple Mix

– Pineapple, Green Apple, Cucumber, Lemon, Ginger, Parsley & Mint

8. Liver Flush

– Pomelo Fruit, Grape Fruit, Ginger, Lemon, Cayenne Paper, Olive Oil & Garlic

9. Red Refreshment

– House made fresh wheat grass, lemon, min & beetroot

10. Ginger Mix Shot


– Ginger, Lemon & Himalayan Salt

11. Wheat Grass Shot

– Carrot/ watermelon, Apple & Pineapple
(kredit : SHIQEEN SATTAR)
Di sini Yana sertakan beberapa entri mengenai Detox yaa ..

Detox 1 , Detox 2 & Detox 3 .. (kredit : Ben Ashaari)

Okay sekian saja nah perkongsian Yana mengenai cara turunkan berat badan secara sihat ... Dalam entri nie Yana cerita secara ringkas sahaja .. In shaa allah ada masa nanti Yana akan cuba terperincikan ye ... Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk baca celotehan Yana .. Selamat malam ... ♥ ♥


You Might Also Like

2 comments

  1. Selain tu kita boleh amalkan eat clean. Sekarang kementerian kesihatan sedang lancar kan program suku suku separuh. Suku pinggan nasi. Suku pinggan protein. Dan separuh pinggan sayuran dan buahan.

    ReplyDelete
  2. Good sharing... kurus utk cantik dan sihat...

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^