LIYANA BIADAP !

Friday, December 09, 2016

LIYANA BIADAP 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Hai semua .. Hahaha .. Terkejutkah dengan tajuk Yana hari nie ?? Yaa .. Seorang Liyana memang agak biadap sekarang .. Sebab apa ? Jom , Yana nak cerita ..
Sejujurnya , ini bukanlah personaliti Yana dulu .. Yana yang dulu lebih banyak mendiamkan diri walaupun sering disakiti .. Sapa yang jadi mangsa nak kena dengar luahan hati Yana ? Tu kucing-kucing kat rumah dengan panda wana merah jambu Yana tu .. Merekalah yang sering menjadi pendengar setia , dan panda tu yang selalu "menyapu" air mata Yana bila Yana sering disakiti .. Kadang-kadang tak semua gurauan Yana boleh terima .. Hati Yana senipis tisu .. Kena sikit saja akan mudah terkoyak .. Setahu Yana dah berkali-kali Yana isukan hal ini ..
Kenapa Yana berubah ? Kenapa Yana semakin biadap ? Sememangnya orang sekeliling Yana yang mengubah Yana , yang menjadikan Yana kepada siapa Yana yang sekarang .. Tak semua , tapi ... Sesetengah antara mereka .. Mereka memilih untuk menyakiti tetapi bila mereka yang disakiti mereka mula menjauhkan diri daripada Yana .. Sejujurnya , sedikit pun Yana TAK KISAH .. Sebab Yana tahu tak semua orang akan sentiasa ada di saat jatuh bangkit seorang Liyana .. Jadi , jika mereka memilih untuk menjauhkan diri daripada Yana , itu hak mereka Yana tak akan halang atau merayu untuk mereka kembali berada di sisi Yana ..
Yana tahu mungkin akan ada yang berkata kata bahawa Yana lupa diri .. Yana kacang lupakan kulit .. Semestinya tidak , Yana ingat siapa yang pernah menolong dan membantu disaat Yana memerlukan .. Tapi , ego seorang Yana mengatasi semua itu .. Hahaha .. Yaa , Yana seorang yang ego .. Itu Yana akui ..
Ermm .. Yana rasa cukuplah sampai di sini saja Yana berceloteh .. Hahaha .. Jarang Yana nak update blog menggunakan handphone tapi sekarang perasaan Yana dah tak dapat nak dipendamkan lagi .. Yana nak luahkan apa yang terbuku selama ini .. Sekian saja .. Jadi , kepada sesiapa yang pernah terkena tempias daripada Yana inilah sebabnya Yana berkelakuan sedemikian rupa ..

You Might Also Like

0 comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^