L ♥ I's Stories: Harapan Untuk 2017

Harapan Untuk 2017

/
1 Comments
January 01, 2017

Harapan Untuk 2017 .



ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semuaa .. Selamat menyambut tahun baru .. Mesti anda semua ada azam dan harapan masing-masing kan untuk tahun nie ? Ada yang nak mengakhiri zaman bujang la , nak menimang cahaya mata la , nak mula cari kerja laa .. Apa pon harapan anda semua , Yana doakan semoga dipermudahkan untuk mencapainya ..


Kembali kepada topik Yana pada malam  nie .. Apa harapan Yana untuk 2017 nie ? Semestinya  Yana nak jadik seorang Nurliyana Ishak yang jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum nie .. Hmm .. Baik dari aspek apa ? Dari pelbagai aspeklah pendek kata .. Yana nak improve diri Yana nie  dalam setiap benda yang Yana sedang buat dan akan  buat .. Terutama sekali Yana nak improve kan skill  memasak .. Hahaha .. Yana nak sangat pandai masak uii bukan sekadar pandai makan dan beli makanan .. Huhu ..

Jodoh ?? Hm .. Yana agak tahun nie pon Yana tak boleh lari daripada soalan nie .. Macam mana ehh Yana nak fahamkan mereka-mereka yang sering bertanyakan Yana soal jodoh nie ? Tak tahu ke jodoh tu rahsia Allah ? Macam mana Yana nak jawab tu , kalau dah dapat kad jemputan maknanya jodoh Yana dah sampai ke Kepala Batas lah tu .. Hee .. =P

Kerjaya .. Erm ,, Buat masa nie Yana tak terfikir lagi nak cari kerja lain atau kerja yang lebih bagus daripada apa yang Yana ada sekarang .. Yana cuma nak fokus dekat kerja yang sedang Yana buat sekarang saja .. Sekiranya ada kekosongan dekat mana-mana dan kena dengan minat Yana in shaa allah Yana cuba .. Lagipun , Yana nak lebihkan fokus kepada partime job Yana nie which is as a blogger .. 

Ibu dan bapa atau keluarga ?? Sejujurnya , Yana belum mampu nak sajikan mereka dengan kesenangan ataupun kemewahan .. In shaa allah Yana akan cuba sebaik mungkin untuk membahagiakan mereka .. Kalau ditanya Yana apa yang Yana dah contribute dekat depa .. Tak ada apa lagi .. Tapi Yana sedang berusaha untuk itu .. =)

Rasanya , setakat nie dulu kot coretan Yana untuk hari ini .. In shaa allah ada masa kita jumpa lagi .. Terima kasih kepada mereka yang sudi baca bebelan si Yana nie .. Hehehe .. ♥



You may also like

1 comment:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^