Kenangan Di Bangku Sekolah

Tuesday, January 03, 2017


Kenangan Hari Pertama  Di Bangku Sekolah



(gambar hasil google)

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , Yana percaya hari nie kalau dekat IG dan FB mesti penuh dengan newsfeed yang ibu bapa pergi hantar anak mereka ke sekolah buat pertama kalinya kan ? Hehehe .. Seronok pulak Yana tengok .. Tiba-tiba teringat akan kenangan 19 tahun yang lalu bila pertama kalinya Yana menjejakkan kaki ke sekolah rendah ..

Seingat Yana , masa hari pertama tu Yana ditemani oleh ayah dengan umi Yana .. Yana pakai skirt dengan kemeja masa tu .. Beg , kalau tak salah Yana beg warna pink terang rasanya .. Hee .. Ingat-ingat lupa gitu .. Almaklumlah dah 19 tahun berlalu Yana nie pulak tipikal short term memory ..  Tapi , satu benda yang memang Yana ingat , Yana tak menangis langsung .. Masa Yana pergi daftar tu Yana ditempatkan di kelas nombor Dua , Kelas H mewakili Hijau .. Dekat sekolah tu masa zaman Yana bersekolah dekat sana terdapat 4 kelas , Biru , Hijau , Kuning dan Merah .. Nak dijadikan cerita masa pi daftar tu Yana dalam kelas Hijau , alih-alih masa hari kedua ayah Yana pi hantar Yana masuk kelas Merah .. Hahaha .. Yana pon satu tak ingat mana kelas sendiri masa tu main redah saja .. Lepas ja ada ujian penilaian Yana ditempatkan di kelas Biru .. Yeayyy !! Kelas pertama tau .. See , Yana nie sebenarnya takda la bodoh cuma malas jerr =P

Sepanjang Yana bersekolah di sekolah rendah Yana tinggal dengan mak sedara Yana bersama-sama dengan arwah wan dan arwah pah .. Seminggu sekali Yana akan balik duduk dengan umi dan ayah .. Masa duduk sana memang la seronok ada sepupu Yana yang sebaya dengan Yana , lepas tu ada kawan-kawan sekampung lagi .. Masa Yana tinggal dengan mak sedara Yana , Yana punya kedatangan ke sekolah sangat-sangat cantik .. Hari-hari Yana pi sekolah jaranglah Yana nak ponteng .. Keputusan Yana masa tu pon boleh tahan laa A dengan B saja Yana kaut , sesekali dapat la jugak markah 100% memang seronok tak terhingga lah masa tu .. 

Banyak sangat lah kalau Yana nak cerita .. Yana berhenti di sini dulu yaa .. Ada masa dan idea  Yana sambung lagi .. Terima kasih pada yang sudi membaca .. ♥

You Might Also Like

0 comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^