L ♥ I's Stories: MAGNUM Cafe in Penang

COPY

MAGNUM Cafe in Penang

/
4 Comments
January 28, 2017

MAGNUM Cafe in Penang


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai .. Any MAGNUM ice cream lover here ?? Heheh .. Okay , benda nie dah lama Yana pi .. Sampai ais krim tu pon dah tak wujud dalam usus Yana .. Asyik tertangguh saja nak menulis mengenai nie .. Sebenarnya kan , Yana nak cerita yang MAGNUM Cafe dah ada dekat Penang .. Haa , sebelum yang kita-kita tahu ada dekat KL saja kan ? Bila Yana dapat tahu mengenai perkara nie , I think I am the most excited person at that time .. Haa , sebab Yana memang teringin sangat-sangat nak makan ais krim kegemaran Yana dekat cafe dia =) ..


Okay , nie lah buktinya yang MAGNUM Cafe dah bertapak dekat Penang ataupun lebih tepat di Gurney Paragon Mall .. Ais krim nie ada dua perasa vanila dan coklat .. Jadi , anda boleh pilih perasa kegemaran masing-masing .. Sebenarnya kan , Yana suka vanila , akan tetapi Yana tak tahu konsep sebenar pemilihan ais krim dekat sini Yana dah tersalah pilih , Yana ambil coklat sebab Yana ingat benda tu untuk whole ais krim , padahal tu perisa kat dalam la =P .. Lepas dah pilih , dia akan suruh anda pilih topping ais krim sama ada nak white choc , dark choc ataupun coklat biasa tu .. Jadi , kali nie Yana pilih coklat biasa .. 



(gambar kredit : MISSZYAROSES)

Okay , untuk garnishing .. Err betul ka penggunaan bahasa Yana tu ? Hahaa .. Abaikan lahh ,, Sebenarnya , lepas pilih topping untuk ais krim tadi anda boleh pilih untuk letak 3 jenis taburan kat atas ais krim tu .. Macam-macam ada dan seorang Yana dah lupa nama-nama taburan yang ada .. Dekat sini Yana cuma bagi tahu jenis taburan yang Yana pilih .. Semestinya , Yana memilih kekacang yang mahal seperti almonds dan hazelnut hee ... Lepas tu untuk menceriakan ais krim Yana , Yana tambah dengan marshmallow .. 


(gambar kredit : MISSZYAROSES)

Nak tengok hasil ais krim Yana ?? Serius cakap , comel je macam orang yang pilih .. Hahaha !! Okay , Yana dah mula perasan  =PP


Comel takk ? Macam sayang saja kan nak makan ? Tapi , Yana berjaya atasi perasaan sayang tu dengan makan ais krim nie sampai tinggal dia punya stick  saja =P ..


Nie antara pilihan rakan - rakan Yana .. =) Nampak sedap tak ? Takmau ke cuba ? Harga bagi Yana mampu milik laa takda la mahal sangat hee ..


Saat-saat kami menikmati keenakkan ais krim MAGNUM pilihan masing-masing .. =)


(gambar kredit : MISSZYAROSES)

Suasana semasa di MAGNUM Cafe , Gurney Paragon Mall .. Agak lengang sebab Yana dan rakan-rakan Yana pergi masa hari orang kerja .. Jadi , agak selesa lah dan tak crowded  .. Okay , sekian saja perkongsian Yana mengenai MAGNUM Cafe dekat Gurney Paragon Mall .. Apa kata anda sendiri pergi dan alami apa yang Yana dan rakan-rakan Yana alami .. =))

Address: 

L1. P5, Ground Floor, 
Gurney Paragon Mall, 
Persiaran Gurney, 10250, 
Georgetown, Penang.

Business Hours: 
10 am to 10 pm. Opens Daily.




You may also like

4 comments:

  1. sedapnya....bila la agaknya nak mencuba....nak gagahkan diri ke paragon tu malas sangat hahaha

    ReplyDelete
  2. aiskrim antara makanan kegemaran....nak cuba juga...

    ReplyDelete
  3. @aRz MoHa hahaha arz dok dlm kawasan pulau pon malas ,, kami sanggup taw seberang lautan pasifik tuu .. kekekek =P

    ReplyDelete
  4. @aRz MoHa jommm gathering kat sana arz =P

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^