L ♥ I's Stories: SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

/
2 Comments
January 04, 2017

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Apabila anda ditanya mengenai SAPS , adakah anda tahu apa itu SAPS ?? Sekiranya diperhatikan pada dasawarsa ini kebanyakkan anak-anak dan orang ramai sedang bercakap mengenai SAPS .. Sebelum Yana mengulas dengan lebih lanjut mengenai SAPS , molek sekiranya anda baca entri Yana dari mula sampai habis ya .. =) Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu bapa di luar sana .. Terutamanya di Malaysia .. 

Ibu dan bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak untuk memberikan mereka kasih sayang yang secukupnya .. Kasih dan sayang yang mencukupi daripada ibu dan bapa akan membolehkan anak-anak membesar dengan seimbang dari segi emosi dan jasmani .. Manakala , anak yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu dan bapa , biasanya cenderung menjadi anak-anak yang nakal dan kurang berdisiplin ..
Sementelahan itu , ibu dan bapa juga bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak .. Pendidikan  yang diperlukan oleh anak-anak adalah pendidikan keagamaan dan keduniaan .. Hal ini demikian kerana , untuk memastikan bahawa anak-anak mereka mampu untuk  "bertarung" dalam era globalisasi yang kian mencabar ini .. Beberapa pakar pernah berkata bahawa cara yang terbaik untuk memastikan kecermerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka .. Kenapa ?? Kerana keputusan peperiksaan mereka mencerminkan prestasi pembelajaran mereka di sekolah .


Bilakah kali terakhir anda memeriksa keputusan peperiksaaan anak anda dan bilakah kali terakhir anda suami isteri berbincang bersama demi memastikan kecermalangan anak-anak? Tak pernah ?? Ehh jangan macam itu , sila ambil berat dengan pendidikan anak-anak. Oh ya, mungkin dulu susah untuk dapat tengok keputsan anak-anak, sekarang da mudah boleh cek secara online !

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak secara online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem Semak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa ini , ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat temujanji dengan guru terlebih dahulu , dan hal ini akan memerlukan masa dan memerah tenaga ..

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan di negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini => SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi"laman tidak dapat diakses". Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, in shaa allah tiada lagi isu kecewa sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi in shaa allah ..

Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan dikemaskini ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini sebbagai satu batu loncatan kepada kita untuk mendidik anak-anak. In shaa allah , tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak menyorokkan keputusan peperiksaan,  anak menipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa Online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online. Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online ..




You may also like

2 comments:

  1. Dunia semakin maju dan semakin mudah..
    Ibubapa pun tak perlu ke sekolah lagi untuk mengetahui keputusan anak2..

    Anak2 pun dah tak beli nak simpan result exam cam dulu2 lagi..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^