Tahun Baru Cina dan Limau Mandarin

Thursday, January 19, 2017


Tahun Baru Cina dan Limau Mandarin


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai .. Selamat kesayangan Yana semua .. Okay , kenapa tiba-tiba Yana beriya sangat nak berkongsi mengenai tahun baru cina dan limau madarin nie ? Nak kata Yana mix ehh ... Nanti ada yang kata Yana tiru Koko pula kan ?? Hee .. Sebenarnya , tadi dalam group whatsapp Yana ada seseorang bertanya , "Cik Lady , kenapa tiap kali tahun baru cina mesti ada limau ?" Haa , sesungguhnya jawapan tiada dengan Yana =P .. Jadi , untuk merungkaikan persoalan tersebut Yana tanyalah Encik Google .. Dapatlah sedikit sebanyak info kenapa limau mandarin kena ada pada setiap kali sambutan tahun baru cina .. =)


Sebelum Yana cerita kenapa limau mandarin perlu ada pada setiap kali sambutan tahun baru cina , meh Yana huraikan sedikit sebanyak mengenai tahun baru cina .. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina .. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan .. Tahun baru cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan .. Sebelum hari tahun baru bermula , sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul .. Rumah akan dicuci dan segala hutang piutang akan dilangsaikan .. Hal ini demikian kerana , agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru .. 



Tahun baru cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul .. Kaum keluarga akan makan  besar dengan masakan tradisi seperti daging itik , daging salai , sossej , kuih pulut dan limau mandarin .. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum berkahwin .. 

Okay , kembali topik Yana yang sebenar untuk entri nie .. Kenapa  tahun baru cina begitu sinonim dengan limau mandarin ?? Sebenarnya , amalan memberi limau mandarin merupakan simbolik memberi tuah .. Buah limau mandarin yang dipanggil kam dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan ada setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekaayaan kepada masyarakat Tiong Hua .. Warna limau keemasan seperti memberi jongkong emas kepada orang lain ..

Okay , buat masa nie .. Ini sahaja yang dapat Yana jelaskan .. In shaa allah nanti kalau ada lagi informasi Yana kongsi lagi yaa .. Terima kasih kepada yang sudi membaca =)

You Might Also Like

10 comments

  1. Klu nk dpt limau free kne g kdi Cina...;-)

    ReplyDelete
  2. Haaa btl btl, ju pun ttnya2 soalan ni 3 ari lepas haha

    ReplyDelete
  3. Ohh.. baru tau... sblm ni tertanya jugak kenapa limau kan. Mcm melayu jugak.. Kalau raya mesti ketupat, lemang, rendang... btw, nice sharing yana

    ReplyDelete
  4. Oh, sebenarnya simbolik memberi tuah.
    Ingatkan suruh makan limau.

    ReplyDelete
  5. @Cikna hee btoi tu , konpem depa bg punya .. kat tempat keja yana pon byk gak la dapat hee

    ReplyDelete
  6. @Jun Zie hee kann .. bila dah tertanya mcm nie baru trasa nak menyiasat hee

    ReplyDelete
  7. @CikLa Shahril haaa yang org melayu yana x discover lagi kenapa wajib ada semua tu hehehe .. nanti cikla wat entri ehh =P

    ReplyDelete
  8. @Adam kannn ingat kan sesaja kena ada limau tuu =)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^