L ♥ I's Stories: Cara Memaafkan dan Melupakan

Cara Memaafkan dan Melupakan

/
1 Comments
February 07, 2017

Cara Memaafkan dan Melupakan


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii .. Selamat malam semuaa .. Okay , malam nie Yana nak kongsikan cara memaafkan dan seterusnya melupakan .. =) Sebelum tu  , Yana nak tanya .. Ada tak antara kawan-kawan Yana yang tak pernah dikecewakan ? Teraniaya ? Dianiaya ?? Ada ?? Agak keterlaluan tak kalau Yana kata mustahil lah kalau tak pernah .. Tak semestinya kerana cinta sahaja , banyak aspek lain lagi .. Benda nie umum .. Hee 

minta maaf , sorry , kemaafan ,

Yana akui , tak semua antara kita mampu memaafkan sekaligus melupakan kekecewaan yang pernah terjadi dekat kita .. Tapi , untuk meneruskan kehidupan dengan tenang tanpa dendam .. Kita kena juga belajar untuk memaafkan .. In shaa allah dengan perlahan kita dapat melupakan .. Yana pernah dengar satu frasa yang berbunyi "memaafkan mungkin tidak akan mengubah masa lalu , akan tetapi mampu memudahkan masa hadapan ".. 



Persoalannya dekat sini , bagaimana kita nak memaafkan seseorang yang pernah mengecewakan kita dengan seikhlas hati ? Okay , Yana cuba bagi satu situasi .. Diri kita sendiri pun mungkin pernah mengecewakan seseorang , apa yang kita nak daripada orang tu selepas kita menyesali perbuatan kita tersebut ?? Kemaafan ? Yaa , kemaafan .. Pasti kita mendambakan kemaafan yang tulus ikhlas daripada dia kan ?? Begitu juga dengan orang yang pernah mengecewakan kita , dia turut mendambakan kemaafan yang tulus daripada  kita agar kita sama - sama dapat hidup dengan tenang tanpa dendam ..


Okay , bahagian yang Yana nak cakap nie mungkin agak susah bagi sesetengah orang dan Yana merupakan salah seorang daripadanya .. Sebelum tidur , cuba biasakan diri untuk minta maaf dengan semua orang yang ada di sekeliling kita .. Mana tahu tanpa kita sedar kita ada sakiti hati mereka kan ?? Selepas itu , cubalah untuk memaafkan semua orang yang pernah sakiti kita .. Salah satu cara yang sedang amalkan untuk memudahkan hati Yana mengikhlaskan sesuatu kemaafan .. Yana maafkan , selepas itu antara dia dengan Allah .. Yana percaya yang Allah tu Maha adil , Yana juga percaya kifarah itu ada cuma lambat atau cepat sama ada kita dapat melihatnya ataupun tidak .. Secara tak langsung , selepas Yana berfikir macam tu sedikit sebanyak Yana mula gembira , cuba lupakan semua kesedihan dah cuba bahagiakan diri ini dengan mereka yang sentiaasa ada dengan Yana tanpa ada sebarang niat tak baik .. =) 

Sekian sahaja daripada Yana malam nie .. Selamat Malam ♥



You may also like

1 comment:

  1. memaafkan bukan mudah...tetapi memaafkan mampu memberi ketenangan

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^