Cara Saya Hilangkan Tekanan

Monday, February 06, 2017


Cara Saya Hilangkan Tekanan


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Selamat malam semuaaaa .. Wahhh lama nau Yana tak menulis .. Perasaan malas dah mula menyerang .. Malam nie Yana cuba sedaya upaya untuk lawan .. Hehehe .. Alhamdulilah berjaya .. Kalau tak , tak ada la entri nie .. Hehehe .. Okay , malam nie Yana nak kongsi bagaimana cara Yana menghilangkan tekanan .. 


Okay , benda pertama Yana buat bila Yana stress .. Yana akan makan .. Makan dan makan sampai dah tak boleh masuk .. Yana yakin yang lain-lain pon sama .. Bila kita tertekan , kita akan kurangkan dengan makan dan makan , kan ?? Hehehe .. Lepas tu ramai yang mengadu , berat badan naik .. Hee .. Alhamdulilah , walaupun Yana amalkan konsep makan dan makan untuk hilangkan stress berat dan bentuk badan Yana masih sama .. Orang cakap mungkin sebab metabolisme Yana tinggi .. Sebenarnya ,tak bagus juga kalau main makan nie , walaupun kurus tak semestinya sihat dalaman tak tahu .. Jadi , konsep Yana yang nie jangan ditiru yaa .. Kalau nak amalkan konsep makan dan makan pastikan makan secara sihat yee ... =))


Antara makanan yang mampu buat Yana tersenyumm ♥♥♥

Selain makan dan makan , cara Yana hilangkan tekanan dengan window shopping  kalau ada duit lebih sikit Yana akan reward diri Yana dengan beberapa barang .. Depend lahh , lipstik ka , baju atau mana-mana aksesori .. Ikot mood seorang Yana masa tu apa yang dia nak .. Selalunya , Yana ambil langkah berjaga-jaga dengan window shopping sahaja .. Sebab , bila Yana dah mula shopping Yana nanti tak ingat dunia .. Lepas tu tengah bulan Yana puasa =P ..



Yang perempuan mesti tau Yana pegang beg apa tu .. Hehehe kali nie Yana reward diri Yana dengan barang make up .. Yana jarang shopping dekat mall sejak ada nya LAZADA =P

Seterusnyaaaa .. Yana akan hilangkan tekanan Yana dengan SMULE .. Hahaha !! Siapa yang friend dengan Yana dekat Facebook mesti tau betapa Yana sangat-sangat rajin ber smule .. Yana sememangnya dari kecil suka menyanyi walaupun sedar suara macam kodok panggil hujan .. Hee .. Lepas nyanyi Yana akan rasa legaaa yang teramat sangat .. Erkk mesti yang akan kata suruh Yana berzikir dan baca al-Quran kan sebab tu merupakan cara yang terbaik dan dianjurkan Islam .. Ye , Yana tahu in shaa allah suatu hari nanti Yana cuba .. Doakan Yana yee =)) Meh Yana belanja salah satu video smule Yana .. Hee .. NNak tengok yang lain-lain follow la Yana dekat Smule (ladyana274) =P


video

Seterusnyaaa , bila Yana stress Yana akan ajak mereka-mereka yang mampu buat Yana tertawa lepakk .. Tak kisah la mana pun .. Asalkan Yana tak duduk berseorangan dekat rumah .. Kalau tak makin stress Yana nanti .. =)) Meh Yana kenalkan beberapa orang yang mampu buat Yana tersenyum =)


Mimi & Wan ♥ ♥


Safinah Salam ♥♥ Dah nak kahwin pun dia .. Hilang seorang lagi kawan Yana hahaha !


Okay , kalau yang nie mungkin ada di kalangan blogger yang kenal kot .. Rakan blogger Yana , kami kongsi minat yang sama ,. Kalau perasan lately Yana banyak lepak dengan dia .. Hehehe sebab dia saja yang ada masa dengan Yana =P

Last but not least , salah satu cara Yana hilangkan tekanan , dengan melihat pantai .. Yana memang sukakan pantai Yana sendiri tak tahu kenapa.. Bila Yana tengok ombak pergi dan balik Yana rasa tenang .. Lagi best kalau Yana boleh main dekat gigi air tu .. (ehh betul ka penggunaan bahasa tu) .. 


Nampak Yana happy tuuu ?? Hehehe ♥

Okay laa setakat nie saja Yana coretkan cara-cara Yana hilangkan tekanan .. In shaa allah ada masa kita jumpa lagi ♥








You Might Also Like

1 comments

  1. Dua cara di atas ada juga yg sy buat.. iaitu makan dan window shopping... Tak beli pun tak pe asalkan dapat jamu mata...

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^