Ciri Ciri Lelaki Idaman Saya

Thursday, February 02, 2017

Ciri Ciri Lelaki Idaman Saya


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semuaa .. Malam nie Yana nak kongsi macam mana ciri-ciri jejaka idaman hati Yana .. Hehehe .. Tak kisah lah sama ada , ada yang nak tau ataupun tak .. Yana sekadar berkongsi , mana tau kita mengidamkan ciri-ciri jejaka idaman yang sama hehehe .. Sebenarnya Yana agak cerewet , dalam semua aspek sampai lah bab memilih jejaka idaman .. Sebenarnya Yana ada cerita tau pasai kisah cinta nie .. Akhir entri nanti Yana ceritakan sedikit sebanyak mengenai pengalaman Yana .. =)


Okay , ciri-ciri lelaki idaman Yana , Yana akan cerita berdasarkan 3 point .. Pertama penampilan , kedua karakter dan yang ketiga cara pemikiran .. Jom , Yana mulakan dengan :-

PENAMPILAN

- semestinya Yana nak si dia tampil bergaya dan kemas .. Sebab Yana sendiri pun sangat menitikberatkan penampilan diri Yana sendiri .. Yana tak suka si dia selekeh sebab penampilan si dia secara tak langsung akan memainkan peranan dalam membentuk tahap keyakinan diri Yana .. Oh ya , dia mestilah wangi .. Berambut pendek dan kemas , tak kisah lah si dia nak berfesyen macam mana sekali pon asalkan segak dan bergaya .. Yana suka kalau si dia pun pandai menjaga wajah , jadi kulit wajahnya akan nampak bersih dan rapi .. Lagi satu , Yana tak suka sangat lelaki bermisai , janggut tu .. Tak berapa suka jugak , Yana prefer muka dia bersih .. Nampak ala-ala baby face gitu .. hee .. 
Dari segi berpakaian , Yana suka tengok orang lelaki berkemeja dan ber seluar slack yang kemas tu bukan yang menggelebeh ehh .. Itu kalau dia nak ke kerja .. Kalau nak ber dating .. Yana nak dia pakai  t-shirt berkolar nampak kemas .. Yana kurang gemar yang suka mengenakan baju berkolar bulat dan yang berbaju lengan panjang .. Lagi satu , Yana nak dia memakai jam tangan , berseluar jeans ataupun cotton slack lagi bagus kalau dia seorang yang berkaca mata .. Yana memang suka lelaki yang berkaca mata .. ♥


* gambar sekadar hiasan dan contoh , hehehe *

Seterusnya kita ke point kedua iaitu :-

KARAKTER

- bila bercakap mengenai karakter Yana sangat - sangat cerewet juga .. 1st thing 1st , Yana nak si dia menghormati orang , tak kira lah sama ada yang tua , yang muda , yang kaya ataupun yang miskin .. Sepandai mana pun si dia , Yana tak nak dia terlalu bangga dengan apa yang dimilikinya , Yana idamkan seseorang yang merendah diri .. Tak ego , sangat-sangat menghormati kaum wanita .. Yana tak suka orang cakap banyak .. Jadi , Yana prefer  si dia tu sedang-sedang saja .. Tak terlalu talkative .. Bukan jenis panas baran , memahami dan seorang yang penyayang .. Bukan jenis yang kaki kongkong .. Sebab bagi Yana , sebelum Yana mengenali si dia Yana terlebih dahulu ada kehidupan Yana yang tersendiri dan agak mustahil untuk Yana ubah semuanya dengan cepat .. Yana harap si dia dapat bagi kelonggaran untuk Yana bersama-sama dengan kawan-kawan Yana =) .. Bila bercakap mngenai lelaki idaman , Yana bukan sekadar nak meminati dia tapi Yana berharap si dia bakal membimbing Yana .. Untuk itu , ilmu agama dia mesti melebihi Yana .. Memandangkan dia bakal meng nakhodakan sebuah rumah tangga bersama Yana , ilmu duniawi dia juga harus melebihi Yana kerana Yana nak dia melengkapi setiap kekurangan Yana .. 


Jom kita ke point terakhir iaitu :-

CARA PEMIKIRAN

- cara pemikiran yang Yana maksudkan dekat sini .. Yana tak nak si dia jenis yang berfikiran sempit dan kurang matang .. Yana tak nak si dia jenis mengambil mudah akan semua benda .. Sebolehnya , Yana nak si dia berfikiran matang seperti mana seorang pemimpin .. Boleh bergurau  , tapi biar kena cara dan tempat .. Kalau si dia mempunyai pemikiran yang kreatif seperti berfikir macam mana nak ambil hati seorang Yana dengan cara yang berbeza pada setiap hari .. Itu merupakan satu bonus .. Hehehe ..



Jadi , nie sajalah permintaan seorang Yana terhadap lelaki idamannya .. Sejujurnya , Yana pernah bercinta sekali dan itu merupakan yang terakhir buat masa nie .. Lelaki yang pernah Yana in love tu tak ada langsung ciri-ciri lelaki idaman Yana .. Sampai kekadang Yana bertanya kepada diri Yana sendiri , "kenapa mesti dia?".. Alhamdulilah , perancangan Allah tu maha hebat , Dia tunjukkan kepada Yana dia bukanlah yang terbaik untuk Yana .. Mungkin ada yang jauh lebih baik menanti pada masa akan datang yang Yana sendiri tak tahu bila .. Sebelum Yana akhiri entri Yana pada malam nie .. Yana memilih lelaki  yang tidak merokok .. Kenapa ?? Yana ada alasan Yana tersendiri .. Terima kasih ya pada yang sudi baca bebelan Yana nie =)) ♥





You Might Also Like

4 comments

  1. moga yana dpt mencapai dan lelaki spt cri ciri tu tauu. good luck yana =)

    ReplyDelete
  2. hehehehehee..
    akak hanya mampu gelak je baca coretan yana ni.. tapi tak salah sebenarnya kalau kita cerewet dalam memilih pasangan hidup.. nak kekal sampai syurga kan... :)

    semoga yana menemui lelaki yang diidam-idamkan tu.. aamiin..

    ...

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^