L ♥ I's Stories: Dosa Dosaku Bagaikan Pepasir di Pantai

COPY

Dosa Dosaku Bagaikan Pepasir di Pantai

/
1 Comments
February 22, 2017


Dosa Dosaku Bagaikan Pepasir di Pantai


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Selamat malam semua .. Sebenarnya kan , belum sempat Yana nak menaip isi entri nie .. Dah bercucuran air mata jatuh .. Bila terkenangkan dosa yang tak terhitung banyaknya .. Bertambah laju mengalir saat teringat betapa khilafnya diri ini pada satu masa dahulu .. Tapi , alhamdulilah Allah sayang Dia sedarkan di saat Yana enak dibuai mimpi ..

Kadang-kadang Dia hantar ujian dalam berbentuk kegembiraan ataupun kesedihan .. Sekiranya dalam bentuk kesedihan mungkin agak pahit untuk ditelan .. Waspadalah , sekiranya ianya dalam bentuk kegembiraan kepahitannya nanti dua kali ganda lebih teruk daripada ujian yang berbentuk kesedihan .,
Yana sering bertanya pada diri sendiri , kenapa diri nie diuji sampai macam tu ? Salah apa sampai diuji sebegini ? Dosa apa yang dah dilakukan ? Masa Yana bertanya tu , Yana terlupa bahawa  diri Yana nie hanyalah seorang manusia kerdil yang sering melakukan kesilapan dan lupa diri bila gembira ..

Selepas satu demi satu air mata Yana Dia jatuhkan ..  Sedikit demi sedikit Dia hadirkan pelangi nan indah dalam hidup Yana .. Yana sering minta padaNya moga ditunjukkan Yana kebenaran , jauhkan Yana daripada kejahatan .. Setelah sekian lama , Dia memakbulkan permintaan Yana .. Dia bukakan pintu hati Yana yang selama nie gelap .. Dia tunjukkan kebenaran yang tersangat pahit untuk Yana telan sehingga saat nie kepahitan tu masih terasa walaupun selepas hadirnya beberapa pelangi indah ..
Sepertimana yang kita sedia maklum , pelangi hanya terlihat untuk sementara waktu akhirnya akan hilang .. Begitu juga Yana rasa , selepas hilangnya pelangi itu , kepahitan sebuah kebenaran tu kembali menghantui Yana ..

Buat masa nie , Yana nak sangat Dia boleh bagi Yana lupakan segala kepahitan dan berikan Yana kekuatan untuk memulakan lembaran baru dalam hidup Yana .. Dekatkan diri Yana dengan orang yang betul-betul jujur dengan Yana dan dijauhi daripada segala kejahatan ..

Dosa .. Tak perlu pun frasa yang panjang lebar untuk buat air  mata nie jatuh .. Nampak sahaja akan perkataan dosa .. Secara automatik , kita akan terkenangkan kesilapan masa lalu kita dan tanpa kita sedari perlahan-lahan air mata mula jatuh dan semakin laju jika terkenangkan betapa jahilnya dan sombongnya kita suatu ketika dulu tetapi Dia masih lagi bantu kita ..

Sebenarnya , banyak lagi yang Yana nak coretkan .. Takpa lahh , biarlah sesetengah Yana simpan antara Yana dan Dia .. Terima kasih kepada yang sudi luangkan masa membaca luahan hati kecil Yana .. ♥


You may also like

1 comment:

  1. Perasaan hamba di dalam diri manusia itu memang sepatutnya disuburkan setiap masa.. dengan menginsafi kesilapan dan kesalahan diri itu lah sebenarnya cara Allah nak tegur kita..

    bayangkan kalau kita tak ada rasa diri kita ni hamba.. lagi takut kan..?

    kipidap.
    ingat, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..

    :)

    ...

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^