Kenapa Hal-Hal Jodoh Ditanyakan Kepada Aku ?

Monday, February 20, 2017


Kenapa Hal-Hal Jodoh Ditanyakan Kepada Aku ?


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai selamat malam .. Okay , nama tajuk saja Yana pakai "aku"  tapi penulisan entri Yana masih akan kata ganti diri Yana as "Yana" juga .. Yana tak reti nak bahasakan diri sebagai  aku , sebab kalangan pembaca  nie terdiri daripada pelbagai lapisan usia , mungkin ada yang muda dari Yana atau yang lebih tua .. Sekejap , tu bukan topik Yana pada malam nie .. Sebenarnya , Yana nak cakap dan menegur sedikit kepada mereka-mereka yang sering bertanyakan soal jodoh kepada kita nie .. 


Baiklah , berbalik kepada topik Yana pada malam nie .. Siapa yang tak pernah ditanya mengenai perihal jodoh kan ? Tambahan pula , bila kita semakin meningkat usia .. Sorry to say , selalunya tipikal makcik-makcik yang akan sibuk nak tanya kita akan soal jodoh nie .. Sekali sekala nak tanya tak apa , tapi bila dah terlalu kerap soalan tu dikeudarakan pernah tak fikir apa perasaan orang yang ditanya tu ? Mungkin di hadapan anda mereka mampu tersenyum sambil memberi jawapan sehabis sopan .. Dalam hati ? Berkecamuk  , dan tiba-tiba dia pun sibuk mencari jodoh mungkin dia akan tersalah pilih .. Kenapa ini berlaku ?? Atas desakan umum .. Yaa , anda mungkin tidak memaksa dia untuk berkahwin akan tetapi cara anda membuat dia tertekan ..


Sekiranya , kita ditanyakan soalan nie ..  Apa jawapan yang sangat sesuai dan pada masa yang sama dapat menjaga hati pihak yang bertanya tu ? Yana pon sedang fikir jawapan yang terbaik dan dengan jawapan tu Yana harap mereka akan berhenti tanya Yana mengenai soal jodoh .. Satu saja jawapan yang sedang bermain di fikiran Yana .. "makcik , jodoh tu rahsia Allah .. Siapa saya dan siapa makcik untuk singkapkan sesuatu yang tak mampu kita ungkapkan".. Boleh tak Yana kata macam tu ? Agak-agak nanti makcik tu sentap tak ? Yana jer nak kena jaga hati mereka , tapi mereka sedikit  pon tak endahkan perasaan Yana bila mereka tanya  Yana mengenai jodoh ..


Semua gadis / jejaka bujang impikan sebuah kehidupan berpasangan .. Mereka nak ada peneman disaat mereka memerlukan ..  Disaat mereka perlukan bahu untuk bersandar dan teman untuk berkongsi cerita dan memberi nasihat .. Tipu , kalau Yana cakap  yang Yana sendiri tak pernah idamkan semua tu .. Cuma perihal tu bukan priority dalam hidup Yana .. Mula-mula sekali Yana nak stabilkan keluarga Yana , nak bahagiakan umi dan ayah .. Yana nak bantu mereka apa yang mereka perlukan selagi hayat mereka dikandung badan .. Bagi Yana jodoh boleh dicari bila-bila masa pun .. Akan tetapi , sekiranya Yana kehilangan mereka tiada dapat Yana cari ganti .. 


Yana harap , selepas wujudnya entri Yana mengenai soal jodoh nie dah takkan ada soalan yang berbaur itu ditanyakan kepada Yana .. Jagalah hati Yana sama .. Tahukan , setiap manusia yang dicipta berpasangan cuma kita tak tahu siapa dan bila dia akan muncul .. Jangan risau , sekiranya masa Yana sudah sampai pasti Yana akan kongsikan .. =)

Sekian saja celoteh Yana pada malam nie .. In shaa allah sekiranya  diberikan umur yang panjang kita jumpa lagi .. Assalammualaikum dan selamat malam ♥







You Might Also Like

2 comments

  1. mungkin depa tanya awak sbb muka awak macm doktor cintakut eheheh :P
    lama tak singgah blog awak :D
    http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/02/jatuhnya-melayu-kerana-hasad-dengki.html

    ReplyDelete
  2. takpe..sabar je :) abaikan kata-kata orang tu. Allah dah tetapkan perjalanan hidup masing2 tapi usaha jangan lupa

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^