Kenapa Perempuan Moody Bila Tudung Tak Jadi

Thursday, February 16, 2017


Kenapa Perempuan Moody Bila Tudung Tak Jadi

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii selamat malam semua .. Okay , tajuk yang bakal dibicarakan pada malam ini ialah , KENAPA PEREMPUAN MOODY BILA TUDUNG TAK JADI ?? Haa , siapa tahu kenapa ? Yang perempuan dah tentu-tentu tahu kan kenapa ? Yang lelaki konpem tak tahu , dah tu bila kita moody sebab tudung saja pun mesti akan kata kita mengada .. Hehehe .. Betoii tak ?? 


(gambar pinjam , cari dekat google tak tau anak siapa)


Okay , perempuan akan moody bila tudung tak jadi salah satunya kerana bila tudung dia tak jadi dia akan rasa penampilan dia tak sempurna .. Selain baju , kasut dan lain-lain aksesori tudung merupakan bahagian terpenting bagi seorang wanita .. Bila dia mula rasa penampilan dia tak sempurna secara tidak lansung ini akan mengurangkan peratusan keyakinan diri dia ..Cuba bayangkan , tudung dia tak jadi for the whole day dan kerjanya pula memerlukan dia berjumpa dengan ramai orang .. Mesti dia akan rasa tidak selesa kan ??

Yana percaya , penampilan merupakan aspek terpenting untuk semua orang tak kiralah dia lelaki ataupun perempuan .. Tapi , kalau yang spesies tak kisah dan  selekeh tu lain lah .. Kalau Yana , yaa penampilan memainkan aspek terpenting sekiranya Yana nak keluar berjalan-jalan atau ke kerja .. 

Apa kriteria untuk tudung yang dilabelkan sebagai  tak jadi ehh ?? Hehee .. Okay , mai Yana nak cerita .. Pertama sekali , bila memakai tudung orang perempuan nie dia nak kan efek muka bujur sireh .. Tudung yang dilabelkan tak jadi bila tudung tu buat wajah mereka nampak bulat dan tembam .. Betul tak apa yang Yana kata nie wahai para wanita ? Selain itu , mereka juga nakkan tudung tu nampak sempurna , tak ada gelembung-gelembung udara , "terpeleot" (dalam erti kata lain kemek) sana sini ..

Bagi mereka yang mengenakan shawl , semestinya nakkan shawl tersebut boleh menampakkan efek anggun , bagi shawl sekiranya Yana lah ditanya apa istilah shawl  yang jadi elok tuu .. Yana akan kata , shawl yang dipakai secara sempurna dan cantik haruslah bahagian atas menampakkan efek muka bujur sireh , manakala pada bahagian hadapan melindungi dada dan jatuh beralun tak nampak senget atau kiat .. Bahagian belakang haruslah sama tak ada ke tepi sangat .. Jatuhnya elok di tengah-tengah .. Haa , cerewet tak orang perempuan nie ?? Kadang-kadang bagi orang lelaki tudung tu dah nampak okay , tapi tak bagi orang perempuan kerana kami sangat menitikberatkan setiap  perincian tudung yang dipakai .. Meh la Yana belanja sikit gambar tudung yang menjadi hehehe .. =)


Haa , kalau macam nie dikategorikan sebagai jadi la sebab tak ada kemek sana sini .. Bujur saja kan ? Hee , okay laa Yana undur diri dulu , esok nak keja .. Kepada mereka yang ada komen tu Yana nampak tapi Yana tak mau approve lagi sebab Yana nak baca , balas dan in shaa allah akan cuba balas kunjungan .. Maaf ye , Yana tak sombong tau , cuma kemalasan tu nauzubillah .. Huhu .. Selamat malam ♥

You Might Also Like

3 comments

  1. memang stress kalau tudung tu tak jadi..

    ReplyDelete
  2. so truee.. sy salah sorang.. huhu

    ReplyDelete
  3. husna kalau pakai bawal tak kisah sgt jd ke tak tp kalau pakai shawl, lepas mkn senget sana, senget sini mula rasa nak jerit satu dunia.. hahaha..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^

♥ #bloggerutara ♥

♥ #KBBA9 ♥

#afbdotmy