Melancong Ke Sydney Dengan Malaysia Airlines

Monday, February 06, 2017


Melancong Ke Sydney Dengan Malaysia Airlines


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii .. Selamat pagi semuaaa .. Pernah tak awak semua nie mengidamkan sebuah percutian ke luar negara ?? Kalau pernah , nak ke mana ?? Haaa , kalau Yana lah ditanya soalan begitu .. Jawapan Yana semestinya ke Sydney !! =) Kalau nak ke Sydney dah memang sah-sah la kena naik kapal terbang kan , mana ada bas , train and so on yang boleh bawak Yana sampai ke Sydney .. Sekiranya , suatu hari nanti Yana ada rezeki ke sana , Yana tertanya-tanya jugak .. Flights mana yang best , yang boleh berikan Yana keselesaan sepanjang perjalanan Yana ke Sydney .. Hmm .. Yess ! Malaysia Airlines for sure .. Ehh , mesti la Yana akan buat review terlebih dahulu sebelum Yana memilih Malaysia Airlines .. Walaupun Yana belum lagi nak pergi ada jugak Yana survey Malaysia Airlines nie .. Sepertimana yang kita sedia maklum , Malaysia Airlines merupakan sebuah syarikat penerbangan nasional yang diasaskan pada tahun 1937 oleh British di bawah nama Malayan Airlines .. Apa yang menarik lagi , ia juga merupakan one of cheap flights airlines yang bertaraf lima bintang yang diiktirafkan oleh Skytax .. Sangat awesome tauuuu !! Flight routes syarikat penerbangan ini juga sangat luas .. Jadi , awak semua boleh terbang meluas ke negara Asia , Eropah , Australia dan Timur Tengah ..

Haa , dah alang-alang nak terbang jauh kan , Yana mesti akan booking for first class seats laa .. Siapa kata mahal ?? Haha .. Mula-mula Yana pon fikir macam tu, tapi sebenarnya Malaysia Airlines banyak buat promotion untuk penerbangan yang murah tau , dan kalau nak dapat lebih murah lagi kenalah rajin baca tips membeli tiket .. Hee , dengan tiket first class nie Yana boleh akses ke Golden Lounge untuk berehat dan bersantai sementara tunggu waktu berlepas .. Ruangan mewah yang disediakan untuk para penumpang nie sangat selesa dan mempunnyai kemudahan seperti televisyen , WI-FI percuma , surau , bilik air , self service buffet dan banyak lagi ..

Siapa tak nak kalau boleh terbang dalam tempat selesa macam nie dengan harga yang berpatutan ..

Perjalanan yang jauh juga adalah salah satu faktor utama kenapa Yana nak beli first class ticket .. Bagi Yana keselesaan adalah sangat penting .. Nak pergi bercuti kenalah jaga mood jugak kan ?? Jadi ,  dengan tempat duduk selebar 26 inci nie , Yana pasti akan rasa nyaman dan sangat selesa .. Nak tidur pun nyenyak saja tanpa ada sebarang gangguan .. Selain itu , Yana jugak boleh dapat peruntukkan checked - in baggage seberat 50 kg dan 7 kg untuk hand carry bag .. Jadi , memang dah tak perlu nak risau kot-kot kena bayar lebih untuk extra kilos .. Hee ... Layanan yang diberikan oleh semua flight attendent pun sangat friendly even ada penumpang yang dapat cheap flights , mereka tetap bagi service secara profesional ... Lagi satu , mereka juga sangat prihatin dan ringan tulang , sampaikan benda yang remeh temeh pun mereka layankan saja .. Memang terbaikk !!


Oh yaaa , untuk pengetahuan  awak semua sistem penerbangan nie juga menawarkan lebih daripada satu cara untuk check - in selain di kaunter airport .. Bermula dari 48 jam sehingga 90 minit sebelum berlepas , awak semua boleh memilih sama ada nak check-in melalui online website atau mobile check-in dan boarding pass awak semua akan dihantar melalui SMS dan e-mel .. Mudah kan ?? Tak perlu dah nak bersesak untuk beratur dekat kaunter tiket tu .. Tiket kelas pertama juga membolehkan kita untuk dapat exclusives check-in privilages , di mana kita boleh terus ke immigration clearance tanpa perlu berbaris semasa nak berlepas di KLIA dan juga bila dah sampai ke destinasi nanti ..



Memang tidak dinafikan , perjalanan ke Sydney akan mengambil masa yang agak lama .. Pasti bosan kalau asyik tidur saja dan tiada hiburan , kan ?? Jadi , dengan adanya inflight entertainment amenities , di mana setiap tempat duduk dilengkapi dengan sistem Audio Video on Demand (AVOD) yang menarik , bolehlah kita melayan beberapa latest movie yang best-best  dan program TV yang menarik .. Kalau awak semua seorang gamer , mesti tak akan kecewa dengan games yang ditawarkan .. Sementara nak tunggu mata terlelap , bolehlah dengar lagu pada radio channel yang ada ..Bestt tau layan feel sambil pakai headphone .. Sound dia memang gempakk !! Walaupun syarikat penerbangan nie menawarkan tiket pesawat yang murah , namun mereka tetap menjaga kualiti dengan memberi the best service kepada semua penumpang ..



Haa , kalau awak semua nak tahuuuu .. Part yang paling best ialah masa makan .. Travel jauh-jauh nie perut mestilah lapar kan ?? Rugilah kalau tak ambil peluang untuk ada pengalaman menikmati makanan dalam flight .. Lagipun , sistem penerbangan ini ada menyediakan macam-macam jenis hidangan .. Jadi ,  awak semua boleh pilih daripada pelbagai menu hidangan antarabangsa hingga hidangan tempatan dan yang paling penting semua makanan Malaysia Airlines adalah halal .. Jadi , awak semua boleh enjoy the meals puas-puas .. Selepas Yana meneliti akan Malaysia Airlines nie , Yana rasa sangat berpuas hati dengan our national flag carrier yang sejajar dengan slogannya , ' Journeys are Made bt the People You Travel With'


Okay , ini sahaja penerangan Yana mengenai Malaysia Airlines , doakan Yana dapat ke Sydney yaaa !! Semestinya Yana menjadikan Malaysia Airlines sebagai pilihan Yana untuk terbang ke sanaaaa =)

You Might Also Like

1 comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^